Kulit Berjerawat? Set Skincare Himalaya Wajib Yang Perlu Ada!

Say NO to Pimples!



HIMALAYA NEEM RANGE - SKINCARE UNTUK MASALAH JERAWAT | Masa mula je musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kulit muka Sally mmg break-out teruk, ada yang kata sebab tak tukar cadar la, sebab asyik makan, tiada aktiviti diluar, even masalah hormon pun ada yang cakap. Jerawat Sally pula hanya tertumpu pada garisan jawline sahaja, setompok ada dekat kiri dan kanan jawline sampai ke leher. Nasib baik tak ketara sangat bila pakai tudung dan ada pelitup muka.

Dalam stress tau tau nak buat macam mana dengan muka yang berjerawat sampai penuh dengan tompok hitam bekas jerawat, jenuh cari solution sampai ada yang kongsikan dengan Sally supaya guna produk Himalaya.

Kenapa Sally dicadangkan untuk guna rangkaian produk Himalaya yang satu ni?

Sebabnya HIMALAYA NEEM RANGE diformulasi drpd 100% herba yang mempunyai bahan aktif untuk anti-bakteria, anti-fungal dan anti-viral yg membantu membersihkan dan mencegah kehadiran jerawat baru. Selain itu set ini juga hadir dengan bahan yang membantu untuk meningkatkan sistem imun kulit dengan melawan jangkitan bakteria.

Kalau guna satu-satu skincare, perkara yang wajib ialah kena guna satu set, daripada segi luaran dan dalaman kena jaga, biar selari dan dapat result yang maksima. Jadinya Sally nak kongsikan produk-produk yang Sally gunakan daripada Himalaya yang sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah jerawat.

HIMALAYA - SET SEMAMBU (NEEM RANGE)



Purifying Neem Face Wash

Apa-apapun, sebelum kita gunakan pencuci muka, kita kena pastikan muka kita sudah dibersihkan daripada mekap, cuci bersih tau sebab kadang-kadang lebihan mekap itu juga salah satu punca. Kemudian kita cuci muka menggunakan Purifying Neem Face Wash.

Bahan utama yang terkandung dlm Purifying Neem Face Wash ialah semambu dan kunyit. Macam yang kita semua tahu, kunyit memang sangat berkesan untuk merawat luka tanpa jangkitan. Pencuci wajah ini bebas sabun dan mmg sangat berkesan untuk menyingkirkan kotoran dan mencegah jerawat daripada kembali. Selain itu, ianya juga mengembalikan tona kulit, menganjal dan kulit akan tampil lebih sihat. Jangan lupa guna minimun 2 kali sehari!



Purifying Neem Face Pack

Selepas dah bersihkan muka, kita gunakan pula Purifying Neem Face Pack. Bahan utama seperti semambu, kunyit dan Fuller's Earth (multani mitti) yang mampu mengawal lebihan sebum daripada kulit, menghilangkan parut, merawat jerawat, membersihkan liang pori yang tersumbat dan pelbagai lagi.

Fuller's Earth mempunyai pelbagai mineral seperti magnesium, iron dan kalsium yg memberikan kita efek menenangkan kerana terdapat bahan anti-radang dan menyingkirkan secara lebih mendalam kotoran yang tersumbat. 'Wash-off mask' boleh digunakan dua kali seminggu.



Nourishing Skin Cream

JANGAN PERNAH LUPA GUNA PELEMBAP! Serius Sally masa PKP memang tak pakai la sebab rasa kita duduk dekat dalam rumah je kan...malas satu hal tapi salah ya, pelembap memang kena guna selalu. Re-apply 2-3 kali sehari pun takpe supaya kulit kekal terhidrat.

Untuk Nourishing Skin Cream, bahan utamanya ialah Aloe Vera dan Winter Cherry. Lembapannya tahan lama supaya kulit kekal lembap, memberi khasiat yg diperlukan kulit dan kekal terlindung. Krim ini tekstur dia sangat ringan, tidak berminyak dan sesuai digunakan setiap hari! SETIAP HARI tau!



ACNE-n-PIMPLE Cream

Tak cukup? Langkah seterusnya gunakan A-N-P, ataupun nama penuh dia ACNE-n-PIMPLE Cream. Kalau ada jerawat yang aktif atau baru keluar, jangan gatal tangan nak picit ya, kang Sally jentik dahi tu...hahaha...sebabnya krim ni sangat sesuai untuk disapu pada jerawat yang baru naik.

Bahan utama dalam krim ni ialah Barbados Aloe, Silk Cotton Tree dan Five-leaved Chaste Tree. Kenapa wajib pakai kalau ada nampak kesan-kesan jerawat baru nak tumbuh? Sebabnya jerawat akan kecut dengan sendirinya dan kulit lebih lembut dan licin tanpa bekas parut jerawat.



Himalaya Lip Balm

Apa kena mengena lip-balm dengan muka berjerawat?

Takde la kena mengena sangat pun, tapi kalau ada masalah bibir kering ke jenis merekah ke, ramuan seperti Wheatgerm Oil dan Carrot Seed Oil ini bagus sebab melembap, menyubur dan mengurangkan rasa sakit akibat bibir pecah. Jangan gatal pergi kopek pula, jentik tangan tu! Guna setiap hari atau rasa bila perlu.



Himalaya Skin Wellness (Detoks)

Yang terakhir sekali, kita dah sampai ke penghujung untuk bahagian luaran, sekarang ini nak kena jaga dalaman pula. Sally amalkan Himalaya Skin Wellness, dua kali sehari. Tak guna jaga luaran kalau punca dari dalam kita tak rawat.

Basically, Himalaya Skin Wellness bertindak sebagai agen anti-bakteria, anti-fungal, anti-viral dan membantu membersihkan saluran darah, pendek kata detoksifikasi daripada dalam badan. Daun Semambu sangat bagus untuk pembaikan sel kulit dan masalah kulit seperti jerawat. Kalau tak percaya boleh Google kebaikkan daun semambu yang dah lama digunakan, daripada zaman tok ayah kita lagi.

Selain itu, wajib minum banyak air secara konsisten dan kurangkan pengambilan makanan yang berminyak, pedas dan bergoreng disamping mengamalkan rejim penjagaan kulit yang betul dan teratur.

Senang sahaja kan? Tak perlu guna pelbagai jenis produk, cukup guna produk yang betul untuk masalah kulit kita. Sally yakin dengan rangkaian Himalaya sebab mereka sudah bertapak dalam dunia penjagaan diri sejak 1930 lagi tau. Jangan lupa dapatkan produk-produk Himalaya di outlet rasmi Himalaya, Watsons, Guardian dan Farmasi yang terpilih. Kalau nak beli secara online boleh layari, www.shophimalaya.my

Post a Comment

4 Comments

  1. Nak try lip balm tu la nanti. Bibir ni kering dari dulu banyak dah try macam-macam produk elok kejap je

    ReplyDelete
  2. Zaza pernah guna cream yg bulat tu..brand ni mmg femes ramai guna dan share

    ReplyDelete
  3. Nak carila produk neem himalaya ni.. Kulit kdg sensitof juga ni

    ReplyDelete
  4. Produk himalaya memang baguskan Sally. Akak banyak baca review pasal himalaya ni ramai kata bagus dan best

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!