[Ramadhan Buffet 2019] Restoran 10 Binjai, PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kuala Lumpur.



Terletak ditengah bandaraya Kuala Lumpur, Restoran 10 Binjai yang berkonsepkan suasana santai telah diubah menjadi bazar. Untuk Ramadan 2019, PNB akan memperkenalkan tema Bazar Perdana, yang bakal menampilkan gerai-gerai bazar Ramadan yang unik buat para pengunjung bagi merasai suasana seperti berada di bazar Ramadan yang sebenar.





Pada tahun ini, Chef Amran Adnan telah menyediakan sajian bufet beraneka citarasa dengan variasi sebanyak 188 hidangan masakan tempatan yang menjanjikan pengalaman berbeza kepada pengunjung.

ANEKA KERABU DAN SALAD
Rojak buah – buahan, kerabu mangga muda, kerabu betik muda, tauhu sumbat, acar jelatah, acar rampai, pelbagai jenis ikan masin antaranya ikan bulu ayam, kurau, sepat, kembong, pelbagai jenis keropok, ulam-ulaman seperti ulam raja, daun pegaga, jantung pisang, kacang botol, kacang panjang, petai, jering, terung pipit yang disajikan bersama cencaluk, budu, sambal nenas, tempoyak, sambal belacan dan sambal mangga.





Bahagian gril - udang, sotong, kepak ayam, daging dan kambing, ikan



Restoran 10 Binjai turut menampilkan beberapa jenis signature dish sempena Bazar Perdana ini yang terdiri daripada Sup Berempah Binjai, Kambing Golek, Apam Balik, Satay, Aiskrim Goyang, Ais Batu Campur (ABC) dan juga Murtabak Cheese yang merupakan salah satu menu istimewa semasa berbuka di Restoran 10 Binjai.


Apam Balik Kampong dengan Kelapa Parut, Kacang Merah, Jagung

PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur yang berkonsepkan syariah Islam sememangnya telah diiktiraf Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun
2007 lagi. Disamping itu, kemudahan untuk solat maghrib dan tarawih juga disediakan di tingkat 5.



Restoran 10 Binjai
Harga Promosi: RM80.00/pax
(Promosi early bird perlu dibeli sebelum 30 April 2019)
Harga Biasa: RM98.00/pax
Tel: 03-7490 3838
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pnbperdanaonthepark.com

Post a Comment

1 Comments

  1. ya Allah stress tengok gambar makanan. diet ni dieeet !!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!