5 Sebab Kenapa Vivo S1 Pro Wajib Dimiliki.


Tahun 2019 merupakan tahun yang agak berjaya untuk Vivo, satu persatu model dikeluarkan dan kesemuanya mempunyai fokus dan kegunaan yang berbeza bagi kumpulan fokus yang berbeza. Terbaru, Vivo telah melancarkan Vivo S1 Pro yang memfokuskan kepada golongan muda yang sukakan selfie!


5 Sebab Kenapa Vivo S1 Pro Wajib Dimiliki

i. 48MP AI Quad Camera | 32MP Front Camera

Selfie, Wefie....Semuanya akan menjadikan sebab pertama kenapa Vivo S1 Pro wajib dimiliki, kamera utama S1 Pro memberikan kejelasan super 48MP, manakala tiga lagi kamera meliputi keperluan sudut lebar, makro dan bokeh untuk setiap masa. Tangkap semuanya tanpa sebarang masalah.

Kamera depan juga terletak di tengah-tengah skrin, lebih sempurna untuk selfie dan design kamera dibelakang juga berbentuk diamond, lain daripada yang lain.


ii. Pose Master | AI Makeup | AI Face Beauty

Vivo S1 Pro akan membimbing kita untuk mendapatkan pose yang sempurna semasa selfie. Daripada selfie ke posture badan, semuanya boleh kita dapatkan dengan bantuan pose master.

Salah satu features yang Sally suka pada Vivo S1 Pro adalah fungsi AI Makeup dan AI Face Beauty, nak wajah runcing sikit, nak tukar mekap ataupun enhance mekap...semuanya boleh buat, tapi jangan la edit melampau sangat...hehehehe...originality is the best...


iii. 128GB ROM (256 GB maksimum) | 8GB RAM | Game Center Immersive Action

Selain daripada selfie, Vivo S1 Pro juga sangat sesuai untuk mereka yang sukakan ruang penyimpanan yang lebih besar dan juga processor yang laju.
OS - Android 9.0 (Pie); Funtouch 9.2
Chipset - Qualcomm SDM665 Snapdragon 665 (11 nm)
CPU - Octa-core (4x2.0 GHz Kryo 260 Gold & 4x1.8 GHz Kryo 260 Silver)
GPU - Adreno 610

Vivo S1 Pro juga mempunyai fungsi pengecasan laju Dual-Engine 4500mAh. Bateri 4500mAh (TYP) mampu menyimpan kuasa untukmasa yang lebih lama.


iv. Fancy Sky & Knight Black

Vivo S1 Pro didatangkan dalam 2 warna yang cantik iaitu Fancy Sky & Knight Black, sesuai untuk golongan muda yang pentingkan style dan kemodenan.

v. Harga mampu milik RM1,199

Yang paling gembira ialah bila dilancarkan, harga Vivo S1 Pro hanyalah serendah RM1,199. Harga yang sangat berpatutan bagi sebuah telefon pintar yang mempunyai specs yang terbaik!

Jangan lupa dapatkan Vivo S1 Pro korang sekarang!

Post a Comment

3 Comments

  1. teringin jugaklah nak ada Vivo S1 Pro nie...

    ReplyDelete
  2. udlu wak pakai iPhone.. skrg pakai Samsung.. nntila pakai Vivo ciksiti nih.. :p

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!