Dato 'Sri Siti Nurhaliza; Artis Paling Popular di JOOX Malaysia Top Music Awards.



Artis Malaysia yang paling popular dan berbakat diraikan bersama artis antarabangsa di JOOX, platform penstriman di Asia, sempena JOOX Malaysia Top Music Awards 2020 (Pertengahan Tahun 2020) yang pertama!

Hampir 100,000 pengguna JOOX di Malaysia telah mengambil bahagian dan memberikan sokongan yang padu kepada lagu dan artis kegemaran mereka dan hampir 1.5 juta undian telah terkumpul sepanjang tempoh pengundian dilakukan. Acara yang dilancarkan sempena kempen High5JOOX untuk meraikan ulang tahun ke-5 platform penstriman ini memberi pengiktirafan kepada artis-artis dan muzik lokal, antarabangsa, dan K-Pop.



Peminat muzik Malaysia telah memilih artis dan muzik lokal kegemaran mereka yang terdiri daripada pelbagai genre seperti hip-hop, pop balada sehinggalah ke rock. Mereka telah menobatkan YonnyBoii, Dato 'Sri Siti Nurhaliza, Zynakal, Naim Daniel dan Floor 88 sebagai “Top 5 Artis: Lokal”.

Untuk anugerah “Top 5 Hits: Lokal”, para pecinta muzik tanah air telah memilih 'Peluang Kedua' - Nabila Razali, 'Sembah’ - Naim Daniel dan Man Keedal, ‘Biar’ - YonnyBoii,' ‘Janji’ - Sufian Suhaimi dan ‘Yang Benar’ – Floor 88 sebagai lagu paling popular di Malaysia untuk pertengahan tahun 2020.

Selain pemenang-pemenang di atas, pengguna JOOX di Malaysia juga telah menobatkan artis kesayangan Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza sebagai “Paling Popular: Artis Lokal”, dan lagu 'Sembah' yang dilantunkan oleh Naim Daniel dengan penampilan istimewa Man Keedal sebagai “Paling Popular: Lagu Lokal”.



Di pentas antarabangsa menyaksikan peminat muzik Malaysia telah menobatkan Alan Walker sebagai “Paling Popular: Artis Antarabangsa” di negara ini, dan juga turut berkongsi mendapatkan pengiktirafan di anugerah ini adalah Justin Bieber, Andmesh Kamaleng, Maroon 5 dan Ali Gatie terpilih sebagai “Top 5 Artis: Antarabangsa”.

Lagu yang dibawakan oleh Ariana Grande dan Justin Bieber, 'Stuck with U' menjadi pilihan peminat sebagai “Paling Popular: Lagu Antarabangsa”, bukan itu sahaja, lagu 'Yummy’ - Justin Bieber, 'Who' - Lauv, 'End of Time' - K-391 dan 'To Die For' - Sam Smith terpilih sebagai penerima anugerah “Top 5 Hits: Antarabangsa”.



Anugerah berprestij ini dilengkapkan dengan pengiktirafan kepada muzik K-Pop yang telah menjadi salah satu genre muzik terhangat dan popular di negara ini dan juga peringkat antarabangsa. Pengguna JOOX Malaysia telah menobatkan 'Any Song' – Zico, ‘ON’ – BTS, ‘WANNABE’ - ITZY, 'Feel Special’ - TWICE ' dan ‘Eight’ - IU (prod & feat. SUGA) sebagai penerima “Top 5 Hit: K-Pop”. Para peminat muzik K-Pop di Malaysia juga telah menobatkan lagu ‘ON’ yang dibawakan oleh kumpulan boyband terhangat dunia, BTS sebagai “Paling Popular: K-Pop”.

Nikmati akses 24/7 muzik popular dan terhangat 2020 di Malaysia melalui JOOX yang menyediakan lebih daripada 30 juta lagu di pustaka muzik dari seluruh dunia, muat turun JOOX di telefon melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman sesawang JOOX.

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!