Modern and Hipster Food Court...Tema Restoran Foodmonger di Cyberjaya.



Foodmonger, Tamarind Square, Cyberjaya | Kalau pergi Cyberjaya, kadang tu susah nak cari kedai best nak lepak...mungkin jugak sebab bukan kawasan yang biasa Sally pergi...Actually ada banyak tau kedai yang best nak lepak, cuma kurang dapat hebahan. Kebetulan masa pergi open house lepas, kawan Sally ajak pergi open house sebuah restoran baru di Cyberjaya, kita kalau makan free memang onzzz je.



Sally ingat restoran ni dah lama dibuka tau, tapi sebenarnya baru je buka masa kami datang tuuu...Kalau nak cakap, memang pada luarannya memang nampak macam kafe hipster tapi rupanya dalam tu lebih kepada macam modern food court yang ada different vendor yang jual makanan dan juga makanan daripada restoran tu sendiri.

Buat masa ini di Foodmonger ada 3 vendor yang menjual makanan lokal, halal concept of restaurant la kiranya...tapi Sally terdengar yang mereka bakal bawa masuk lagi 2 vendor dalam masa terdekat dan akan ada rela barista, cafe, cakes...fuhh memang totally tempat lepak la kan...



Foodmonger berkeluasan 4,100 kaki persegi dan mempunyai 70 meja, yang boleh memuatkan 220 orang dalam satu-satu masa...Sally rasa Foodmonger bakal jadi spot lepak dan makan untuk warga Cyberjaya terutamanya student daripada universiti yang terdekat.



Disebabkan sekarang ni trend air bubble kan, kat sini pun korang boleh dapatkan bubble tea tapi yang kat sini ada versi Cheese Bubble Thai Tea atau Cheese Bubble Thai GreenTea...Disebabkan free, I minum sampai dua tau...hahaha...suka betul kombinasi Thai Tea dengan Cheese tuu...rasa creamy tapi bukan muak.

Kalau korang bukan peminat teh macam Sally, cuba la milkshake dorang. Sedap tapi kalau Sally, sama ada teh atau kopi...yang lain tu macam tak minat sangat...hahahaha



Instagram: @pasteljuicebar



Kalau korang jenis perut suka makan nasi, jangan lupa cuba Rice sets dorang ataupun Nasi Goreng Advance dan Nasi Goreng Premium, semuanya ada keunikkan yang berbeza tau...walaupun pada Sally harga agak mahal sedikit tapi bila tengok portion dan menu yang dia hidangkan...terus rasa macam "wow, dengan harga macam ni aku boleh makan menu premium!"

Range harga untuk rice sets bermula daripada RM10 keatas, ada 5 pilihan iaitu cendawan (vegetarian), ayam, sotong, daging dan meatballs.



Instagram: @3elevensatay

Ya Allah, yang ini memang favorite habis...Sate daripada 311Satay ni...kalau korang tengah cari sate yang besar, juicy, diperap dengan baik, kuah kacang sedap...yang ini laa...nak sate rusa atau sate kambing pun ada...harga tu tolak tepi please...hahahaha



Instagram: @ayofriedchicken_

AYO! Fried Chicken ni rasanya dah famous kot, ayam goreng dengan tepung gorengan dan cheese resipi asli daripada pemiliknya. Pada Sally ok la tapi Sally tak suka sangat sebab terlalu banyak cheese, kalau moderate sikit mungkin okay...selain daripada tu ianya pedas tapi up to my liking laa...Sally memang jenis makan pedas jadinya takde masalah, cuma kurang gembira sangat sebab banyak sangat cheese. Maybe lain kali Sally nak mintak kurang cheese...hahahaha



Instagram: @famfrieskitchen



Yes, ini antara benda yang Sally keep repeat makan...walaupun cheese fries ni nampak mudah je tapi sedap weh...boleh leka makan...Korang boleh pilih sama ada nak yang ada beef bacon atau tidak, ada 4 pilihan...Chilli Cheese Fries, Beef Bacon Cheese Fries, Melted Cheese Fries atau Cheddar Cheese Fries...Sally memang keep makan Beef Bacon Cheese Fries je sebab sedap gila weh, serius tak tipu...hahahaha

So far ini je menu-menu yang ada dekat sini, tak tau la nanti ada dua vendor baru kan...kita datang lagi sekali untuk tengok menu yang ada kat sana...Hopefully by that time dah ada kopi, my God...susah hati tau tak dapat minum kopi sehari...hahahaha...barulah boleh lepak lama!

F O O D M O N G E R
C-01-03 & C-01-03A, Tamarind Square, 63000 Cyberjaya, Selangor
Dibuka setiap hari dari jam 5pm - 2am
Instagram: @foodmonger_my

Post a Comment

2 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!