Menu Dengan Sos BBQ di Marrybrown - S.O.S (Sensasi Ohsem Smokey)!

S.O.S! S.O.S!


Jangan terkejut! Sally bukan nak mintak bantuan SOS (Mayday) dekat sini tapi Sally kena share dengan korang tawaran hidangan enak Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals di Marrybrown yang akan bermula dari 21 Ogos hingga 5 Oktober 2020!

Seperti mana yang ramai dah tau, Marrybrown merupakan rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas tempatan No.1 di Malaysia, dan mereka sentiasa ingin memenuhi citarasa rakyat Malaysia dengan pelbagai jenis menu, dan terbaru ini mereka kembali dengan S.O.S, tawaran terbaharu Marrybrow yang menggabungan kelazatan rasa manis dan smokey yang sempurna dengan sajian burger arang dan drumet yang empuk!



S.O.S (Sensasi Ohsem Smokey) datang dalam tiga kombo berbeza:

S.O.S BBQ Burger Combo Meal - Set ini mengandungi S.O.S BBQ Burger, Potato Wedges dan Onion Rings bersama air Coca Cola

S.O.S BBQ Drumette Combo Meal - Set ini mengandungi S.O.S BBQ Drumette, Potato Wedges dan Onion Rings bersama air Coca Cola

S.O.S BBQ Box Meal - Set ini mengandungi S.O.S BBQ Burger, S.O.S BBQ Drumette, MB Crispy Chicken dan Potato Wedges bersama Coca Cola

**Harga bermula dari RM16.90, bagi setiap hidangan kombo.



Kalau korang tanya Sally, Sally memang suka dengan sos BBQ mereka, gabungan rasa manis dan smokey tu memang kena betul dengan semua jenis hidangan (burger dan drumet), tekstur dan tidak meninggalkan rasa yang terlalu kuat, omputih kata just nice...hahahaha...

Menambahkan lagi feels smokey tu, burger pun menggunakan bun arang tau, tapi untuk peminat burger di Sabah dan Sarawak tak dapat nak rasa sebab charcoal bun untuk Charcoal Burger hanya terdapat di Semenanjung sahaja, Sabah & Sarawak menggunakan bun bijan biasa.

Patty untuk burger tu walaupun sedikit pedas, tapi bila kena gabung dengan rasa manis dan bau smokey sos BBQ tu, memang rasa tak cukup...Rasa macam nak makan lagi dan lagi. Sally pun nak pergi lagi, kali ini nak bawa ibu untuk bagi dia rasa sendiri kesedapan S.O.S (Sensasi Ohsem Smokey).



Marrybrown kini mempunyai lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna. Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV
Delivery: mbdelivery.com.my

Post a Comment

6 Comments

  1. Aduiii sodapnyaaaa..sini ada marrybrown tp tu la nk ke bandar tu..dh lama zaza tak keluar hihi

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa.. Nak rasa la drummet tu. Nasi kandar haritu pun tak dpt rasa

    ReplyDelete
  3. Aduh tengok saja dah melelehbair liur tau. Kena cuba mneu baru marrybrown ni. Rugi tak cuba.

    ReplyDelete
  4. Terliurnyaaaa.. nak beli la set baru ni... ena geram dgn burger hitam menawan tu hehehehe

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak makan kat marry brown. huhu. makanan marrybrown mmg sedap. :)

    ReplyDelete
  6. sedapnya !! ish teringin nanti nak try lah

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!