Barbeque Nation, Pavilion KL | BBQ & Buffet Selera India, gila best!


Barbeque Nation, Pavilion Kuala Lumpur | Korang peminat makanan BBQ tak? Sally mmg suka makanan BBQ dan kalau jenis masak terus makan tu lagi laa...biar la melecur lidah pun makan tetap kena makan!

Tapi pernah tak korang makan BBQ tapi berkonsepkan menu dan selera makanan India..I mean real authentic Indian recipes? Mesti jarang cuba atau mungkin tak pernah cuba. Sally jujurnya pernah la beberapa kali makan makanan India, tapi BBQ di Barbeque Nation memang lain daripada yang lain!



Barbeque Nation merupakan sebuah restoran yang berkonsepkan buffet dan BBQ. Kalau korang nak tau di India sahaja mereka telah mempunyai hampir 100 buah cawangan Barbeque Nation seluruh negara dan di Malaysia, cawangan pertama telah dibuka di pusat membeli belah, Pavilion Kuala Lumpur.



Kat sini korang boleh dapat menu khas untuk Vegetarian dan juga Non-Vegetarian. Pulak tu BBQ dia unlimited tau, bila habis je akan ada staff yang akan tanya sama ada korang nak tambah atau tidak sebab selagi mana besi palang tu tak diangkat maknanya korang masih nak sambung makan la..Harga pulak tak mahal hanya bermula daripada RM49 je dah boleh makan bufet.



Untuk pilihan BBQ tu pulak ada pilihan untuk Vegetarian dan juga Non-Vegetarian. Kalau Sally, untuk menu Vegetarian Sally suka gila makan Cajun Potato Wedges dan Balsamic Bib Pineapple, manakala untuk menu Non-Vegetarian, Sally mmg nak suggest korang cuba Arabic Prawns dan Burnt Garlic Chicken Tikka. Yang lain bukanlah tak sedap tapi mmg masa Sally makan kat sana asyik ambil menu yang sama je..hahahaha...sedap gila yang ni.



Dalam menu bufet pulak...Korang boleh cuba pelbagai jenis menu, termasuklah Nasi Biryani Kambing, Nasi Biryani Ayam, Kurma Kambing, Butter Chicken, Beef Chukka, Andhra Fish dan pelbagai jenis sayur-sayuran yang dimasak style India. Walaupun tak biasa dengan makanan India, tapi Sally tetap boleh hayati makanan yang ada disini.







Jangan lupa cuba pelbagai jenis menu pencuci mulut seperti Blurberry Cheesecake, Panna Cotta, Jelly, pelbagai jenis manisan India dan Kulfi. Kulfi ni macam aiskrim jugak la...semua sedap-sedap belaka.

Honestly korang kena cuba Kulfi dia. Sedap sangat especially yang mango tu. Macam makan frozen lassi pun ada jugak rasanya. Sally sampai bertambah 2-3 kali jugak la...daripada mango ke coconut ke mango lagi...hahahaha...kalah budak-budak rakusnya makan aiskrim.







Sally tak sempat nak cuba tosai dia tapi ramai yang cakap sedap, how I wish kat sini ada bufet tosai, capati, roti canai, roti naan...fuhhh..kalau ada memang Sally la manusia yang paling lama duduk dalam kedai tanpa gerak! Hihihi...

Pendek kata korang takkan rugi la datang makan kat sini, satu tips Sally nak share...makan la BBQ dulu baru puas hati sebab bila kita dah makan menu bufet yang lain akan jadi sebu dan cepat kenyang, jadinya makan BBQ sampai puas barulah start makan menu lain dalam bufet!



Barbeque Nation
Pavilion Mall, Lot No. 09, Level 9, Elite,
168, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
03-2110 4311
Opening time : 12:00 PM - 3:00 PM, 6:30 PM - 10:30 PM
www.barbequenation.com

Post a Comment

13 Comments

  1. meriahnya sally.. tergoda tekak kak mia ni...

    ReplyDelete
  2. seronok dalam restoran boleh BBq sendiri (^_^).

    ReplyDelete
  3. wahhh ibu...sedapla yee..makan besar hahahhaa

    ReplyDelete
  4. meriahnya makanan kat situ...aduii.terus rasa lapar uiihh

    ReplyDelete
  5. Wahhh bbq selera india plak..mesti sedap ni tgoklah menyelerakan

    ReplyDelete
  6. Kita tak suka makanan India sangat but wow, they look delicious :D

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi makan yg berkonsepkn bbq india ni. Nampak sedap sungguh. Terliur ase..

    ReplyDelete
  8. Terbayang chicken tikka. Sedapppnyaaaa

    ReplyDelete
  9. Wahh barbeku style india ke... Sebelum ni dgr kari mamak je.. Hehee... Tp kalau bbq msti sedap kan??? Tgok pon terliur ni

    ReplyDelete
  10. X pernah jumpa apatah lagi nak makan menu bbq india ni. Lain dr yg lain

    ReplyDelete
  11. Semalam I tried and i really love their BBQ udang sedap, tanpa sos pun dah ok.

    ReplyDelete
  12. Jarang sangat la kot kita ni nak makan makanan ala india ni.
    Pedas tak sally?

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!