Review Restoran Sana Sini, Restoran Wajib Singgah Kalau di Cyberjaya!



Restoran Sana Sini, DPulze Shopping Centre, Cyberjaya | Kalau nak diikutkan, baru beberapa kali je Sally ke Cyberjaya, kalau takde kerja memang susah la nak panjang langkah kat sana. Kalau ke Cyberjaya, memang tak lengkap kalau tak DPulze Shopping Centre.

DPulze Shopping Centre memang menarik sebab ada pelbagai pilihan kedai makan, dan salah satunya Restoran Sana Sini. Ini kali ketiga Sally makan dekat sini, sebabnya Sally suka dengan portion makanan dan juga ruangnya yang besar dan selesa. Lepas tu ada spot OOTD jugak. Hahaha. Itu yang penting~



Selain daripada kawasan yang luas, untuk keluarga yang bawa anak-anak, jangan risau kalau anak-anak bosan sebab dekat sini ada kawasan yang disediakan dengan permainan kanak-kanak, lepas tu ada aiskrim, salad, sup dan popcorn percuma. Memang sesuai kalau nak habiskan masa dekat sini.

Untuk yang nak buat sambutan harijadi atau parti pun boleh buat dekat sini, boleh contact pihak restoran untuk maklumat lanjut.

MENU WAJIB CUMA DI RESTORAN SANA SINI

Kalau tanya Sally, Sally memang suka dengan menu stail Hong Kong yang ada dekat sini. Salah stau menu yang Sally suka ialah Spicy Szechuan Chicken Rice. Gabungan cili kering dengan cili padi, lepas tu lada hitam lagi memang berdesing telinga masa makan tu tapi sedap, lagi pedas lagi sedap kan? Portion pun sangat besar dan boleh kongsi kalau nak makan dengan keluarga atau kawan-kawan.





Kalau tak nak makan nasi, boleh pilih pasta; Spaghetti Aglio Olio with Seafood. Walaupun simple je tapi dapat makanan laut yang fresh tu memang membangkitkan rasa. Sepinggan makan pun rasa macam tak cukup!



Lepas tu Sally nak suggest korang order la Salted Egg Chicken Wing, memang cukup rasa, telur asin dia pun tak kedekut tau, ini kira side order la kalau tak nak makan yang berat. Hehehe. Kalau order nasi ke pasta ke pun boleh je order Salted Egg Chicken Wing.



Another signature dish yang boleh dicuba; Nasi Ayam 7 Adik Beradik. Tak payah nak fikir, boleh makan 7 jenis nasi, lepas tu ada ayam goreng panas-panas, sambal lagi ikan bilis lagi memang ngam la kan, sedap gila, puas hati makan sedulang ni 😂








Sebenarnya ada banyak lagi menu yang boleh cuba, macam Pineapple Seafood Fried Rice, King Prawn Kway Teow with Ginger and Egg, Sizzling Yee Mee With Chicken and Mushroom dan Hokkaido Curry Chicken Chop Rice with Omelette.

Yang ini semua recommended la, sebab portion banyak dan rasa pun sedap. Memang lain daripada yang lain. Pada Sally, range harga dia sangat berpatutan, kalau restoran ini ada dekat area KL memang selalu la Sally singgah..Honestly tak menyesal makan dekat sini...sebab kualiti makanan dia setanding dengan harga dan portion makanan...Kalau jenis yang makan sikit, satu bekas tu pun boleh dikongsi 2 orang, masih cukup dan confirm kenyang.


Restoran Sana Sini
LG 01, DPulze Shopping Centre, Persiaran Multimedia, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Facebook: www.facebook.com/Restoran-sana-sini
Instagram: www.instagram.com/sanasinirestoran

Post a Comment

10 Comments

  1. banyaknya pilihan kat sini yek... nampak semua sedap dan menyelerakan..

    ReplyDelete
  2. Mmg dah lama gila tak berjalan ke cyberjaya..last dulu ms kecik kot masa kak zaza keje sana..nanti kalau ada jalan2 kl blh pi la

    ReplyDelete
  3. Banyaknya pilihan makanan kat sini, nampak semua sedap pulak tu..

    ReplyDelete
  4. alahai.. sedap2 semuanya.. kalau dekat hari nie jugak singgah

    ReplyDelete
  5. makk aiii sedap2 nya sally, tak yah ke sana ke sini dah nak makan sedap ye, datang je ke restoran sana sini :)

    ReplyDelete
  6. Portion dia banyak lahhh.. Menarik pulak tu menu dia.. Nasi 7 beradik tu so unique..

    ReplyDelete
  7. Banyak pilihan mknn.. Sedp semuanya tengoknya. 7 beradik tu makan ramai2 best..

    ReplyDelete
  8. Unik betul nama kedai disana ye..
    setakat ni belum pernah sampai ke Cyberjaya,
    kalau ada ke sana boleh la cuba makan dikedai yang sally share kan ni..

    ReplyDelete
  9. Bonde selalu jugak lunch dekat sini dengan opis mate.. suka makan menu2 portion boleh kongsi2 sebab banyak

    ReplyDelete
  10. Wahhh semua sedap, sis nak cuba their Hokkaido Curry Chicken Chop Rice with Omelette.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!