Shopping Online di PG Mall, lebih berbaloi!



Dari PKP sampai la ke PKPP ini dijalankan, Sally rasa memang dah serasi dengan gaya hidup duduk di rumah dan berbelanja secara atas talian. Lebih seronok sebab tak perlu nak keluar bersesak, kurang la nak terdedah kepada wabak COVID-19 dan yang penting sekali tak penat! Klik sana, klik sini barang terus sampai depan rumah, syok kan?

Buat korang yang baru pertama kali dengar tentang PG Mall, ianya ialah sebuah platform e-dagang tempatan di Malaysia yang sudah mula bertapak sejak tahun 2017 lagi. Mereka mengamalkan konsep ConsuMerchant. Apa yang Sally suka dengan PG Mall sebab ada pelbagai jenis barangan yang ditawarkan, ada lebih banyak pilihan untuk kita dengan harga yang berpatutan.

Fesyen, barangan kelengkapan rumah, groceries, barangan elektik dan elektronik, wangian, barangan kelengkapan memasak dan dapur, kasut dan sebagainya, pendek kata semua ada di PG Mall!


PG Mall berada di kedudukan ke-3 dalam iprice (iprice.my/insights/mapofecommerce) yang membuktikan PG Mall juga merupakan antara platform e-dagang yang dipercayai oleh rakyat Malaysia dan sering digunakan untuk berbelanja secara atas talian.


Lebih diskaun pada pukul 10am, 4pm dan 9pm!

Untuk yang suka dengan penjimatan yang lebih, HOTDAY SALE menawarkan diskaun sehingga 80& setiap hari, dan dijamin harga yang terendah!

‘Forever Cashback’ sehingga 3.5%!

Kita juga berpeluang untuk menikmati ganjaran hebat, khas untuk semua pelanggan dan pelanggan ‘referral’ yang membuat pembelian di PG Mall. Hanya buat pembelian, rujuk teman atau keluarga anda melalui konsep ‘Shop-Share-Earn’ dan nikmati ‘Forever Cashback’ sehingga 3.5%. Hebat kan? Lebih banyak penjimatan!



Rebut Peluang Cabutan Bertuah Love You 3000

Bukan itu sahaja!

Yes, sambil shopping ada peluang nak menang cabutan bertuah. Senang je, setiap pembelian RM30 ke atas, kita berpeluang memenangi cabutan bertuah dan bawa pulang PGMall c-wallet bernilai RM3,000. Cabutan bertuah diadakan sekali setiap 2 minggu dan pemenang akan diumumkan pada 15hb – 30hb pada setiap bulan.

Lebih banyak kita membeli belah, lebih tinggi la peluang untuk kita menang.

Payweek Bonanza

Untuk meraikan hari kebiasaannya rakyat Malaysia akan mendapat gaji, setiap pembelian yang bernilai RM50 dan keatas (daripada kedai/store yang sama), dalam tempoh 25hb sehingga 5hb bulan berikutnya, akan menerima penghantaran percuma (FREE DELIVERY). Jimat kan?

Macam-macam promosi yang kita boleh nikmati hanya di PG Mall. Memang berbaloi-baloi. Potongan harga yang kaw-kaw, cashback lagi, siap ada cabutan bertuah lagi dan tak lupa juga penghantaran percuma semasa hari gaji. Tunggu apa lagi, bertindak sekarang!

Post a Comment

4 Comments

  1. Banyaknya promosi dekat PG Mall ni. Ada diskaun, cashback lagi Boleh berjimat sambil membeli belah.

    ReplyDelete
  2. Memang ok beli dekt sini.. Banyak ganjaran

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!