MAJLIS PENYERAHAN KUNCI KEPADA SEMUA WAKIL JUALAN TERTINGGI MEERACLE


Benarlah bagai apa yang dikata, tuah ayam nampak dikaki tapi tuah manusia siapa yang tahu kan...dan minggu lepas telah berlansungnya sebuah majlis penyerahan kunci kereta Mercedes-Benz kepada semua wakil jualan MEERACLE yang telah mencapai sasaran jualan sepanjang kempen #menjadidenganmeeracle yang telah dilancarkan pada bulan Julai tahun 2018.

Hah! Siapa yang tak kenal dengan MEERACLE; satu jenama penjagaan kulit dan kosmetik yang sedang melonjak naik di pasaran dan tujuan majlis kali ini diadakan adalah untuk membuktikan bahawa MEERACLE sangat komited di dalam memperkasakan wakil jualan mereka.



Kempen #menjadidenganmeeracle ini telah dijalankan selama 7 bulan bermula dari Julai 2018 ke Januari 2019 dan sepanjang kempen ini dijalankan, 4 orang wakil jualan tertinggi telah menerima habuan mereka iaitu sebuah kereta mewah jenama Mercedez-Benz setiap seorang.

Dua daripada mereka merupakan seorang guru, dan selebihnya merupakan seorang suri rumah dan juga seorang hali perniagaan. Siapa sangka dengan hasil titik peluh mereka, sebuah kereta mewah kini menjadi milik mereka kan?



Ketua Unit Pemasaran MEERACLE, Cik Fitrah Ahmad turut mengesahkan bahawa kempen #menjadidenganmeeracle akan diteruskan lagi pada tahun 2019 dan pihak syarikat mensasarkan sekurang-kurangnya 30 orang lagi wakil jualan MEERACLE akan berjaya memenangi kereta mewah yang dianggarkan RM9,000,000 pada tahun 2019 secara keseluruhannya.

Hebat bukan perancangan mereka? Ini bermakna, MEERACLE akan membantu lebih ramai lagi wanita di luar sana untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka sejajar dengan misi MEERACLE iaitu untuk memperkasakan para wanita daripada segi sosial dan ekonomi bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa negara Asia yang lain.


Siti Azlina (Suri Rumah / Miss Meeracle 2017 dan 2018 / Master Stokis)

MEERACLE turut menyasarkan untuk terus menguasai industri kecantikan di Malaysia dengan lebih banyak inovasi dan revolusi di dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik.

Post a Comment

10 Comments

  1. wow..hebat2nya diorang ni..nak kena cari gali lah ilmu diorang tu..hihi tahniah semua

    ReplyDelete
  2. Zira tabik la orang yang berjaya dlm bisnes ni, zira pun teringin nak berjaya mcm dorang

    ReplyDelete
  3. wah.. dapat hadiah kereta tu.. bertuah betul

    ReplyDelete
  4. Wah hebat hebat semuanya .rezeki mereka kan Sally hanya jual produk Meeracle je .

    ReplyDelete
  5. Usaha tangga kejayaan bak kata org.. Rajin berusaha akan membuahkan hasil kan.. bestnye.. pape pun tahniah ..

    ReplyDelete
  6. wahh bestnya ! tahniah buat semua. bukan mudah nak dapat..usaha, usaha sampai berjaya..

    ReplyDelete
  7. Kalau nak berjaya kene berusaha ka. Bagus diaorang ni.. Akhirnya usaha membuahkan hasil

    ReplyDelete
  8. Emi selalu rasa kagum dgn orang2 yang berusaha gigih macam ni. Bila dapat hasilnya, mesti dorang rasa bangga

    ReplyDelete
  9. Wahhhh dapat kereta mewah macam tu memang berbaloi lah kalau kerja kerja untuk dapatkan sales tertinggi kan. All the best to them all.

    ReplyDelete
  10. Woww..hebat2 semuanya ... Bisnes dengan sungguh2 last2 buahkan hasil yg cukup lumayan.. Jenama meeracle ni pun rmai kata best..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!