Friday, December 13, 2019

Lupakan Membeli Belah, Teroka Keunikan Sarawak Dari Sudut Berbeza.




Jika korang berkesempatan untuk berkunjung ke Kuching tapi tak tahu nak buat apa selain daripada shopping, Sally ada beberapa cadangan lokasi yang boleh dikunjungi, selain daripada kita boleh teroka negeri Sarawak, kita boleh belajar dan tahu sejarah tentang bumi kenyalang ini.

BROOKE GALLERY @ FORT MARGHERITA

Sebelum kita teroka bumi Sarawak yang penuh khazanah, tempat yang paling perlu korang kunjungi semestinya Brooke Gallery yang terletak di Fort Margherita. Disini kita akan ketahui tentang sejarah penubuhan Sarawak yang sebenarnya merupakan sebahagian daripada Empayar Brunei sejak Sultan Brunei yang pertama.





Pengiran Muda Raja Hashimit kemudian menyerahkan wilayah ini kepada pengembara British, James Brooke sebagai hadiah kerana membantunya menumpaskan pemberontakan di Sarawak ketika itu. Daripada sini bermulanya kebangkitan Sarawak dibawah penguasaan Rajah.

Muzium 3 tingkat ini akan merungkai semua sejarah penubuhan dan kejatuhan pemerintahan Brooke hampir apabila Jepun menawan Sarawak dan pembentukkan Sarawak dalam Malaysia.

JAMBATAN DARUL HANA, KUCHING WATERFRONT

Kuching Waterfront memang merupakan tarikan kepada pelancong dan penduduk setempat. Daripada sini kita boleh menyelusuri Sungai Sarawak untuk ke seberang (kebiasaannya untuk membeli kek lapis). Panorama menjelang senja juga sangat cantik!



Kalau nak merasai kemeriahan pada waktu malam, boleh ke Jambatan Darul Hana. Sekitar jam 8 malam akan ada musical fountain show yang berwarna warni. Lapar? Jangan risau sebab di sekitar kawasan ini ada pelbagai jenis gerai yang menjual makanan.

TUGU KUCHING



Tak sah kalau ke bandar Kuching tak ambil gambar kenangan di Tugu Kuching ini. Ada banyak teori mengenai asal usul perkataan "Kuching". Ada yang kata ianya mungkin memang berasal daripada perkataan kucing, atau daripada Cochin, sebuah pelabuhan perdagangan India di Pantai Malabar.

Ada beberapa teori lagi tentang asal usul nama Kuching ini, tapi apa yang penting, korang wajib datang ambil gambar disini barulah lengkap. Lokasi tugu ini juga sangat dekat dengan Medan Selera Top Spot yang terkenal dengan hidangan makanan laut yang segar!

RUMAH PANJANG ANNAH RAIS

Rumah panjang Annah Rais merupakan rumah panjang bagi suku kaum Bidayuh yang sudah berusia hampir 200 tahun. Disini mereka masih lagi mengekalkan lot-lot rumah yang asli dan juga campuran dengan yang sudah dibaikpulih.



Di sini juga masih lagi mempunyai Panggah (head house), yang sudah berusia hampir 150 tahun dan masih lagi dipelihara kerana mereka masih lagi mempunyai kepercayaan. Mereka juga aktif membuat persembahan menggunakan alatan muzik yang direka dan diperbuat daripada buluh, sebagai contoh salah satunya ialah Silatong, sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh.





Mereka juga menyediakan inap desa jika kita nak mencuba dan merasai sendiri pengalaman tinggal di rumah panjang ini. Jika berkesempatan, boleh juga membeli cenderahati daripada penduduk setempat yang rata-ratanya di buat sendiri oleh mereka.



SEMENGGOH WILDLIFE CENTER



Untuk melihat Orang Utan daripada habitatnya yang sebenar merupakan perkara yang agak mustahil, tapi tidak di Semenggoh Wildlife Center. Istimewanya disini, selain mereka akan memberi makan kepada Orang Utan dalam habitat mereka sendiri.

