Resipi Kuih Lopes Mudah Cuma Guna Rice Cooker Je!



Betul la orang cakap, PKP ni membuatkan kita yang tak pandai masak pun boleh jadi pandai. Sally beberapa hari lepas teringin betul nak makan kuih Lopes, tapi bila tengok cara tradisional aduhai malas betul rasa nak buat, tapi teringat sebelum ni Sally pernah buat Pulut Kuning masak dengan rice cooker, terus la cuba buat kuih Lopes dengan cara yang sama.

Semestinya la cara tradisional dan cara pemalas macam ini ada bezanya, tapi kita pejam mata jela. Alhamdulillah juga sebab periuk nasi Sally memang jenis langsung takde kerak, so bila masak tu lembut je semua tanpa kerak keras.

 

KUIH LOPES "RICE COOKER"

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
Sedikit garam dan pewarna hijau
Daun pandan
Kelapa parut - ambil bahagian putih sahaja

Cara penyedian:
Masak semua bahan dlm rice cooker kecuali kelapa parut. Lepas dah masak, sapu minyak pada loyang berbentuk segi empat, dan mampatkan pulut tadi. Dah agak sejuk, boleh la potong mengikut saiz yang dikendaki dan gaul dlm kelapa parut yg dah di kukus.

Kenapa Sally gunakan loyang segi empat?
Sebab mudah nak bahagi dan potong menjadi bentuk segi tiga.

Tips:
Semasa nak masak pulut tu, air diukur sama tinggi dengan pulut, jangan banyak sangat air/santan sebab kita tak nak pulut terlebih masak sampai jadi lembik.

Post a Comment

2 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!