Traveloka Sale-abration macam Matta Fair 2018; promosi berganda untuk travel lebih murah!


Traveloka Sale-abration, Matta Fair 2018 | Nampak je free seating haritu berdesup manusia bukak website nak tempah tiket kan...Jujurnya siapa la yang tak suka travel ke sana sini, baik dalam ataupun luar negara. Dengan bercuti la boleh buat minda lebih tenang, jiwa lebih bahagia gituuuu...Kaki Travel macam Sally...pendek kata mmg susah la rasa nak stay kat Kuala Lumpur tu diam-diam...asal ada duit lebih sikit dalam akaun bank je cari tiket flight murah..hahahaha...tapi cari jela bukannya dapat beli pun..


Pertama Sally jejakkan kaki kat Korea pada tahun 2015, itu kali pertama Sally travel ke luar negara tanpa kehadiran keluarga...Selalunya kalau nak travel kemana-mana, kakak Sally yang akan menjadi mastermind...daripada tiket, penginapan, itinerary dan semuanya mmg akan disediakan oleh dia...Sally cuma perlu sediakan duit sahaja...tapi sejak daripada travel ke Korea, jadi lebih independent dan Sally jadi berani nak keluar negara tanpa keluarga...

Bila travel tanpa keluarga, satu perkara yang Sally perasan ialah tiada tempat kita nak bergantung. Kalau travel dengan kawan-kawan pun semua mestilah nak jaga diri sendiri. Tapi bila kita travel bersendirian atau bersama dengan kawan-kawan, kita akan jadi lebih berdikari dan bijak menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.

Kalau korang nak tau, sekarang Sally selalu juga la jadi tempat rujukan kalau nak beli tiket penerbangan. Ada yang tanya promosi la, ada yang tanya terma san syarat la tak kurang juga yang minta Sally belikan tiket murah. Hah, bukannya dorang tau tau nak beli sendiri tapi dorang ingat Sally ada cara nak dapat tiket murah..Jeng jeng jeng, korang tak tau Sally pun ada tempat rujukan Sally sendiri...haaaa...ini rahsia...nak tau ke?


Sally selalunya lebih prefer untuk guna Traveloka bila nak mencari tiket penerbangan atau tempah bilik hotel (www.traveloka.com/en-my/).. Korang pernah dengar atau guna Traveloka tak?

Traveloka ni merupakan salah satu laman web yang memudahkan kita cari semua benda dalam satu klik…Haaa…mesti nak tau macam mana kan? Dengan Traveloka, korang ada banyak pilihan hotel, penerbangan atau promosi untuk kedua-duanya...dalam masa yang sama korang jugak boleh dapatkan pelbagai maklumat tentang negara atau kawasan yang bakal korang lawati…

Traveloka jua akan cadangkan beberapa tempat pelancongan yang ada berdekatan dengan hotel yang korang pilih…So, takde la nanti korang terkontang-kanting fikir..mana nak pergi..ini sangat sesuai la dengan orang yang nak travel tapi malas nak buat research..haha

Traveloka Sale-abration 2018. It’s Back!

Berbalik kepada cerita pasal nak mencari tiket penerbangan, sempena Traveloka Sale-abration 2018, ada tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat. No Booking Fee!

Tempoh Tempahan bermula dari 4 - 10 September 2018. Yang paling best sekali, kita boleh tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan tiada pilihan destinasi yang terhad! Anytime anywhere, gittew~ haha

Korang tak perlu tunggu MATTA Fair 2018 sebab dengan Traveloka Sale-abration 2018, korang boleh dapat Traveloka Sale harga gila macam Matta Fair 2018. Jangan terkejut sebab bukan itu sahaja, sekarang dengan diskaun tambahan 8% korang boleh jimat sehingga RM40 untuk setiap penerbangan! Lagi jimat lagi banyak la penerbangan yang boleh korang tempah!


