Peraduan Menang Gold Bar Dengan Shopping di cmasa.my!


Di zaman PKP ni, banyak betul laman web e-dagang yang Sally discover. Hahaha. Nampak sangat rajin shooping online. Yela, dah la selamat, lepas tu mudah klik klik je bayar dan barang sampai depan rumah. Tak penat nak keluar atau nak berjalan.

Untuk pengetahuan korang, CMASA.my adalah salah satu inisiatif pasaran atas talian (online) yang diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi menyediakan kemudahan pasaran atas talian kepada pihak-pihak yang berminat terutamanya ahli Kelab Maya Sahabat Ar-Rahnu YaPEIM (CMASA).

Di CMASA.my, bukan sahaja barang makanan kita boleh beli, ada fesyen, untuk bayi dan kanak-kanak, makanan tambahan dan kesihatan, kelengkapan rumah, makanan siap di makan dan kelengkapan haji dan umrah pun ada.


BERITA BAIK untuk korang yang shopping di CMASA.my sbb sekarang ada peraduan shopping dan menang EMAS!

Kalau rasa berat nak beli emas, baik korang shopping dekat cmasa.my sbb ada hadiah GOLD BAR utk 6 org yg bertuah! Untuk dapatkan emas ini, korang hanya perlu lakukan 3 LANGKAH MUDAH ini :

LANGKAH 1 :

Beli minimum 1 produk dari website https://cmasa.my. Tak kisah produk apa sekalipun, terus layak untuk menyertai dan memenangi hadiah EMAS PERCUMA ini.

LANGKAH 2 :
Simpan resit pembelian online selepas buat pembelian, dan PRIVATE MESSAGE (PM) di FB Page rasmi CMASA, upload dan kemukakan resit pembelian sebagai pengesahan.

LANGKAH 3 :

Selepas tu, sila buat satu posting secara publik di Facebook profile sendiri dengan ayat yang bermula "SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" (sila lengkapkan ayat di atas mengikut pengalaman dan kreativiti masing-masing) beserta dengan gambar secara kreatif di posting kita dan jangan lupa sertakan hashtag #cmasa, pastikan akaun publik!


BAGAIMANA PEMENANG DIPILIH?

Mereka akan memilih 6 orang yang mempunyai :

LIKE. KOMEN. SHARE paling tinggi utk dihadiahkan EMAS SECARA PERCUMA!

Kalau tak dapat emas? Jgn risau sbb ada lagi tambahan 10 hadiah saguhati lagi untuk dimiliki!

Tarikh tutup adalah pada 30 JUN 2020. Sekiranya terdapat sebarang soalan atau kemusykilan, boleh mesej terus ke FB Page CMASA. Jangan tunggu lama-lama ye...Siapa cepat dia dapat!

Post a Comment

2 Comments

  1. menarik ni hadiahnya..jom join sama-sama barang-barang kat website tersebut semuanya halal

    ReplyDelete
  2. Beli satu benda je n ada peluang utk menang gold bar. Menariknya

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!