Santan Super Light; Lebih Sihat Dengan 75% Kurang Lemak!


Makanan bersantan, berlemak dah memang selari dengan rakyat Malaysia. Kari Ayam, Gulai Masak Lemak Cili Padi, Rendang Daging bahkan minuman pun ada menggunakan santan seperti cendol dan lain-lain.

Kita pulak selalu dimomokkan kalau makan santan secara berlebihan, ada risiko untuk kolesterol naik, tapi nak sedap, nak sihat juga dalam masa yang sama jadinya atas kesedaran ini juga la Ayam Brand™ yang telah bertapak di Malaysia sejak 1982 telah mengeluarkan Santan Super Light.



Sebagai penyelesaian kepada masalah rakyat Malaysia yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi iaitu 47.7% daripada populasi golongan dewasa, Ayam Brand™ Santan Super Light telah dicipta dan penting bebas kolesterol dan lebih sihat dengan 75% kurang lemak tanpa mengganggu rasa.



Menghargai Kelapa, Makanan Superfood

Pada majlis pelancaran, pakar nutrisi Shermin Low dari MyKenZen, sebuah syarikat perunding nutrisi turut hadir untuk membetulkan stigma masyarakat terhadap hubungan di antara lemak kelapa dan kesihatan.

Lemak kelapa adalah antara jenis lemak yang sihat. Kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa ia mengandungi Medium Chain Triglycerides (MCTs). MCTs digunakan secara langsung di dalam tubuh untuk menghasilkan tenaga, meningkatkan metabolisme, memberikan lebih tenaga dan menambah baik imunisasi kerana ia memiliki kandungan anti-bakteria dan anti-virus.

Manfaat lain santan adalah ia bebas kolesterol, tinggi dengan serat, mengandungi Vitamin C, E, B1, B3, B5 dan B6. Di samping mineral seperti besi, selenium, natrium, kalsium, magnesium dan fosforus. Ia juga bebas laktosa yang menjadikannya ideal untuk golongan yang tidak boleh mengambil laktosa dan vegan.

Beliau menyarankan bahawa memilih dan mengambil ramuan yang betul secara sederhana adalah kunci dalam memastikan kolesterol berada pada tahap sewajarnya, pada masa yang sama dapat menikmati hidangan enak.


Chef Syafiq Othman (ahli akademik kulinari dan pengkaji makanan) berkongsi resipi menggunakan Santan Super Light

Chef Syafiq Othman juga telah dijemput untuk berkongsi resipi hidangan warisan antaranya Gulai Mackerel, Bingka Labu, Lawa Terung, serta makanan yang menjadi trend zaman sekarang seperti Matcha Tea Santan dengan Boba dan Seafood Laksa Spaghetti. Semua resepi ini boleh dimasak kurang daripada 30 minit menggunakan bahan yang senang didapati serta peralatan dapur asas seperti dapur gas dan pengisar.

Resepi Chef Syafiq Othman menggunakan Ayam Brand™ Santan Super Light boleh didapati di www.ayambrand.com.my.


Gulai Mackerel dengan roti

Penutup Lebih Bersih, Tidak Perlu Gunting atau Koyak

Ayam Brand™ Santan Super Light didatangkan dalam kotak Tetra Pak 330ml yang lebih bersih dan mudah. Hanya perlu pusingkan penutup dan tuang, tidak perlu gunting atau koyak. Anda boleh tutup semula dan masukkan ke dalam peti sejuk, habiskan dalam tempoh tiga hari selepas dibuka.

Harga runcit sepeket Ayam Brand™ Santan Super Light (330ml) adalah RM 3.10 dan kini ia boleh didapati pada harga promosi RM 2.95 sepeket di cawangan pasaraya Giant sehingga 31 Oktober 2019. Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di pasaraya di seluruh negara.

Post a Comment

12 Comments

  1. Wah! Ayam brands dah keluarkan santan pulak.

    ReplyDelete
  2. Ayam brands keluar produk. Santan.. Packaging dia lagi bgus sebab dalam botol penutup.. Tak hbsi boleh tutup.. Selamat dan terjamin.. Kurang lemak pulak tu

    ReplyDelete
  3. Ehhh ayam brand de santan baru la.. Ini yg nk try ni kalau less 75% lemaknya..

    ReplyDelete
  4. Menarik ni Ayam Brand dah ada produk santan! bolehlah cuba santan ayam brand lepas nih. oh dekat giant ada nak cari lah nnt

    ReplyDelete
  5. Bagus Ayam Brand ni. Peka dengan tahap kesihatan rakyat mlysia. Sesuai la utk org yg mmg nk jaga kshtn. Packaging pun bgus

    ReplyDelete
  6. I like bab bebas kolestrol dan kurang lemak tu. Boleh lah makan masak lemak tanpa rasa bersalah.

    ReplyDelete
  7. Senang Ayam Brand buat kotak santan ada penutup macam nie, selalu nak kena gunting..

    ReplyDelete
  8. eh.. dah ada yg licght.. bgus la.. baik tuk kesihatan

    ReplyDelete
  9. Akak nak cuba cari kat pasaran lah...menarik ni. Untuk kesihatan

    ReplyDelete
  10. kita dah cuba.. mmg light rasanya. bagus untuk yang nak kurangkan pengambilan makanan yang bersantan pekat tu

    ReplyDelete
  11. baru rasa macam tak berdosa sangat kan makan santan banyak2.. hahaha..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!