Muda Remaja Dalam Masa 3 Hari? Cubalah EVERSOFT SKINZ Timeless Youth.


Selain daripada kecantikkan kulit wanita Korea yang menjadi sebutan, wanita Jepun juga tidak terkecuali kerana mempunyai raut wajah seolah-olah tidak menjangkau usia. Rejim penjagaan wajah serta amalan pemakanan yang sihat harus dikreditkan kepada kulit halus, anjal dengan kompleksi selicin porselin. Nak memiliki kulit wajah yang muda remaja tanpa cela bagaikan wanita Jepun juga? Semuanya akan menjadi kenyataan dengan rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth.


EVERSOFT SKINZ telah melancarkan rangkaian anti penuaan baharu Timeless Youth yang menggunakan manfaat alam semulajadi dengan teknologi canggih dari Jepun. Ianya tidak mengandungi ekstrak tumbuhan serta BEBAS daripada bahan berbahaya seperti Paraben, pewarna tiruan, wangian tiruan, minyak mineral, alcohol dan Phthalates. Jenama ini juga menentang kajian keatas haiwan; oleh itu kita tak perlu ragu kerana tiada haiwan yang terancam di dalam proses penghasilan produk.

Kesemua produk di bawah rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth mengandungi 100% ekstrak tumbuhan yang membantu melawan tanda-tanda penuaan;

  • Ume (Aprikot Jepun) digunakan secara tradisional dalam perubatan Jepun untuk melembutkan serta menyamaratakan tona kulit disebabkan anti-glycation yang terkandung, menentang kesan penuaan sehingga ke lapisan sel kulit seperti kedutan, kehilangan keanjalan, perubahan warna, dan fungsi pertahanan kulit terjejas.
  • Wakame Seaweed, yang kaya dengan Phyto-collagen pula membantu mengurangkan kedutan dan garis halus
  • Minyak Rosehip berupaya untuk menguatkan lapisan pertahanan kulit, mengekalkan lembapan, serta mengurangkan bintik hitam.


Rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth mengandungi 5 jenis produk berfungsi bagi tujuan anti penuaan dan amat berkesan apabila digunakan mengikut aturan:

1. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Cleansing Foam - (100ml RM20.90*)

Pembersih buih ini bebas-sabun, mengandungi kadar pH seimbang, dan lembut pada kulit. Ia menanggalkan kotoran, menghindari pencemaran berbahaya dan mengekalkan kelembapan kulit. Kulit tetap licin dan lembut.

2. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Toning Lotion – (100ml RM29.90*)

Toner berasaskan air ini ringan, dan cepat meresap ke dalam kulit. Ia memberikan 2x penghidaratan segera, mengunci lembapan sepanjang 24 jam, mengecilkan pori, serta menggalakkan penghasilan pertahanan kult untuk penghidratan kulit wajah dari dalam.

3. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Replumping Repair Serum – (30ml RM69.90*)

Produk penting untuk rejim penjagaan kulit wanita, terbukti untuk mengurangkan kedutan agar kulit nampak licin dan anjal dalam masa 3 hari. Tidak berminyak, cepat meresap, dan ianya meningkatkan penghasilan kolagen, mengurangkan kedutan, menguatkan pertahanan kulit, dan menghindar dari kehilangan lembapan. Sesuai digunakan pada muka dan sekitar kawasan mata.


4. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Day Defence SPF 30 PA++ – (40g RM45.90*)

Pelembap bertekstur ringan, tidak melekit dan pantas meresap dengan 3x kesan pelembap dengan SPF30 PA++ untuk perlindungan sepanjang hari daripada sinaran UV berbahaya yang menyumbang kepada penuaan kulit. Penggunaan pelembap ini akan meningkatkan keanjalan kulit dan menaikkan seri wajah.

5. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Night Solution – (40g RM49.90*)

Tekanan kerja harian merupakan antara faktor penyumbang kepada penuaan kulit. Pelembap malam ini mampu mengekalkan lembapan kulit sehingga 12 jam dan meperlahankan proses penuaan. Pengguna akan dapat mengalami kulit yang anjal, halus, licin, serta liang pori semakin mengecil.

Rangkaian penjagaan wajah EVERSOFT SKINZ Timeless Youth boleh didapati di semua farmasi utama dan pasaraya terkemuka seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook rasmi EVERSOFT SKINZ di https://www.facebook.com/EversoftSkinz

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!