INSPIRASI - AFGAN LIVE DI KUALA LUMPUR 2019



Selepas DEKADE, penyanyi dan penulis lagu terkemuka Indonesia, Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk tahun ketiga berturut-turut menerusi sebuah konsert INSPIRASI - Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 pada 5 Oktober 2019 (Sabtu), 8.30 malam bertempat di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur.

Bertemakan ‘Inspirasi’, konsert ini bertujuan untuk menyuntik semangat, memberi ilham dan berkongsi sumber inspirasi pelantun lagu ‘Jodoh Pasti Bertemu’ dalam mengharungi cabaran sepanjang hidup dan pembabitan beliau dalam industri. Konsert ini juga bertambah istimewa kerana bakal menampilkan buat julung kalinya artis jemputan yang merupakan idola Afgan sendiri, Dato’ Sheila Majid.

Dianjurkan oleh Popcorn Studio Sdn Bhd, konsert ini pastinya amat diimpikan peminat Afgan khususnya untuk melihat kolaborasi unggul di antara dua penyanyi tersohor Malaysia dan Indonesia ini. HGH Convention Centre Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi rasmi konsert dan peralatan serta teknologi terkini di sana pasti dapat memberi impak dan pengalaman berbeza buat penonton.



Tiket konsert telah dijual bermula 25 Jun 2019 (Selasa) dan boleh didapati pada harga RM299 (Silver), RM399 (Gold), RM599 (VIP) dan RM1200 (Royal Box). Berita baik buat peminat Afgan, pembeli terawal berpeluang menikmati diskaun sebanyak 15% untuk pembelian tiket kategori VIP, Gold dan Silver dan tawaran ini adalah terhad. Manakala pembeli tiket Royal Box bakal menerima pas Meet and Greet dan minuman ringan sebelum konsert.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari proticket.com.my/inspirasi2019-afganliveinkualalumpur

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!