Pasta Bertaraf Lima Bintang di Naughty Italian, Mainroad Jalan Ampang.

Sally lately ni suka cari kedai makan/lepak port yang baru. Kebetulan perasan ada lokasi baru; Mainroad Jalan Ampang yang terletak berhampiran dengan rumah Sally. Basically Mainroad Jalan Ampang ni macam modern food court yang ada beberapa kedai dan pilihan makanan, tapi Sally excited nak cuba menu dekat Naughty Italian.

Sally mmg a big fan of pasta, kalau yang kenal Sally tau la macam mana Sally boleh makan spaghetti for breakfast, lunch, dinner, supper sampai la snack time...hahahaha...teruk sangat kan kalau tuu...

Istimewanya dekat sini mostly dorang gunakan linguine instead of spaghetti...tapi korang boleh je request sama ada nak spaghetti atau fettuccine. Actually Sally nak cerita pasal starter, tapi macam teruja gila nak share dengan korang pasal selection of pasta yang ada...So, lets dig in!



Arabiatta Meatballs Pasta

Bebola dia mmg sedap, jus daging tu terasa dan kombinasi sos Arabiatta tu sedap. Handmade, freshmade and was done from early stage! Kalau korang cari kelainan dalam rasa, boleh sangat la cuba dekat sini.



Fungi Almond - Basil Pesto Pasta

I hate to say this, ini je la pesto yang berjaya buat Sally makan sampai habis. Sally tak tau la korang, tapi Sally mmg tak suka pesto...I seriously think yang pesto ada a weird taste, tapi bila cuba yang ini mmg jadi tak keruan. Rasa tak cukup sepinggan.

Sos Pesto mereka ini ada gabungan bahan istimewa yang rahsia la kata chef, yang membuatkan pesto dia rasa berbeza daripada kedai-kedai lain. This one is recommended, sesuai untuk vegetarian juga. The nutty taste of almond tu lagi la buat tak keruan! hehehe



Virgin Lamb Brasato

The one yang paling special, bayangkan kambing tu dimasak selama 5 jam untuk mendapatkan rasa berjus dan empuk tuu... I am not a big fan of lamb, so yang ini Sally ok ok je makan tapi bukannya tak sedap tau, sedap cuma Sally je rasa pesto tu lagi sedap. LOL!



Mac & Blue Cheese

Nampak macam tipikal Mac and Cheese kan?

Istimewanya Mac and Cheese di Naughty Italian menggunakan blue cheese instead of normal cheese, so korang boleh rasa sedikit kelainan. If korang wondering rasa blue cheese tu macam mana, actually blue cheese agak masam sedikit tapi yang ini just nice.



Untuk starter Sally order Italian Nachos dan Trio Mushroom Bruschetta. Ingatkan lambat dapat menu, acah-acah order kudap-kudapan la...hahahaha...sekali sampai hah kau portion dia. Sally suka rangup nachos dimakan dengan bolognese gravy tu, terasa daging cincang dia.

Untuk Trio Mushroom Bruschetta, jujurnya Sally mmg peminat cendawan, so I have no problem with this...hahahaha...yang penting roti bruschetta dia rangup and the combination of wild mushroom mmg well seasoned and terasa la lemak dia. In love!



Actually ada a few range Sally nak cuba lagi, and kalau korang bukan meat lover, seafood pun ada tau...boleh je cuba nanti, boleh cuba range carbonara, aglio olio, alfredo and even lasagna. So far my favorite will be Fungi Almond - Basil Pesto Pasta!





Sekadar selingan, pada setiap hari Rabu hingga Ahad ada persembahan busking tau.

Incase kalau korang nak tau, Sally sempat jugak risik-risik dekat bos pasal garnishing kat keliling pinggan tu, itu sebenarnya Balsamic Vinegar Reduction dan minyak daun ketumbar yang digunakan sebagai penaik, enhance the flavour.

Walaupun baru kurang dari enam bulan beroperasi, Naughty Italian sudah mempunyai ramai ‘regular customer’ dari kalangan penduduk tempatan dan antarabangsa. Penggunaan bahan bermutu dan dijamin kualiti memberikan pengalaman seperti makan di hotel dan restoran besar. Sesuai dgn slogan mereka; “Eat with your eyes, taste with your tongue”.

Waktu operasi: 5.00pm - 3.00am (buka setiap hari)
Promosi istimewa: 15% diskaun setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 5.00pm hingga 7.00pm
Facebook: www.facebook.com/italinakal
Instagram: @my_naughtyitalian

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!