Saturday, April 4, 2020

#StaycationistaBeaute : Aktiviti Apa Yang Kami Buat Selama 3H2M?




Dah baca tentang pengalaman Sally menginap di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands? Buat korang yang tak tau, staycation Sally ditaja khas oleh Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands dan juga Toscana Medi Clinic tau.

Entri berkait : [Review] Pengalaman Bercuti 3H2M di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands.


1. SHRGH TOUR SESSION WITH MISS ERICA (PR MANAGER)

Hari pertama masa sampai tu agak free and easy juga sebab menanti semua orang sampai kan. Ada yang bergerak selepas solat jumaat dan ada juga yang sampai selepas habis kerja, sebab masa kami datang tu hari Jumaat.


Kami dibawa untuk melihat sekeliling SHRGH termasuklah bilik yang ada, fasiliti yang menjadi tarikan dan juga pelbagai ruangan yang boleh digunakan oleh pelanggan hotel. Tak susah nak buat pilihan sebab di SHRGH, mereka menyediakan 4 jenis penginapan:

SENARAI PENGINAPAN DI SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCES, GENTING HIGHLANDS


DELUXE ROOM
Bilik ini sesuai untuk pasangan atau pun yang datang untuk kerja.

1-BEDROOM SUITE
Bilik ini sama je dengan Deluxe Room, tapi yang membezakan ialah ada ruang tamu dan bilik dibina secara berasingan. Kalau datang dengan keluarga yang kecil, boleh minta tambahan tilam dan letak dekat bahagian luar.

EXECUTIVE 2-BEDROOM RESIDENCE
Apartmen yang mempunyai dua bilik, sesuai untuk 3 orang sebab bilik pertama mempunyai katil single dan bilik yang kedua ada sebuah katil bersaiz queen.

PREMIER 2-BEDROOM RESIDENCE

Apartmen ini mempunyai dua bilik dan dua bilik air. Satu bilik air di luar dan satu lagi di dalam bilik yang pertama. Kedua-dua mempunyai katil bersaiz queen. Sesuai untuk mereka yang datang bersama keluarga.

2. MALAM WARISAN BUDAYA (PAKAIAN TRADISIONAL TERBAIK)


Malam kedua malam yang paling best sebab ada prebiu bufet Ramadan yang akan diadakan di SHRGH. Tema bufet Ramadan mereka pada tahun ini ialah Sajian Warisan Budaya, jadinya kami semua diminta untuk menggayakan pakaian tradisi yang paling menarik. Yang paling outstanding akan dapat hadiah tau.

Macam biasa la, Rawlins memang akan hadir dengan kostum yang paling kita tak fikir dia akan pakai, lain daripada yang lain. Maha pun menyewa kostum Raja Melayu berona kuning emas, bagi Sally memang sangat cantik warna dia. Kifli dan Helmi jadi kembar dengan pakaian yang sama.


Tahniah Maha, Rawlins & Syafiqah sebab menang. Memang tak dinafikan effort mereka berbaloi dan layak diberikan penghargaan.

Entri berkait : Ramadhan Buffet 2020 | Sajian Warisan Budaya di Swiss-Garden Genting Highlands.

Sally macam biasa la, bukannya reti nak melawa sangat. Pakai je apa yang senang bawa sebab kan naik bas. Iye, memang alasan tu, kalau dah malas tu nak buat macam mana kan?


3. SESI ZUMBA BERSAMA DR. LASHELA DHARMADASS

Honestly lama gila Sally tak join zumba, selalu zumba dalam bilik je sorang-sorang. itu pun orang buat 10 minit kita jadi 5 minit je...HAHAHA!


