Cellcode 2020 | MARDI - Produk Tinggi Antioksidan dan Anti Penuaan



Gaya hidup sihat kini telah menjadi trend dalam kehidupan rakyat Malaysia khususnya, kekal sihat dan cergas menjadi tunggak utama dan ini menyaksikan penggunaan makanan tambahan untuk kesihatan semakin menjadi keutamaan.

Namun, ada yang mengambil jalan pintas menggunakan produk yang tidak selamat semata-mata untuk mendapatkan hasil segera sehingga memberi mudarat terhadap tahap kesihatan dan keselamatan tubuh badan bagi jangka panjang, terutamanya kepada organ dalaman seperti buah pinggang dan jantung.



Walaupun masih dalam pandemik Covid-19, namun itu tidak mematahkan semangat MARDI dalam mengeluarkan Cellcode 2020 yang hadir sebagai tawaran baharu yang bersifat serampang dua mata untuk manfaat kesihatan dalaman dan juga luaran. Cellcode telah mendapat kelulusan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dibawah kategori ubat tradisional. CellCode juga mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Apa yang lebih menarik, kandungan Cellcode telah diuji secara saintifik dan hasil penyelidikan selama 10 tahun yang telah menelan belanja sebanyak RM3 juta telah membuahkan hasil apabila ianya telah dilancarkan dengan wajah baru awal minggu lepas. Komponen utama yang didalam Cellcode ialah
Floretin-G, Vitexin, Ferulic Acid dan Vitamin C. Kalau korang nak tau, CellCode dihasilkan daripada limau kasturi, penuh khasiat!

Antara kebaikan khasiat Cellcode adalah melindungi diri daripada radikal bebas yang boleh mempercepatkan proses penuaan, dan melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular seperti jantung
dan strok.

CellCode dapat:

  • Membantu menurunkan kadar kolestrol jahat [low-density lipoprotein (LDL)]
  • Peningkatan aliran darah arteri koronari
  • Menyokong fungsi sihat dan menguatkan otot jantung
  • Meningkatkan kecergasan dan tenaga
  • Membantu mengurangkan keradangan
  • Membantu untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh

Proses awal penuaan juga berpunca daripada radikal bebas yang akan menunjukkan tanda seperti kulit kelihatan kering, menggelupas, bersisik, kasar dan disertai dengan kedutan serta timbulnya jeragat di bahagian wajah.

Antara manfaat CellCode yang baik untuk kulit adalah seperti:
  • Melambatkan proses penuaan dengan menentang radikal bebas
  • Cerahkan tompok hitam, pigmentasi dan jeragat
  • Meningkatkan ketegangan dan keanjalan dan kelembapan pada kulit
  • Melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus



Pelancaran Cellcode telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Noh Bin Hj Omar, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bertempat di Sime Darby Convention Centre pada 6
Ogos 2020 (Khamis).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Align Creative Sdn. Bhd.; Saudara Mohd Faizul Khalid, semua produk ini akan dipasarkan di Malaysia secara eksklusif oleh syarikatnya, iaitu Align Creative Sdn. Bhd. Produk CellCode boleh didapati secara dalam talian di www.cellcode.com.my

Facebook: CellCode.my




Post a Comment

1 Comments

  1. ada sijil halal semua rasa seronok nak tahu lebih tentang produk ni. Lagipun produk MARDI so trusted.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!