7 Resipi Pencuci Mulut Wajib Cuba Masak Semasa Ramadan.

Diam tak diam, Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. Dalam kita menjalani ibadah puasa dan menikmati pelbagai juadah yang enak, penting untuk kita kekal sihat dan ambil berat dengan kandungan gula dan lemak dalam makanan yang kita ambil.

Jadi, macam mana kita nak kawal pengambilan gula dan lemak dalam makanan kita?

BUAT SENDIRI! Betul kan? Bila kita buat sendiri, kita boleh kawal pengambilan gula dan lemak dalam makanan yang kita masak/buat.

Sally kumpulkan senarai kuih dan pencuci mulut yang mesti dicuba di rumah yang terdiri daripada yang paling mudah dan cepat, boleh dibuat oleh mereka yang jarang memasak di rumah, hinggalah hidangan yang memerlukan sedikit kemahiran, usaha dan masa. Jangan risau sebab semua jenis kuih dan pencuci mulut ini mesra pengguna, tak perlukan peralatan khas pun!

1. Bubur Jagung



Pencuci mulut yang paling senang. Cuma masukkan ramuan mengikut turutan, kacau dengan kepanasan sederhana sehinggalah bubur siap. Kemudian, letakkan ke dalam mangkuk. Taburkan dengan jagung manis. Enak dinikmati ketika panas dan menyegarkan apabila dimakan sejuk. Kalau korang boleh kacau periuk tanpa sebarang insiden, korang confirm boleh buat bubur ini!

2. Bubur Kacang



Bubur yang sedikit manis, kaya dengan serat dan protein ini cukup enak sebagai juadah berbuka puasa. Bubur kacang boleh dinikmati begitu sahaja, atau boleh buat jadi aiskrim Malaysia!

Hidangan ini terdiri daripada kacang, biji sagu, jagung, santan dan daun pandan untuk rasa yang enak. Rendam kacang semalaman (minimum sejam) untuk menjimatkan masa memasak. Masukkan semua ramuan itu ke dalam satu periuk besar dalam turutan yang betul, kacau, reneh dan siap!

3. Puding Jagung



Juadah ketiga ialah puding jagung manis. Tak la susah sangat nak buat tapi perlu kerajinan untuk mengacau sentiasa, kalau tak boleh hangus nanti tak sedap. Masukkan ke dalam acuan, loyang atau bekas kaca yang rata, sejukkan sebelum masukkan ke dalam peti ais. Untuk kelainan, sebelum hidang, taburkan dengan keju parmesan untuk rasa masin dan berkrim.

4. Kuih Talam



Kuih lapis ini agak mencabar untuk dibuat, sebab ada dua lapisan. Dekat sejam juga la nak kukus satu persatu lapisan tu tetapi usaha itu berbaloi kerana rasanya sedap! Untuk rasa yang lebih ringan gunakan Santan Super Light. Biarkan sejuk. Potong kecil atau hidangkan dalam saiz berasingan. Hiaskan dengan jagung manis dan kelapa parut untuk jadikannya lebih menarik!

5. Agar Agar Buah



Agar-agar ini pun ada dua lapisan, renyah tapi berbaloi dengan rasa dia. Buat jeli laici yang jernih mengikut resipi, tuangkan ke dalam acuan, kemudian tambah pilihan buah-buahan segar. Biarkan selama 20 minit.

Lepas tu sediakan lapisan jeli santan pandan yang berkrim. Tuangkannya di atas jeli buah, biarkan ia sejuk sedikit sebelum masukkan ke dalam peti ais. Keluarkan daripada acuan sebelum hidangkannya di atas pinggan. Cantik, sedap dan sihat dengan buah-buahan yang kaya dengan serat dan santan yang berkrim.

­6. Kuih Serimuka



Siapa je yang tak suka dengan Serimuka kan? Kuih tradisi yang terdiri daripada lapisan pulut dan kastard santan. Rendam pulut selama setengah jam sebelum masukkan ramuan lain termasuklah santan untuk lapisan pulut, kemudian stim selama 20 minit. Sementara itu, siapkan lapisan kastard kelapa sebelum kukus di atas air yang mendidih sehingga ia sedikit pekat. Jangan masak di atas api untuk mengelak ia menjadi seperti telur dadar! Kacau campuran pulut, tekan supaya ia menjadi bentuk, kemudian tuang kastard di atasnya. Stim selama 30 minit lagi. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

7. Kuih Kaswi Labu



Kuih Kaswi Labu ialah kuih yang sihat untuk penggemar labu. Ia jarang dijumpai di bazar kerana ia sukar dibuat. Stimkan labu, lenyek dan sejukkan. Buat satu ‘pelekat’ menggunakan tepung ubi dan serbuk agar-agar kemudian tambah labu lenyek yang sudah sejuk, santan dan bahan lain. Kacau sehingga ia membentuk tepung sadur yang licin. Tapis untuk asingkan ketulan sebelum tuang ke atas talam atau acuan sendiri. Kukus selama sejam, sejukkan dan potong empat segi jika perlu. Tabur kelapa parut. Sedap!

Senang je kan semuanya, dan kebanyakkan bahan-bahan ada dalam dapur kita. Kalau korang nak cuba semua resipi yang Sally kongsikan ini, korang boleh dapatkan semua resipi ini dan banyak lagi di www.ayambrand.com.my/raya2020.

Post a Comment

10 Comments

  1. Kuih Serimuka mmg tak pernh buat. Nnt nk cuba, dn join contest tuuu

    ReplyDelete
  2. Sempena PKP ni Bonde dah try bubur, puding jagung nanti nak try buat seri muka pulak, tapi bingka labu macam tak pernah makan sedap tak tu.. boleh try jugak nanti

    ReplyDelete
  3. Aduh menu dessert ni la yang sennag buat dan edap dimakan..nak kene cari bahan ler

    ReplyDelete
  4. Alamak.. Desert ni sedap sedap nampaknya. Dan ianya paling best untuk dinikmati kan..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya desert yg ada tu. Tempoh PKP ni nk try buat bubur jagunglah. Nampak cam sedap je tu.

    ReplyDelete
  6. Baki lagi 2 minggu sebelum ramadhan, boleh la buat 😁

    ReplyDelete
  7. Alaa..terliur tengok serimuka. Bahagian atas dia tu nampak lembut betul. Nanti nak pergi cari santan kotak Ayam Brand la, nak buat serimuka.

    ReplyDelete
  8. Tak payah nak tunggu ramadan, now pun dah nak makan.

    ReplyDelete
  9. Aduhhh sedapnya..lagi sedap kalau sally tolong buatkan..hehehe.

    ReplyDelete
  10. Okay nanti boleh cuba menu menu dessert ni. Semua nampak sedap

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!