‘Pulled-Meat’ Pizza terbaru daripada Domino's Pizza Malaysia.



Selepas kejayaan membawakan rasa Korea dalam piza Samyeang, Domino's Pizza Malaysia kembali dengan piza terbaru mereka, Piza ‘Pulled-Meat’ yang diilhamkan daripada citarasa barat yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia apabila menjamu selera dan merayakan detik-detik istimewa.

Majlis pelancaran Piza ‘Pulled-Meat’ terbaharu Domino’s telah ditaja dan dianjurkan oleh Evolve Concept Mall yang terletak di Ara Damansara. Sally berpeluang untuk bersama dengan rakan blogger dan media yang lain untuk menjadi antara orang pertama yang mencuba seleksi piza daging carik daripada Domino's Malaysia.

Shamsul Amree, Timbalan Presiden, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura bersama Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura melancarkan ‘Pulled-Meat’ Pizza terbaru daripada Domino's Pizza Malaysia.


Kalau korang nak tau...istimewanya seleksi piza daging carik terbaru ini ialah mereka telah menggunakan daging lembu terbaik dan berkualiti tinggi dari Australia dengan ciri-ciri yang menepati piawaian Domino’s. Piza ‘Pulled-Beef’ baharu menggunakan daging dada lembut diselaputi sos Chipotle, digandingkan dengan lada benggala dan cili merah untuk memberikan rasa manis dan pedas.

Rahsia kelembutan daging ialah prosedur memasak selama lima jam. Penyediaan bahan bermula dengan proses memerap daging untuk meresapkan perasa ke dalam pori-pori daging, diikuti oleh proses ‘menggaul’ untuk ‘mengurut’ daging selama 15 minit. Daging kemudian dipanggang secara perlahan dalam ketuhar sekurang-kurangnya untuk lima jam sehingga daging berderai, sedia untuk disiat-siat atau ‘dicarik’.

Untuk Piza ‘Pulled-Chicken’ pula dibuat daripada daging dada ayam disiat-siat, digandingkan dengan sos Chipotle, tomato ceri dan gegelang nanas berkaramel untuk memberikan kombinasi rasa manis dan perisa yang seimbang.


Disesuaikan dengan cita rasa barat, Golden Chicken Tenders melengkapkan rangkaian piza. Isi ayam yang lembut diperap, disalut tepung dan kemudian dibakar dalam ketuhar. Walaupun korang nampak macam ianya ayam goreng tapi sebenarnya tak, 100% di bakar dalam ketuhar.


Dan buat kali pertama, Domino's mengeluarkan Zesty Coleslaw, yang diperbuat daripada campuran kubis ungu dan putih, lobak merah dan kuah limau masam, serta ditaburi biji bijan hitam pedas. Sally tak suka sangat tapi okay la makan kalau sejuk..hehehe

Untuk korang yang nak mencuba, boleh pilih Wild West Buddy Combo dengan mana-mana piza Pulled-Meat baharu pada harga hanya RM41.90 atau Wild West Super Combo pada harga hanya RM61.90. Korang juga boleh add-on RM12.75 atau secara ala-carte RM13.70 untuk menikmati Golden Chicken Tenders, dan tambahan RM6.50 untuk Zesty Coleslaw saiz besar atau RM2.90 untuk Zesty Coleslaw saiz kecil yang juga boleh didapati dalam menu ala-carte, masing-masing pada harga hanya RM 7.90 dan RM3.90.

Piza Pulled-Meat, Golden Chicken Tenders dan Zesty Coleslaw boleh didapati di restoran Domino’s Pizza di Malaysia bermula 5 November 2018. Korang boleh buat pesanan dalam talian di www.dominos.com.my, atau hubungi 1300-888-333.

Post a Comment

9 Comments

  1. i baru pi try makan hari tu..not bad laa pull beef tu...

    ReplyDelete
  2. sedapnya yang daging tu. next time kalau nak makan, nak pilih yang tu lah Sally.

    ReplyDelete
  3. Ala, sedapnya Domino's. Selalu je keluar pizza baru T^T

    ReplyDelete
  4. Nampak besar pizza dia. Puas makan ni mesti sedapkan

    ReplyDelete
  5. Baru ni g domino tak sempat nak merasa ag yang baru ni. Nampak sedap tu.

    ReplyDelete
  6. Wow kalau tengok pada bahan2 penyediaan memang luar biasa rasanya. X sabar nak rasapizza pulled meat tu.mesti sedap

    ReplyDelete
  7. Wah macam sedap jer, nak cuba perisa baru juga la. I selalu order pizza from them.

    ReplyDelete
  8. Pulled meat pulak dah..tapi yang samyang tu memang super sedap sebab pedas..hihi

    ReplyDelete
  9. Ok nak try ! Lagi pula skarang domino da ada dekat rumah :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!