Resipi Kek Marble Jelita | Kek ini dah lama dah viral tapi Sally tak pernah teringin nak cuba buat, cuma kebelakangan ni rajin pula nak baking tapi malas nak buat kek yang ada krim, nak kek yang senang je macam marble cake, butter cake, orange cake macam tu la, kek yang kalau kita nak minum petang, pekena dengan kopi ke teh O memang kena. Haaa~
Bila Google, ada banyak resipi...macam-macam la, sampai tak tahu yang mana nak cuba, tapi ada satu resipi yang Sally rasa macam ok dan boleh jadi, sebab kadang Sally punya tangan ini ada je yang tak jadi walaupun ikut step by step resipi tu...So, Saly share la mana tau ada yang nak buat untuk minum petang ke nak bagi dekat kawan-kawan ke untuk kenduri kendara ke.
Read more: Resipi || Marble Butter Cake (Rainbow Version) | Cuba Resipi Che Nom
Bahan-bahan:
2¼ cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu kecil baking powder (ayak)
Secubit garam (ayak)
150g butter (cairkan)
5 biji telur - Gred A atau B
1 cawan gula perang @gula kastor
2 sudu besar Ovallette
1 sudu kecil Esen Vanila
75ml susu segar
Pewarna makanan (ikut selera masing-masing)
Cara-caranya:
1. Ayak tepung, baking powder & garam
2. Cairkan butter, jgn sampai hangus
3. Satukan telur dengan gula, guna mixer. Sambil kacau, masukkan 75ml susu segar, Ovallette dan kemudian esen vanila
4. Masukkan tepung dan pukul sampai kembang
5. Bahagikan kepada beberapa bahagian adunan, ikut warna yang kita suka
6. Bakar pada suhu 160°C, 55 minit
**Tips utk tak nak bg atas tu terbakar, selepas 20 minit tutupkan adunan yg di bakar tadi dengan aluminium foil (Sally lupa 😅 sebab tu terbakar separuh sebelah kanan tu)
Untuk lebih faham step by step nak buat kek Marble Jelita ini, boleh tengok dekat YouTube Sally.
0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!