Sambil shopping dekat IKEA atau MyTown, singgah la buat spa treatment di Roszen Beauty.



Natural Spa Treatment at Roszen Beauty | Pernah tak korang rasa penat sebab window shopping lama sangat dan terasa nak ke spa untuk hilangkan rasa penat atau pun untuk memanjakan diri? Sebenarnya Sally tak pernah perasan yang dalam pusat beli belah pun ada spa, atau mungkin sebab Sally tak pentingkan kecantikkan dan kesihatan diri sebelum ini.

Disebabkan lokasi rumah Sally agak dekat dengan MyTown, jadinya Sally agak kerap la ke MyTown dan masa kat sana ternampak Roszen Beauty. Rasanya kali terakhir Sally buat facial dalam 2 bulan yang lepas, jadinya singgah la untuk buat facial. Kalau korang nak buat, Sally sarankan untuk buat temujanji lebih awal, takut kena tunggu lama.



Sebenarnya Sally terdetik nak buat facial dekat sini sebab Roszen Beauty ini terkenal sebagai one-stop Korea concept beauty salon, tau jela #KakakKimchi korang asal Korea je dia punya bahagia lain macam~

Beautician Sally nama dia Rainie, walaupun dia Chinese tapi dia fasih sangat berbahasa Melayu, jadinya senang nak berbincang dan kongsi tentang masalah kulit Sally. Sebenarnya selama ini Sally ingat kulit Sally sangat berminyak tapi sebenarnya kulit Sally terlalu kering sehinggakan lembapan tu kurang dan akhirnya mengeluarkan minyak yang berlebihan. So, Rainie cadangkan Sally untuk buat rawatan fasting skin re-water vital.



Bilik rawatan



Rawatan ini fokusnya untuk mereka yang berkulit muka kering dan kedut, rawatan ini akan menguatkan sistem pertahanan dan perlindungan semula jadi kulit muka dan meregenerasi sel-sel kulit muka untuk menyerap produk penjagaan kulit lebih baik juga.

Selepas rawatan ini korang akan rasa kulit wajah akan lebih lembap dan cukup terhidrat, so kulit kita akan jadi cerah berseri, sihat, plus kulit wajah kelihatan muda melalui rawatan ini.



Yang best sebab teknologi yang mereka gunakan dekat sini sangat advance, rawatan pun tak menyakitkan dan ahli terapi yang terlatih, jadinya memang kita boleh yakin dengan kemampuan mereka untuk memberikan rawatan terbaik untuk kulit kita.

Masa nak buang sel kulit mati pun guna mesin, awalnya Sally risau jika dorang gunakan manual extraction yang pakai besi tu buang blackhead dan whitehead tapi nasib baik tak! Hahaha...Nak cantik tapi tak nak sakit, Sally tak sokong siapa yang cakap "beauty is pain" tuuu~



Fasting skin; pertama kali sebenarnya Sally dengar. Konsepnya kita kena beri masa untuk kulit muka kita "berpuasa", puasa daripada mekap, puasa daripada segala jenis produk penjagaan kulit dan membuka pori supaya boleh bernafas dengan lebih baik dan selepas ini bila kita guna produk penjagaan kulit, ianya akan lebih menyerap nutrien kepada kulit wajah.

Jangan risau, setiap langkah-langkah rawatan akan di beritahu kepada korang satu persatu, jadinya korang akan tau fungsi dan kebaikkan rawatan yang mereka jalankan walaupun tak nampak. Tambahan kepada rawatan ini, ada shoulder massage juga tau. Hilang la rasa stress sekejap~



Sally betul-betul rasa serasi dengan kaedah rawatan dekat Roszen Beauty, rasanya lepas ni nak datang lagi buat rawatan muka dekat sini. Kalau korang berada di IKEA atau MyTown, singgah la buat rawatan dekat sini. Korang takkan rasa rugi tau!

R O S Z E N   B E A U T Y
Lot No. L2-012, Level 2, MyTOWN Shopping Centre
Facebook: www.facebook.com/roszen.beauty
Instagram: www.instagram.com/roszen_beauty

Post a Comment

8 Comments

  1. teringin nak p spa jugak.ada org urut2 muka kiki mcm syok jaa

    ReplyDelete
  2. I love shopping in Ikea but never tried Roszen

    ReplyDelete
  3. Bestnya..lama dh tak manjakan diri kat spa ni. Muka pun x berfacial lama jugak..sapelah nk banje sis ni..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Baru tahu, kalau kulit terlalu kering pun boleh menyebabkan pengeluaran minyak yng bnyk ye. Take note.

    ReplyDelete
  5. Mytown dekt dengan rumah kita gak.. Wh bestnya tgk.. Lam tak buat facial muka ni

    ReplyDelete
  6. Alaaa..jelesnya dia pi manjakan wajah.. tak aci betul...haha

    ReplyDelete
  7. Facial ni penting utk jaga kulit kita supaya lebih sihat

    ReplyDelete
  8. Eh..sama la beautucian kita..akak pun bru buat rwtn kat sini bln lps..best kan..tmpt pun cntik,selesa..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!