Tak Pernah Menyesal Tua Dengan Westlife!

Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ In Kuala Lumpur
Macam tak percaya, tapi yes guy! Sally dapat dengar suara Westlife secara LIVE minggu lepas...Membesar dengan lagu-lagu Westlife, teruja gila bila tau Westlife akan kembali ke Malaysia selepas konsert terakhir mereka pada tahun 2000; 'East Meets Westlife Tour di Malaysia'.

Seramai hampir 7,000 orang yang datang membanjiri stadium pada hari pertama! Kalau korang nak tau, masa bulan April yang lepas...dalam masa 32 jam je semua tiket dah habis terjual! Semua 14,700 keping tiket dah dijual!!







Jelajah ini dinamakan ‘The Twenty Tour’ kerana Westlife meraikan kejayaan 14 buah lagu yang menduduki tempat pertama dalam carta dan 20 tahun bersama sebagai Westlife!



Honestly memang tak boleh tipu la tahap teruja bila nampak Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily, dan Shane Filan berdiri atas pentas...A dream come true wooo~ Sebanyak 17 lagu telah dinyanyikan dan yang paling special sebab ada medley lagu-lagu epik daripada Queen turut dinyanyikan. Lagu-lagu baru mereka daripada album yang latest; SPECTRUM juga turut dinyanyikan seperti "Dynaminte", "Hello My Love" dan "Better Man".

Dorang tak nampak tua langsung walaupun dah 20 tahun bersama sebagai sebuah kumpulan, bayangkan daripada kecil Sally dah membesar dengan lagu-lagu mereka...and until now, suara tak berbeza punnn....huwaaaaa... #KakakKimchi korang nak nangis sebab terharu dah ni!



Orang kata yang minat Westlife ni mesti geng-geng tua, and yes Sally tak malu nak mengaku dan tua bersama Westlife! Hehehe...Walhal masa konsert pun, ada yang datang satu family daripada ayah, mak, anak menantu semua datang sekali. Westlife akan kekal relevan yaaaaa walaupun dah 20 tahun, 40 tahun pun!





Terima kasih kepada MacpiePro dan Universal Music Malaysia kerana menjadi penganjur bagi konsert Westlife ‘The Twenty Tour’ 2019 di Malaysia. Semoga Westlife akan adakan konsert untuk tahun ke 25, 30, 35, 40, 45, 50 tahun juga!

Post a Comment

2 Comments

  1. wow bestnyerr ♥ mesti excited habisss

    ReplyDelete
  2. Luv them so much.. sampai sekarang masih lagi layan lagu2 deme..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!