Tapi zumba kali ini best gila, selain daripada kami, staf SHRGH pun join, eh lupa nak mention GM pun join jugak tau...lepas tu ada aunty ni menginap kat SHRGH juga, dia pun join zuma dengan kami. Memang kelakar dan fun gila pagi kami, lepas breakfast baru zumba, satu hal pulak lapar lepas tu...hahahaha

4. HEALTH AND BEAUTY TALK (ANTI-AGING & SNORING) OLEH DR. LASHELA DHARMADASS


Hari terakhir memang dikhaskan untuk aktiviti bersama dengan Toscana Medi Clinic. Selepas sesi zumba, lepas bersiap dan ready untuk check out, kami diberikan sedikit penerangan lagi sekali daripada Dr. Lashela Dharmadass.

Sesi pertama, Dr. Lashela kongsikan tentang anti penuaan. Banyak benda yang kami belajar, kadang tu ada antaranya kita macam sambil lewa sahaja. Antara intipatinya termasuklah keperluan dan kewajipan kita menggunakan sun-block dan pentingnya kita uruskan lifestyle kita.

Kesihatan tu terdiri daripada 5 komponen; kegembiraan, tidur yang mencukupi, senaman, makanan yang baik untuk tubuh dan juga kadar penghidratan yang baik (minum dengan cukup!).


Dr. Lashela juga berkongsi tentang masalah dengkur. Korang tau tak kalau kita ada masalah dengkur yang serius, kita boleh meninggal dalam tidur?

Haaa...sebegitu la bahayanya dengkur, selain daripada mengganggu pasangan kita, dengkur juga boleh membahayakan diri kita. Di Toscana Medi Clinik, mereka pakar dalam rawatan estetik, termasuklah body contouring, facelift, rejuvenation therapies, anti-penuaan, rawatan stemcell, pengurusan berat badan dan banyak lagi. Tak salah la kalau mereka dinobatkan sebagai antara 10 klinik estetik terbaik di Malaysia.

Jangan risau kalau korang ada masalah dengkur, sebab di Toscana, kita boleh atasi masalah dengkur dengan menggunakan laser. Antara punca terjadinya dengkur atau snoring ni sebab obesiti, tabiat merokok berlebihan, tidak cukup tidur serta kurang bersenam.


Jangan risau sebab tak sakit dan tak perlu sebarang pembedahan pun. Hanya dengan laser, mereka ada membuka ruang di lelangit supaya kita mudah bernafas. Korang akan rasa macam panas sikit la masa kena tembak laser tu tapi tak sakit.


Toscana Medi Clinic

Block D5-G4-01 & 02, Solaris Dutamas (Publika)
No 1 Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur.
www.toscanamed.com
Facebook : www.facebook.com/toscanamed
Instagram : www.instagram.com/toscana_mediclinic/


Tak sabar nak habis PKP dan nak bebas daripada virus Covid-19 ini, semoga lepas ni dunia dan Malaysia kembali aman dan kita bebas travel macam dulu-dulu kan? Lepas ni nak repeat lagi ke Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands dan nak jumpa dengan muka-muka yang dirindui ni! :)

8 comments:

  1. wah..cantik. bgus siapa ada masalah dengkur tu ke klinik tu

    ReplyDelete
  2. Best nyer, memang teringin nak pergi cuti kat Genting lepas MCO ni

    ReplyDelete
  3. bestnyer...bercuti sambil menimba ilmu..

    ReplyDelete
  4. Seronoknye ada pertandingan pakaian tradisional tu, dapatlah merasa bergaya dengan baju tradisional. tahniah pada pemenang

    ReplyDelete
  5. oh my ..banyak aktiviti..suka tengok..dhla tempat best..dari tengok bilik, makana dengan pakai baju tradisional, pastu zumba lagi..best

    ReplyDelete
  6. Waaaa seronoknya. Banyak aktiviti blh bt. Sambil bercuti dpt timba ilmu. Bagus sgt kena pulak dgn tempat yang cantik.

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat bercuti macam nie kan. Tahniah tau pada semua pemenang..

    ReplyDelete
  8. Bestnya. Sambil bercuti, ada aktiviti sekali diadakan.
    Erm, bab dengkuran tu kadang husbnd pn berdengkur. Kdng2 je la. Tak selalu

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!