Majlis Berbuka Puasa Bersama Vivatel KL dan Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih.



Menjadi rutin, apabila tiba bulan Ramadan...umat Islam keseluruhannya berlumba-lumba untuk mendapatkan keberkatan dan bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Untuk tahun ini, Vivatel Kuala Lumpur sekali lagi telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim daripada Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih. Seramai 30 orang anak-anak hadir sebagai tetamu.



Selain drpd majlis berbuka puasa, Vivatel juga telah bermurah hati utk memberi sumbangan barang mentah utk kegunaan sepanjang Ramadan. Lebih indah sbb kakitangan Vivatel sendiri juga memberikan sumbangan peribadi.

Selain drpd itu, beberapa penaja juga turut menyumbangkan saguhati seperti WeHuman yg turut memberikan duit raya kepada mereka dan Al-Quran. Irene Catalina juga memeriahkan majlis dengan alunan merdu suara beliau semasa majlis berlangsung.





Ramadan memang memberikan kita peluang untuk berkongsi nikmat dan rezeki dengan mereka yang kurang berkemampuan/bernasib baik, tapi janganlah hanya pada bulan ini sahaja kita mengingati mereka. Kalau korang nak beri bantuan kepada rumah ini boleh hubungi pengetua Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih; Puan Norlelah Othman (012-3600276) atau boleh salurkan bantuan ke akaun bank CIMB - 12080003493208

-------------------------------------------------------------------------------------------------



Bertemakan Sajian Ibunda, Vivatel Hotel Kuala Lumpur turut menawarkan bufet Ramadan yang bermula pada 6 Mei - 4 Jun 2019 yang bermula setiap hari daripada jam 6.30pm - 10.00pm. Ada lebih 100 jenis juadah yang ditawarkan dengan harga RM95 (dewasa) dan RM45 (kanak-kanak/warga emas)



Di bahagian pembuka selera ada gado-gado, rojak buah, ulam-ulaman dan ikan masin, pelbagai jenis sambal dan aneka menu yang pastinya membuka selera kita semasa berbuka puasa. Mereka juga menawarkan kerabu, otak-otak, sate dan sebagainya.



KAMBING JUGA TIDAK DILUPAKAN!



Ada pelbagai jenis makanan laut yang segar antaranya udang, tiram, kupang dan ketam bunga. Memang syurga la bagi penggemar makanan laut yang segar.











Ketupat Palas pun ada dengan Rendang!





Korang boleh rasa 3 jenis sup disini antaranya Sup Gearbox Kambing, Sup Ekor Lembu, Sup Tulang Rusuk @ Sup Ayam Kampung.



Pisang goreng, cempedak goreng, cucur pun ada tau. Selain daripada menu-menu diatas, Sally nak kongsikan juga menu lain yang perlu korang cuba antaranya Kari Kepala Ikan, Asam Pedas Ikan Mayong @ Asam Pedas Ikan Jenahak, Udang Sambal Terung, dan Roast Beef Fiery Black Pepper Sauce dan Lasagna Ayam!

Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi 03-9205 8888 sambungan 8810/8919/8820

VIVATEL HOTEL KUALA LUMPUR
No. 85, Jalan Loke Yew, 55200, Kuala Lumpur

Post a Comment

8 Comments

  1. Wahhh menariknyeeee menu kat sini.. membuka selera..

    ReplyDelete
  2. kalau dekat, harus ku terjah ni hehehe

    ReplyDelete
  3. Zira pernah makan kat sini, makanan dia memang sedap

    ReplyDelete
  4. Alamak.. Kuih2 tu mengoda sungguh lah sally.. Menariknya pihak mereka ada beri sumbangan bhn mentah.. Syukur

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Tahniah buat Vivatel dan staff yg prihatin dengan mereka yg kurang bernasib baik. Semoga vivatel terus maju.

    ReplyDelete
  6. Tahniah to Vivatel and their staff, hopefully more programs to help the needy and less fortunate.

    ReplyDelete
  7. Alhamdullilah.. bagus Hotel Vivatel buat program macam nie kan.. tahniah..

    ReplyDelete
  8. Bagus Vivatel!! Paling mengancam kambing tu....sedapnyaa

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!