5 Lokasi Menarik di Negeri Sembilan.


Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, Sally nak kongsikan lokasi yang menarik yang ada di Negeri Sembilan. Biasanya kalau kita nak short trip, kalau tak ke Melaka mesti akan ke Cameron Highlands, tapi kali ini Sally nak kongsikan 5 lokasi yang menarik yang terdapat di Negeri Sembilan!



1. MUZIUM TENTERA DARAT, PORT DICKSON

Untuk korang yang nak jimat, kena datang ke Muzium Tentera Darat sebab tiada yuran masuk dikenakan. Selain daripada itu, pastikan korang datang dengan kawan sebab dekat sini ada beberapa kawasan yang "Instagrammable Port".

Sedikit sejarah dan latar belakang tentang Muzium Tentera Darat:

Muzium Tentera Darat merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia. Ianya setanding dengan muzium-muzium tentera dari luar negara berdasarkan kelengkapan infrastruktur dan bahan pengisian di dalam muzium ini.

Muzium Tentera Darat diilhamkan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen. Tan Sri Md Hashim bin Hussein, dalam usaha untuk meningkatkan taraf profesionalisme warga Tentera Darat dengan mengembangkan aspek intelektual, budaya cintakan organisasi dan menghayati sejarah Tentera Darat.







📌 Army Museum Port Dickson 🛩
Kem Sirusa, Persiaran Pahlawan, Kampung Baru Sirusa,
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
📞 Mr. Yusri – 019 240 4558

2. PUSAT IKAN HIASAN, PORT DICKSON



Kalau korang jenis yang suka tengok hidupan laut, lokasi kedua ini sangat la digalakkan datang. Selain daripada sebab tiada yuran masuk dikenakan, korang boleh lihat penyu dan hidupan laut lain yang jarang ditemui dan sebahagiannya yang diancam kepupusan.



Pusat Ikan Hiasan, adalah sebuah kemudahan pemuliharaan akuarium dan laut di Teluk Kemang yang dikendalikan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 4 petang, pusat mempamerkan koleksi ikan laut, batu karang dan makhluk laut yang lain dalam sebuah akuarium.



📌 Pusat Ikan Hiasan Port Dickson 🐠
Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
📞 Mr. Nawar – 017 929 8934

3. SEREMBAN HERITAGE TRAIL, SEREMBAN



Jika korang jenis yang suka dengan sejarah, Seremban Heritage Trail merupakan aktiviti yang tepat untuk korang. Seperti yang korang tengok, gambar pertama ini merupakan Masjid Jamek yang telah dibina sejak tahun 1900. Bayangkan dah berapa lama ianya wujud.



Kalau korang perasan, papan tanda ini merupakan papan tanda asli. Tengoklah daripada nombor telefon hanya ada 5 digit sahaja. Masa Sally lahir pun dah zaman 7 digit dan kemudiannya menjadi 8 digit. Fuhhh~

Selain daripada kawasan ini, korang juga boleh singgah ke Cendol Haji Shariff, untuk menikmati cendol, pasembor dan mee rebus. Masa Sally pergi cuma dapat jelajah 1/6 daripada bangunan/tempat warisan yang ada di sekitar Seremban. InsyaAllah lain kali kalau ada rezeki nak teroka kesemuanya. Dengar kata boleh makan masa 6 jam kalau nak jelajah keseluruhan tapak warisan yang ada tau!

