[Review] Pengalaman Bercuti 3H2M di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands.

Review Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands


Lama sangat rasanya Sally tak bercuti, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan kerana penularan virus Covid-19 dilaksanakan, Sally sempat bercuti di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands (SHRGH).



Short vacay Sally mengambil masa kurang daripada sejam sahaja daripada rumah. Takde la penat sangat kan. Sally naik bas daripada TBS, hanya RM10 je. Tak risau sebab sampai je ke terminal, kita boleh minta shuttle van daripada SHRGH, servis ini percuma tau. Selain daripada untuk mengambil kita di terminal, korang juga boleh request untuk ke Genting Highlands Premium Outlets (GPO). Kalau korang memandu pun takde masalah, sebab ada hampir 300 lot parking untuk kita.

Tarikan utama SHRGH, selain daripada kedudukannya yang berdekatan dengan bandaraya Kuala Lumpur, ianya sangat terkenal sebagai sebuah hotel yang lengkap dengan fasiliti, makanan yang sedap dan juga pemandangan yang cantik menghadap ke puncak Genting Highlands. SHRGH juga sangat terkenal sebab ada banyak sangat spot OOTD untuk korang yang minat fotografi!

 

Salah satu lokasi yang Sally nak kongsikan dan merupakan juga salah satu fasiliti di SHRGH ialah rooftop pool yang terletak di tingkat 41, daripada sini korang boleh tengok pemandangan sekitar Genting Highlands.

 



Rumah kaca ini antara tarikan yang sesuai kalau nak OOTD. Sally suka sangat dengan bahagian ini sebab boleh nampak langit dengan jelas, macam boleh capai je awan-awan yang berarak tu. Tambah istimewa sebab dekat atas ni juga ada lap & kids pool, dan kolam renang mereka ada heater tau, suam-suam je air masa mandi.







Selain tu ada juga fasiliti gim, jakuzi dan bilik sauna, Games Room, Children Playground, Squash & Tennis Court dan taman yang terletak di tingkat 5, berhadapan dengan The Garden Terrace.

 





 

Di sini ada 4 pilihan bilik, sesuai untuk keluarga dan juga untuk pasangan atau percutian dengan kawan-kawan. Ada 2 pilihan bilik hotel dan juga 2 lagi di bahagian residences. Sally dapat bilik di residence. Sebuah apartmen yang mempunyai dua bilik tidur dan dua bilik air, sesuai la untuk kami berempat. Kali ini Sally serumah dengan kak Eyza, Syafiqah dan Farah.





Apartmen ini lengkap dengan mesin basuh dan juga peti sejuk tau, selain itu toiletries pun lengkap, tuala, kopi dan teh dan juga televisyen. Pendek kata memang selesa la.





SENARAI PENGINAPAN YANG ADA DI SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCES, GENTING HIGHLANDS

DELUXE ROOM
Bilik ini sesuai untuk pasangan atau pun yang datang untuk kerja.

1-BEDROOM SUITE
Bilik ini sama je dengan Deluxe Room, tapi yang membezakan ialah ada ruang tamu dan bilik dibina secara berasingan. Kalau datang dengan keluarga yang kecil, boleh minta tambahan tilam dan letak dekat bahagian luar.

EXECUTIVE 2-BEDROOM RESIDENCE
Apartmen yang mempunyai dua bilik, sesuai untuk 3 orang sebab bilik pertama mempunyai katil single dan bilik yang kedua ada sebuah katil bersaiz queen.

PREMIER 2-BEDROOM RESIDENCE
Apartmen ini yang Sally kongsi dengan Kak Eyza, Syafiqah dan Farah. Mempunyai dua bilik dan dua bilik air. Satu bilik air di luar dan satu lagi di dalam bilik yang pertama. Kedua-dua mempunyai katil bersaiz queen. Sesuai untuk mereka yang datang bersama keluarga.

 

Sepanjang 3 hari 2 malam Sally menginap di SHRGH, memang makan di The Garden Terrace sahaja. Kafe ini mampu memuatkan 300 orang dalam satu-satu masa tau, dan yang menariknya pinggan dan cawan yang digunakan tu sangat la cantik. VINTAGE!



Kalau tanya Sally, masa breakfast memang paling Sally suka. Ada pelbagai jenis menu yang boleh korang cuba. Sally suka gila Nasi Lemak, Bubur Nasi, Teh Tarik dan Sambal Sotong kat sini. Rasanya kalau suruh makan dekat bufet ini hari-hari pun takpe. Hehehehe. Masa lunch pula ada Kari Kambing, fuhhh memang terbaik la Kari Kambing yang chef masak, habis licin dalam mangkuk.

Lokasi: Tingkat 5
Masa Operasi: Sarapan: 6.30 am – 10.00 am | Makan Malam: 6.00 pm – 10.00 pm

Ada banyak aktiviti boleh kita lakukan dekat SHRGH, paling Sally suka ialah cuaca dan udara yang nyaman. Sejuk dan jauh daripada hiruk pikuk bandaraya. Sambil bercuti, sambil shopping dekat GPO kan?

Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands
Alamat: Windmill Upon Hills, Genting Permai, 69000 Genting Highlands, Pahang Darul Makmur
No Telefon: +603 9213 0777
Email: reservation@shrgh.swissgarden.com

Post a Comment

11 Comments

  1. Lamanya Anie tak ke Genting! Swiss Garden ni cantik banget

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt kalau dtg ke Malaysia lagi boleh dtg menginap disini tau Anie :D

      Delete
  2. Alamak bestnye... Rindu nak pergi Genting Highland, Hari tu new year kami sekeluarga bercuti dekat Genting tapi macam tak puas jalan next boleh stay sini pulak he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kak, kalau akak 3 beranak amik yg executive residence tu pun dah selesa sangat dah.

      Delete
  3. Serius cntik sanagt tempat dia..memng banyak tempat ootd ye..arghh cepatla berlalu covid, nak ke sini

    ReplyDelete
  4. Alalalala.. Dah la tengah PKP, cite pasal percutian pulak. Adeh..
    Rinduuuu nak kuar jenjalan. .

    ReplyDelete
  5. Ngeee lama dah tak pegi tempat sejuk ni. View kat sini cantik sgt. Banyak tempat blh ootd. Udara segar cmni.

    ReplyDelete
  6. Cantik! Macam bukan kat Malaysia. Lamanya tak naik ke genting. Last pergi masa tahun 2011.

    ReplyDelete
  7. Hotel ni view dia sangat cantik and tempat pun nyaman kan.

    ReplyDelete
  8. Untung le dapat jalan2 sebelum pkp. Dapat jalan kat tempat yg best pulak tu. Happening betul tgok korang semua

    ReplyDelete
  9. Memang cantik uit penginapan yang Sally stay ni. Okay nanti pergi genting nak ajak suami stay sini la

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!