SAFI DERMASAFE, produk terbaru daripada SAFI sesuai utk kulit sensitif.


SAFI DERMASAFE, produk sesuai utk kulit sensitif | Daripada talkum ke minyak wangi ke rangkaian pencuci muka, terbaru ini SAFI hadir dengan produk terbaru penjagaan wajah yang sesuai untuk kulit muka yang sensitif; SAFI DERMASAFE.

SAFI DERMASAFE dirumus supaya menjadi produk penjagaan wajah yang mesra kulit, bebas alergen dengan formulasi manfaat kecantikan semulajadi.


SAFI – Jenama Halal No.1 Malaysia; baru-baru ini telah melancarkan rangkaian inovasi kecantikan terbaharu, SAFI DERMASAFE. Ianya adalah hasil komitmen berterusan penyelidikan dan pembangunan produk oleh SERI (SAFI Excellence in Research and Innovation); makmal produk HALAL terbesar di dunia.

PEMBERSIH MUKA

TANPA Paraben . TANPA Pewangi . TANPA Pewarna . TANPA Minyak Mineral . TANPA Alkohol & TIDAK diuji ke atas haiwan.


SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada wajah untuk keselesan kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pada kelembapan kulit agar kulit lebih sihat dan berseri.

HARGA: RM19.90 (100 g)


SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care adalah pembersih lembut dan ringan yang menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam. Diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile, ia membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan untuk keselesaan pada wajah. Formula yang tidak kering dan anti-pencemar ini membantu melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar (Anti-PM2.5) sambil mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal segar dan bermaya.

HARGA: RM28.90 (150 ml)

PENYEGAR DAN PELEMBAP MUKA


SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate (Putih) diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang menyegarkan. Tidak berminyak dan pantas menyerap ke dalam kulit menjadikan kulit kekal lembap selama 24 jam.

HARGA: RM35.90 (50 g)

SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover (Biru) diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang mudah meresap kedalam kulit dan membantu merawat kulit muka tanpa meninggalkan kesan minyak terutamanya ketika anda sedang tidur.

HARGA: RM48.90 (50 g)


SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh diperkaya dengan ekstrak Likouris dan Chamomile mempunyai kebaikan 2 dalam 1 yang mengekalkan kelembapan pada wajah sambil memperkuat struktur dan melindungi kulit daripada pencemaran.
Ia boleh digunakan sepanjang hari sebagai penyembur solekan untuk memastikan solekan tahan lama atau untuk memberikan rasa kesegaran segera .

HARGA: RM 39.90 (100 ml)

Rangkaian produk SAFI DERMASAFE boleh didapati secara ekslusif hanya di WATSONS. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari www.safi.com.my
Facebook : www.facebook.com/SAFIMalaysia
Instagram : www.instagram.com/SAFIMalaysia

Post a Comment

3 Comments

  1. wah..safi ada produk bru..leh cuba ni..:)

    ReplyDelete
  2. rasa nak tukar pakai safi yang ni pulak sebab packaging so cantik!

    ReplyDelete
  3. antara product pilihan ramai dari dulu lagi =)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!