Selain tidur di kaki lima, kat mana boleh rehatkan diri di klia2?




Plaza Premium Lounge



Plaza Premium Lounge, merupakan rangkaian lounge lapangan terbang terbesar di dunia, di 30 lapangan terbang antarabangsa utama di seluruh dunia.

Kalau korang memerlukan tempat duduk yang selesa, pemilihan makanan dan minuman yang menarik, ruangan untuk mandi atau suite istirahat persendirian, bilik VIP, Wi-Fi, komputer untuk menyiapkan kerja...semuanya boleh didapati disini.

Plaza Premium Lounge juga menguruskan ruang untuk syarikat penerbangan terkemuka, seperti Cathay Pacific Airways, Singapore Airlines, China Eastern Airlines, China Southern Airlines, Star Alliance, SkyTeam, American Express dan banyak lagi.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh ke laman web www.plazapremiumlounge.com





Aerotel Kuala Lumpur





Selain daripada Plaza Premium Lounge, korang juga boleh ke Aerotel Kuala Lumpur untuk mendapatkan tempat berehat yang selesa, tempat untuk mandi dan segarkan diri dengan masa daftar masuk yang fleksibal.

Korang boleh memilih empat jenis bilik; Solo Plus, Double Plus, Double Squared dan Family Room, bersaiz antara 20 dan 34 meter persegi mengikut kesesuaian. Terletak secara strategik dalam lingkungan 5 minit berjalan kaki dari dewan berlepas dan ketibaan dan Keretapi KLIA Ekspres, Aerotel menyediakan akses mudah kepada pelancong yang tiba di atau berlepas Terminal klia2.

Para tetamu mempunyai kemudahan tempahan mengikut keperluan mereka dengan masa daftar masuk yang fleksibel untuk sekurang-kurangnya 6 jam untuk setiap tempahan. Aerotel menawarkan 78 bilik yang selesa dilengkapi dengan kemudahan yang baik untuk pelanggan.



Kadar bilik bermula daripada RM320.00, RM405.00 dan RM525.00 untuk penginapan selama 6 jam di bilik Solo Plus, Double Plus dan Double Squared/Family Room. Semua harga bilik disebut dalam Ringgit Malaysia (MYR), termasuk Cukai Perkhidmatan 6%. Tempahan boleh dibuat melalui email

Website: www.myaerotel.com
Facebook: www.facebook.com/myaerotel
Instagram: @myaerotel

Capsule by Container Hotel







Capsules Stay merupakan ruangan penginapan yang dilengkapi katil, ruangan untuk mandi dan segarkan diri dan ruangan simpanan bagasi yang sesuai untuk mereka yang ada penerbangan waktu pagi, flight delay, atau sampai lewat ke.

Hanya perlu pilih untuk katil single, double atau private suite yang sesuai untuk tiga orang. Rugi kalau sewa sehari? Tak perlu risau, pilih waktu menginap yang diperlukan (3, 6 atau 12 jam) dan daftar masuk mengikut masa yang kita sendiri pilih.



Capsule by Container Hotel juga mempunyai ruangan untuk bacaan kalau rasa tak boleh lelap ataupun nak habiskan masa menunggu sementara tu...tapi ni tak open untuk public ya, khas untuk mereka yang menginap sahaja.

Kalau rasa tak nak menginap, nak shower on-the-go ke atau nak simpan luggage, boleh juga gunakan khidmat Capsule by Container Hotel...Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, boleh ke www.capsuletransit.com



GINTELL Rest N Go - Exclusive Lounge




Yang ini baru dibuka dan yang paling best available untuk 24 jam..Selalunya bila kita lama dalam flight, badan penat, rasa macam nak pergi spa...jangan risau sebab ada GINTELL Rest N Go - Exclusive Lounge



Lounge ni pun sebenarnya sama je konsep macam spa, bila jejak kaki masuk je boleh bau aromaterapi dan suasana dalam tu mmg buat kita rasa tenang. Disini ada beberapa jenis kerusi urut yang boleh kita pilih, semuanya ada fungsi yang berlainan.

Sally cuba GINTELL DE'SPACE UFO Massage Chair, kira yang paling premium ada kat sini. Kerusi ni hanya RM48 untuk sejam dan ada loker dan air mineral disediakan juga.

Kerusi ni membantu melegakan tekanan dan ketegangan pada tulang belakang dan badan. Ia adalah satu program konsep kiropraktik. Sebelum bermula, kerusi ni akan menimbang berat dan scan badan kita sebelum mulakan sesi. Pandai tau, kat mana kawasan yang agak kita perlukan...kat situ akan lebih diurut..kalau bahagian kaki, sampai ke jari kaki pun di urut!



Kerusi disini mostly berharga lebih RM24,000 tapi dengan hanya satu sesi yang berlanjutan selama sejam, dengan RM48 pada Sally sangat berbaloi!

So, lepas ni dah takde alasan nak tidur di kaki lima ke nak lepak dekat cafe sampai pagi ke...pilih je daripada 4 lokasi yang Sally share dengan korang ni tau!

Post a Comment

6 Comments

  1. Bagusla ade tempat rehatvselesa semasa nak tunggubpenerbangan.. Takdela tidur dekat kerusi

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info, I go to Plaza Premier Lounge to rest and do my work before I take off especially tengah tunggu midnight flight.

    ReplyDelete
  3. Bestnya.. Sesekali menginap kat sini mmg lena la tido

    ReplyDelete
  4. pernah sekali je bergelimpangan di KLIA2. hehe lepas tu x penah buat dah =P
    bestla dapat tidur tempat selesa while waiting for the flight kan..

    ReplyDelete
  5. Kita baru tahu kewujudan all these places recently masa google hotels near to the KLIA.

    ReplyDelete
  6. kita pernah tidur kat capsule tu..ok laaa kalo nak rehat sekadar untuk tido satu malam kan...

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!