Resipi Marble Butter Cake (Rainbow Version) | Cuba Resipi Che Nom


Kalau duduk dekat rumah ini, ada sahaja idea nak buat makan kudapan. Ibu jenis suka makan kek, kuih, biskut sebab dia akan makan nasi sekali sahaja setiap hari...So, memang kena ada je la stok kek ke kuih atas meja. Sekarang jarang nak beli sebab kalau beli dapat sikit je, kang satu kerja nak kena buat/beli lagi.


Kebetulan Sally scroll YouTube, ternampak resipi daripada YouTuber makanan yang yang famous, Che Nom baru upload resipi Marble Butter Cake, awalnya Sally ingat sama je macam resipi kek Marble Jelita tu tapi rupanya lain. Yang bestnya kek ni sebab dia moist sangat, dan guna butter.


Marble Butter Cake (Rainbow Version)

Bahan-bahan:
250g butter / mentega
1 cawan gula perang / gula kastor
2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu kecil baking powder (ayak)
Secubit garam (ayak)
4 biji telur - Gred A atau B
1 sudu kecil Esen Vanilla
75ml susu penuh krim
Pewarna makanan (ikut selera masing-masing)

Cara-caranya:
1. Ayak tepung, baking powder & secubit garam
2. Satukan butter dengan gula, guna mixer sehingga kembang
3. Masukkan telur satu per satu, sambil kacau kemudian masukkan esen vanila
4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu, sehingga habis
5. Bahagikan kepada beberapa bahagian adunan, ikut warna yang kita suka
6. Bakar pada suhu 170°C, 45 minit

**Tips utk tak nak bagi atas tu terbakar, selepas 20 minit tutupkan adunan yg di bakar tadi dengan aluminium foil, lepas tu sambung bakar sampai la kek masak.

Untuk panduan nak buat kek ni, boleh tengok dekat YouTube Sally.

Post a Comment

0 Comments