Sunday, February 18, 2018

Resipi Kek Pandan Gula Melaka (Kukus & Buttercream)


Kek Pandan Gula Melaka | Bahaya betul duduk rumah ni, dalam kepala ni ligat je nak masak dan makan macam-macam benda. Kalau korang nak tau, Sally dah lama gila teringin nak makan Kek Pandan Gula Melaka, tapi bila tengok kat kedai..semuanya cecah RM10++ untuk sepotong kek. Mana la cukup sepotong, paling kurang kena makan 2-3 ketul. Haha.


Disebabkan itu, gagah jugak la Sally buat Kek Pandan Gula Melaka sendiri. Untuk pengetahuan korang, Sally memang fail design kek dari dulu lagi..hahaha..Plus masa letak buttercream atas kek ni Sally tgh tak sabar gila nak makan, kau senget ke kau buruk ke tak kisah asalkan kek siap dan craving kepada Kek Pandan Gula Melaka tiada lagi!!

Disebabkan oven Sally tak berfungsi, jadinya terpaksa la cari resipi kek kek pandan yang kukus, nasib baik dapat resipi yang sangat sedap dan gebu. Jadinya terus simpan dalam blog!


Resipi Kek Pandan Gula Melaka

Kek Pandan
Bahan-bahannya:
➤ 3 biji telur ayam (Sally prefer Gred B)
➤ ½ cup gula halus
➤ ¼ cup minyak jagung
➤ ¼ cup susu cair / fresh milk / santan
➤ 1 tbsp ovalette
➤ 1 tsp esen vanilla
➤ 1 tsp perisa pandan
➤ ½ tsp pewarna hijau
➤ 1 cup self raising flour

Cara-caranya:
1. Panaskan pengukus.
2. Campurkan semua bahan kecuali tepung, pukul menggunakan mixer sampai jadi gebu dan bertanduk (tekstur seperti meringue) dan masukkan tepung.
3. Gaulkan dan masukkan dalam loyang yang telah disapukan minyak. Loyang yang sesuai dengan adunan ni ialah 6x6 sebab adunan ni agak sedikit. Kukus selama setengah jam.


Untuk buttercream, Sally guna resipi daripada blog Azie Kitchen tapi ada sedikit olahan.

Swiss Meringue Buttercream
Bahan bahannya:
➤ 2 biji telur putih
➤ ½ cup gula halus
➤ 150gram butter
➤ ¼ cup santan
➤ Sedikit esen vanilla
Bahan-bahan ni cukup untuk dekorasi dua biji kek menggunakan resipi kek pandan kat atas.

Cara caranya:
1. Satukan telur putih dan gula. Panaskan secara double boil sehingga gula hancur.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi bertanduk. Biarkan sejuk seketika.
3. Masukkan butter dan pukul sehingga kembang. Masukkan santan dan esen vanila. Dan putar lagi sehingga menjadi sangat gebu.
4. Masukkan dalam piping bag atau sapukan pada kek yang telah sejuk. Hias dengan karamel gula Melaka.

Untuk karamel gula Melaka tu, Sally cairkan gula Melaka dan air. Masak dengan daun pandan sekali. Takde sukatan sebab Sally agak-agak je barapa nak guna.

Senang je kan? Korang jangan lupa cuba okay!

6 comments:

  1. sedapnyaaaa sally. nak-nak ada krim atas dia tu.
    memang auuummm sngt. heheh

    ReplyDelete
  2. Tengok je pun dah kecur air liur.nanti akak try lah resipi sally bagi ni.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Nanti nak try jugaklah...

    ReplyDelete
  4. wehhh dah macam dekat kedai laaaa. nanti boleh try. hehehe

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa! Delivery sepotong pelis. Hahah!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!