Rambang mata tau nak mencari lokasi yang sesuai dengan kehendak kita…lagi stress bila banyak sangat promosi yang membuatkan hati berbelah bahagi nak pilih yang mana…Ikut hati nak je ambik semua yang ada…tapi kena sedar diri la sebab baki dalam akaun tu makin susut bukannya makin bertambah..hahahaha…kang ada yang bercuti naik kapal terbang balik hari je nanti..hahaha..

Jangan risau sebab Traveloka mempunyai banyak rakan niaga daripada syarikat penerbangan di dunia, contohnya macam AirAsia, Malaysia Airlines, Tiger Air, Vietnam Airlines, Lion Air, Malindo Air, JetStar, Garuda Indonesia, Silk Air, China Southern Airlines, Nok Air, All Nippon Airways dan macam-macam lagi laa...jenuh nak menaip semua syarikat penerbangan yang ada..pendek kata, semua syarikat penerbangan yang terlintas kat kepala korang tu mungkin merupakan rakan niaga Traveloka dengan lebih 100,000 laluan di Asia Pasifik dan juga Eropah..

Huihhh! Tak sabar rasanya nak tunggu duit kutu masuk ini...Harap-harap tak terlepas peluang nak grab tiket flight..kita tengok yang mana murah, kita rebut dulu...nanti dah ada tiket...secara automatic la all the preparation will be done..hahahaha...Tak payah nak fikir panjang...bukannya selalu promosi macam ni datang...bila dah ada tu kena la laju-laju rebut..

Korang jangan lupa mark kalender korang dan sila pastikan jangan shopping mana-mana sebelum beli tiket kapal terbang..Jangan la Sally sorang je yang excited..hahahaha..Nak travel kena berani dan bijak...So, kalau nak jadi bijak, TRAVELOKA DULU!

Save the date, mark your calender and bookmark this link (https://www.traveloka.com/ms-my/flight)

Post a Comment

14 Comments

  1. Bestnya sally selalu dah ke luar negara. Pastu dah biasa booked tiket flight, hotel semua dgn traveloka. Pengalaman dah bnyk ni.

    ReplyDelete
  2. Bestnya dpt p korea..k.el nk p..tp tok laki x suka korea haha..nti p sekali ngan sally bolehh tp makesure p dgn traveloka hokey yesss

    ReplyDelete
  3. Okay nak terjah Traveloka lah lepas ni. Rugi kalau terlepas peluang keemasan macam ni. Hahaha!

    ReplyDelete
  4. wah bestnye sally..boleh dah start plan bercuti hujung tahun ni kan..berbaloi2x

    ReplyDelete
  5. Baru jerk 2,3 hari lepas ada kak rohani ajak pergi korea..

    ReplyDelete
  6. Ingat Sally , Ingat Korea...hahaha.. Bagus la Sally ..muda2 ni kena banyak berjalan.Nnati dah kawen , ada anak , anak sekolah, setahun sekali pun belum tentu dapat jalan2 tengok negara orang.

    ReplyDelete
  7. Syok ni kan kalau pergi bercuti.. Tgh sales

    ReplyDelete
  8. betul-betul jimat dengan traveloka..nak usha apps dia jap..hehee..kot ade nak pergi bercuti ni..main terjah ni..hahaa..tengah promosi kan

    ReplyDelete
  9. wah.. traveloka buat sale lagi.. best ni.. time ni la kaki travel kena rebut peluang dapatan potongan menjimatkan

    ReplyDelete
  10. Traveloka memang best. Betul betul save budget kan Sally

    ReplyDelete
  11. Ni yg best nak baca coz ada promotion sdg on by Traveloka. Jimat berganda.

    ReplyDelete
  12. Eh, Ada promosi bestnya Lama Tak bercuti

    ReplyDelete
  13. Bestnya kalau dapat book tiket waktu promo ni

    ReplyDelete
  14. teringin nak g korea jugak... kumpul duit dulu la nmpknya sbb nak kena usung anak2 sama

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!