Port Makan Di Kuching, Sarawak Yang Wajib Singgah!



Orang kata, bila kita singgah ke tempat orang, nak kenal budaya mereka pertama sekali kena cuba makanan mereka. Walaupun hanya sekejap masa Sally di Sarawak buat kali pertama, tapi Sally sempat juga la terjah beberapa port makan yang selalu dikunjungi dan berbaloi rasa makanannya!

RESTORAN LEPAU

Restoran Lepau sangat terkenal dikalangan penduduk setempat sebagai sebuah restoran yang boleh menghidangkan makanan asli Sarawak seperti Ayam Pansuh, Umai, Nasi Bario dibalut dengan Itun Sip dan Sup Terung Asam. Mereka juga terkenal kerana menyediakan makanan asli Orang Ulu dan Dayak.

Selain daripada tu, kalau kita makan disini, kita akan disajikan dengan dendangan lagu-lagu asli Sarawak membuatkan kita lebih dekat dengan negeri ini dan ingin mendalami tentang etnik yang berada dalam negeri ini yang terkenal sebagai negeri terbesar di Malaysia.





RESTORAN BUDAYA SARAWAK (KUCHING WATERFRONT)



Kalau korang berjalan di sekitar Kuching Waterfront, boleh juga cuba makanan asli Sarawak di Restoran Budaya Sarawak. Selain daripada kepelbagaian menu barat, dan menu masakan Malaysia...Ada kombo yang pada Sally wajib korang cuba.



Sarawak Local Combo ini didatangkan dengan Nasi Bario, Umai Ikan, Daging masak Lada Hitam, Midin Salad, Sup Terung Asam dan Manok Pansoh atau lebih dikenali sebagai Ayam Pansuh. Tak mahal pun, satu set hanya berharga RM35, dah termasuk air sekali tau. Rugi kalau tak cuba!

SWEE KANG (JALAN HAJI TAHA, KUCHING)



Kalau dekat Kuala Lumpur ini, macam cendawan tumbuh selepas hujan kedai minuman boba dibuka, tapi kalau di Kuching, korang wajib datang makan di Swee Kang yang terletak di Jalan Haji Taha. Walaupun kemungkinan korang kena beratur untuk mendapatkan meja, tapi percayalah, korang takkan menyesal.

Sally awalnya nak cuba ais kacang, tapi lepas tu macam tertarik dengan minuman yang diberi nama "White Lady". Ramai yang cakap Swee Kang Ais Kacang ini merupakan ais kacang terbaik di Sarawak. Kalau masa bulan puasa, lagi panjang orang beratur untuk membeli sebagai juadah berbuka puasa. Betul atau tidak sedapnya, korang kena datang cuba!

Dibuka setiap hari kecuali hari Khamis daripada jam 12.00 tengahari sehingga jam 6.30 petang sahaja.

SEAFOOD SEGAR DI MEDAN SELERA TOP SPOT
(BUKIT MATA GERAI 25)




Ini pula syurga makanan laut, Top Spot memang terkenal sebagai food court yang menyajikan pelbagai jenis menu terutamanya makanan laut. Salah satu ialah Bukit Mata Seafood (Gerai 25). Gerai ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin, daripada jam 5.00 - 11.00pm.



Harga yang berpatutan dan berbaloi, pelayan yang mesra, makanan laut yang segar antara komen mereka yang pernah makan disini. Signature dish mereka mestilah Salted Egg Sauce, memang ngam kalau masak bersama ketam atau udang.

Sally tau, ada banyak lagi makanan yang Sally perlu cuba di Sarawak, cuma kekangan masa yang membuatkan Sally tak sempat nak cuba. Sally akan kembali ke Kuching nanti, dan Sally akan pastikan list ini bertambah bila Sally kesana!

Jom kita #MoreSarawak sempena Visit Malaysia 2020!!

Post a Comment

7 Comments

  1. wah-wah...meriah dengan makanan...

    ReplyDelete
  2. Syoknya jejalan kat Sarawak.. lama udah tak ke sana..

    ReplyDelete
  3. teringin nak rasa makan laksa sarawak :(

    ReplyDelete
  4. Hei banyaknyaa nampak makanan sedap dekat post awak ni! Air tu pun menggoda betul ye

    ReplyDelete
  5. Wah saya pernah makan di Lepau Restaurant, tapi Laksa Sarawak tetap terbaik :D

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!