Muffin Pandan guna Air-Fryer Pensonic


Kek Pandan atau Muffin Pandan memang sedap, lagi-lagi bau dia yang kalau bakar tu semerbak sampai satu rumah. Lagi sedap kalau dapat guna air daun pandan yang hijau wangi tuu..

So, resepi muffin pandan harini kita masih lagi bakar guna air-fryer!


Sebenarnya Sally masih lagi tgh cari jalan macam mana nak guna daun pandan yang asli untuk buat kek pandan, rasanya ada yg pernah share buat paste daun pandan asli..nanti la Sally cari kalau ada Sally share.

Entri berkait : Resipi Kek Pandan Gula Melaka (Kukus & Buttercream)

Ramai yang bertanya kenapa Sally guna acuan kuih lompang ni untuk buat, sebab takut dia mencair kan...Kalau boleh jgn guna lebih drpd 160° sebab plastik kan..kalau lower should be okay..lebih mmg confirm cair..ataupun boleh beli silikon, boleh tahan up to 220°..

Kalau nak best sikit, beli la cup muffin yang keras tu...Sally ni sebab kerap sangat buat muffin, jadi rasa macam sayang pulak bila pakai cup mahal-mahal lepas tu buang..hahaha..Iolls kan cheapskate sikit!


MUFFIN PANDAN DENGAN BIJAN

Bahan-bahan:
Bahan A
1 biji telur gred B
½ cawan minyak masak/minyak jagung
1¼ cawan susu segar
1 tsp perisa pandan
½ tsp pewarna hijau

Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 tsp baking powder
1 cawan gula
Secubit garam


Cara-caranya:
↪ Panaskan air-fryer, set kepada 160°.
↪ Campurkan Bahan A (Telur pukul, masukkan pewarna dan perisa pandan, masukkan minyak masak dan kemudian susu segar)
↪ Campurkan Bahan B (Masukkan gula dan ayak tepung, baking powder bersama secubit garam)
↪ Gabungkan Bahan A + Bahan B, kacau sehingga sebati tak perlu sampai hilang ketul-ketul tu janji sebati je dah cukup.
↪ Masukkan adunan dalam acuan ataupun muffin cup, ikut kepada kehendak masing-masing sampai 3/4 penuh, taburkan bijan sebagai hiasan (optional)
↪ Masukkan dalam air-fryer, bakar dalam suhu 160°/15minit atau sehingga masak

Senang je kan? Korang jangan lupa cuba okay!

Post a Comment

4 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!