Resipi Aiskrim Oreo Homemade

Musim PKP menyebabkan ramai la orang asyik come out dengan resipi je, Sally pun tak terkecuali la terjebak nak cuba, daripada Dalgona Coffee sampai la buat aiskrim sendiri. Kebetulan semua bahan yang perlu dah memang ada dekat rumah, cuma memerlukan kerajinan sahaja untuk buat.


Actually resipi asal hanya aiskrim Vanila, tapi kebetulan ada biskut Oreo jadi Sally campurkan sahaja dan jadi la aiskrim Oreo! Disebabkan Oreo agak manis, jadinya Sally kurangkan kuantiti susu pekat supaya kurang manis.


Bahan-bahan:
1 tin susu cair
4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar ovalett
1 sudu kecil esen Vanila
1 paket biskut Oreo

Cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan kecuali biskut Oreo
2. Pukul sehingga kembang, macam buat kek tu
3. Patahkan biskut Oreo atau blend kasar biskut
4. Campurkan dan masukkan ke dalam bekas dan bekukan semalaman, lepas tu dah boleh makan

Senang je kan? Kalau korang nak cuba buat perisa lain, nak buat Stoberi ke Matcha ke, korang boleh beli esen mengikut kesesuaian. Lepas tu selain daripada Oreo boleh tukar kepada cip coklat, wafer, buah-buahan kering dan lain-lain lagi. Selamat mencuba!

Post a Comment

3 Comments

  1. ini macam menu wajib try berbuka ni nnt. hehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya... eskem feveret ni :9

    ReplyDelete
  3. nak buat tapi takdak ovalett so kena lupakan dlu hasrat..
    brangan nak buat eskrim sendiri..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!