Ada 2 masa iaitu pada jam 9-10 pagi dan 3-4 petang, walaubagaimanapun mereka tidak menjanjikan kita akan dapat melihat Orang Utan kerana Orang Utan hanya akan keluar jika mereka lapar.



Rezeki sebab masa Sally kesini, ada peluang untuk melihat 3 ekor Orang Utan; Analisa dan anaknya Mas serta Orang Utan jantan yang diberi nama Annuar. Untuk lebih info dan update boleh follow mereka di Facebook (www.facebook.com/Semenggoh)

SARAWAK CULTURAL VILLAGE @ KAMPUNG BUDAYA SARAWAK

Lokasi terakhir yang Sally nak kongsikan dengan korang merupakan lokasi yang paling Sally suka dan teruja nak teroka. Ianya seluas 17 ekar dan mempunyai replika asli rumah-rumah etnik besar yang ada di Sarawak seperti Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Penan, Melanau, Melayu dan Cina.



Di setiap rumah ada pelbagai jenis aktiviti, pameran tentang cara kehidupan etnik, pakaian rasmi etnik dan juga juadah yang terkenal daripada etnik mereka. Kampung Budaya Sarawak juga boleh kita kategorikan sebagai sebuah muzium yang hidup!







Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan istimewa daripada setiap etnik yang diadakan 2 kali sehari iaitu pada jam 11.30 pagi dan 4.00 petang.



Jika berkesempatan, boleh juga cuba menu makanan yang terdapat di restoran mereka. Sally cadangkan korang cuba Sarawak Ethnic Kitchen Menu sebab ada menu asli Sarawak; Umai, Manok Pansoh, Daging Tepus, Ikan Asam Pedas, Bandong Tutok, Labu Masak Lemak dan Paku Belacan.



Untuk pengetahuan korang, sejak tahun 1997, Kuching telah menjadi tuan rumah bagi Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (Rainforest World Music Festival - RWMF), sebuah pesta muzik tahunan yang menarik artis dan penonton dari seluruh dunia.

Ianya diselenggarakan oleh Kampung Budaya Sarawak, berhampiran dengan Gunung Santubong, dan pesta ini merupakan salah satu pesta muzik terbesar di Malaysia dan telah dipilih sebagai antara 25 pesta antarabangsa oleh majalah British, Songlines.



Sebenarnya ada banyak lagi lokasi yang menarik yang boleh kita teroka di bumi Sarawak. Ini mungkin hanya secebis daripada peta Sarawak yang baru Sally teroka. Mungkin akan lebih banyak #MoreSarawak sempena Visit Malaysia 2020??

💭 FAM trip bersama Tourism Malaysia Sentral dan Sarawak Tourism Board
 

9 comments:

  1. menarik nya. setakat ni belum sampai ke sarawak :D

    ReplyDelete
  2. teringin nk pegi sarawak.. mungkin satu jari nnti..

    ReplyDelete
  3. Bestnya tempat dia pergi.. Banyak tempat menarik kat Sarawak erk.. Memng tempat melancong yang nad nak pergi juga.. Rindu nak travel

    ReplyDelete
  4. Sally kalau pi sarawak lagi rojer2.. Teringin tau nak pergi..

    ReplyDelete
  5. Jambatan Darul Hana tu nampak menarik. Moga ada rezeki ke sarawak nanti.

    ReplyDelete
  6. Seronok dpt melancong kan tp wawa xkesempatan lagi sbb husband sokmo busy...srwk byk tmpt menarik juga

    ReplyDelete
  7. Masa pergi Sawarak dulu dah pergi tempat Sally pergi nih, pengalaman tak dilupakan naik rumah panjang dan belajar tarian sumazau tu... etnik Sarawak memak unik bg Bonde

    ReplyDelete
  8. Bila keadaan kembali pulih..mmg nak trave tp dekat2 le cam sarawak ni. Dulu pernah pergi tapi dah lupa dah kenangan tu..huhuhu

    ReplyDelete
  9. Dulu pernah pergi Sarawak, memang best and banyak heritage places to explore.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!