📌 Seremban Heritage Trail - Seremban Municipal Council
Wisma Bandaraya, Perserian Forest High 1, Jalan Seremban – Tampin, 70450 Seremban



4. THE ADVENTURERS' WEB, NILAI



The Adventurers' Web merupakan tarikan terbaru di Nilai, lebih spesifiknya di AEON Nilai. Di dalamnya terbahagi kepada 3 tarikan utama iaitu; Dinosaur Rangers, Monster House & Mini Science & Technology Discovery Centre.

i. Mini Science & Technology Discovery Centre
Di zon ini, terdapatnya aktiviti yang berinteraktif dan menguji kekuatan minda dan fizikal kita. Aktiviti ini di reka khas dari Tech Dome Penang yang telah mendapat pengiktirafan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk rekaan pembelajaran yang berteknologi tinggi.



ii. Dinosaur Rangers
Walaupun kita jauh daripada zaman wujudnya dinosaur, tapi di zon ini kita dapat lihat dan belajar serta mengenali perihal dinosaur daripada pelbagai segmen seperti Dinosaur Fossil Assembly, Maze Exploration, Exhibition Hub dan banyak lagi.



iii. Monster House
Walaupun elok duduk bersimpuh hantu depan pintu masuk Moster House ini, tapi bukan rumah hantu tau, tak payah takut ada hantu keluar daripada mana-mana ceruk ke terjatuh ke. Istimewanya Monster House sebab ada 13 tema unik yang sangat menakutkan tapi memang takde hantu.



📌 The Adventurer’s Web - Dinosaur Rangers, Monster House & Mini Science & Technology Discovery Centre
No 2, Persiaran Pusat Bandar, Putra Point, Putra Nilai, 71800 Negeri Sembilan Darul Khusus
Website: www.aeonretail.com.my



5. SEGAR CITY (DIKENALI SEBAGAI BANDAR DATARAN SEGAR, LUKUT

Sally rasa. port yang paling best mungkin terletak di sini sebab di Segar City sebab ada Wild West Cowboy dan Alive 3D Art Gallery. Sally suka dengan teater 5D dorang sebab honestly macam real walaupun efek kacamata 3D mereka tidak terlalu bagus la...tapi overall masih merupakan pengalaman yang paling best disini.



Di Alive 3D Art Gallery pula ada lebih 50 lukisan yang dengan 5 tema yang berbeza iaitu Adventure, Aquarium, Animation, Exotic dan Dark Room. Malangnya tak sempat masuk sebab terlalu leka di Wild West Cowboy yang merupakan taman tema mini sesuai untuk keluarga.

Di dalamnya terdapat zon seperti Awake Escape Games, Kid's Rides, 5D and 7D Cinemas, Skunk Interactive Show, Game Centre, Burger King, Cowboy Cafe and Souvenir Corner.



📌 Segar City – Wild West Cowboy, Alive 3D Art Gallery, Lukut
No. 61-64, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan
Website: segarcity.com

Post a Comment

11 Comments

  1. one of the places i've never been too is negeri sembilan hee

    ReplyDelete
  2. Rupanya ada banyak juga tempat menarik kat Negeri Sembilan nie.. boleh lah repeat lagi nanti..

    ReplyDelete
  3. Ok boleh plan ke Negeri Sembilan pulak lepas ni.

    ReplyDelete
  4. Zira tak tau pun nat n9 ada tempat menarik juga. Cuma tau pd je. Huhu

    ReplyDelete
  5. I have never been to n.sembilan as well! Gotta stop by soon

    ReplyDelete
  6. alohhhh nape semua menarik tempat ni.. bwk anak² sonot gak ni..

    ReplyDelete
  7. dah selalu jugak singgah ke Muzium Tentera Darat tu. tiap kali ke PD, mesti pergi.. bawak anak sedara, dorang semangat sikit.

    ReplyDelete
  8. byk tempat menarik
    nt ni boleh pergi bw anak

    ReplyDelete
  9. Macam dah makin banyak je tempat menarik kat sana...boleh buat itineary next trip ni

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak singgah Negeri Sembilan, wah now they also have Wild West Cowboy dan Alive 3D Art Gallery best nyer.

    ReplyDelete
  11. Ada banyak jugak tempat sy belum pergi, walaupun ianya terletak hanya disebelah negeri selangor.. Nnt plan dgn family nak pergi jugaklah

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!