Goobne; Restoran Ayam Panggang Korea dibuka di Malaysia!

Goobne Malaysia - Korea’s No. 1 Oven Roasted Chicken | Makanan Korea memang tak asing lagi di Malaysia. Selalunya kalau bercakap pasal ayam je mesti akan teringat Ayam Goreng Korea yang rangup tu tapi harini Kakak Kimchi korang nak share menu yang tak asing lagi di Korea tapi diperkenalkan buat kali pertama di Malaysis, Ayam Panggang!



Goobne merupakan satu rangkaian restoran yang telah dibuka sejak tahun 2005 dan kini mempunyai hampir 1,000 buah restoran di Korea dan sekitar Hong Kong, Macau, China, Jepun dan Indonesia. Goobne sendiri bermaksud panggang dan mereka telah menjadi satu-satunya rangkaian restoran yang menyajikan ayam panggang dengan pelbagai perisa. Jangan salah tau, Goobne bukan ayam goreng!





Outlet pertama di Malaysia telah dibuka di MyTOWN Shopping Centre, Cheras Kuala Lumpur pada 31 Julai 2018 yang lepas. Dia punya teruja kalau ada restoran Korea baru buka kat Malaysia ni macam ada artis KPOP datang buat konsert je..hahaha...Menderu laju je pergi terjah..Jadinya, #KakakKimchi korang telah mencemar duli pi makan ayam panggang.





Suka Sally nak ingatkan korang yang Goobne merupakan sebuah restoran yang menyajikan 100% ayam panggang. Di Goobne mereka memanggang ayam di dalam ketuhar selama 13 minit dengan suhu 195 darjah celcius tanpa menggunakan sedikit pun minyak semasa memanggang untuk menjaga rasa keaslian ayam tu sendiri.

Ayam mereka juga bebas daripada hormon dan diyakini kurang kalori, kurang kolesterol, bebas daripada sodium dan lemak trans namun masih rangup diluar dan lembut berjus didalam.

Untuk pembuka selera, ada beberapa menu yang boleh korang cuba, antaranya yang paling menjadi tumpuan ialah Volcano Cheese Tteok-Bokki dan Flying Fish Cheese Egg Roll. Selain daripada tu boleh juga cuba Mediteranean / Green Salad, Japchae, Kentang Panggang atau Special Egg Roll.


Volcano Cheese Tteok-Bokki


Flying Fish Cheese Egg Roll

Semua jenis ayam didatangkan dalam pelbagai jenis saiz, korang boleh pilih nak order seekor atau setengah ekor ayam, atau boleh order 8-14 ketul (kepak ayam) mengikut kemahuan. Kalau Sally lebih prefer makan kepak ayam sebab walaupun isi tak banyak, tapi kat bahagian kepak la paling banyak kulit dan tu yang membuatkan ayam tu lebih rangup dan berperisa.



Di Korea sendiri, menu yang paling terkenal di Goobne ialah Goobne Volcano Chicken yang mana ayam dia disaluti dengan sos pedas yang melampau..Hahaha...honestly takde la pedas sangat walaupun semua orang cakap pedas...pada Sally, Goobne Volcano Chicken merupakan ayam yang pedas tapi boleh buat kita ketagih nak makan dan makan lagi!


Goobne Original


Goobne Korean Spicy Galbi Sauce


Biasanya orang buat Galbi guna tulang rusuk lembu, tapi kat Goobne korang boleh cuba ayam yang dipanggang dengan sos Galbi. Galbi ni ada sedikit beza daripada rasa kicap. Rasa dia ada sedikit pedas tapi kicap cair yang dimasak sampai jadi karamel tu buatkan rasa dia lain. Senang kata ada smokey-taste bila dimakan.


Goobne Soy Garlic

Honestly yang ini paling favorite. Sally awal-awal agak reluctant nak makan sebab nampak sos dia pekat sangat...Sally rasa dia bakal jadi sangat masin dan surprisingly tak! Yang ni memang sedap, rasa la masin manis daripada sos dia, ayam dia rangup. Sesuai untuk korang yang tak berapa suka pedas tapi nak ada rasa kick masa makan!


Goobne Deep Cheese

Ini senang kata khas untuk peminat cheese (keju).


Chicken Fried Rice with Volcano Sauce

Bokkeum-bap (볶음밥) atau pun nasi goreng memang menjadi antara menu yang paling banyak dijual di Korea. Bezanya nasi goreng mereka biasanya mereka tak goreng tapi lebih kepada mencampurkan perencah yang mereka suka (contohnya gochujang) dan masak atas api, tapi kira nasi goreng jugak la kan.

Serius Sally suka nasi goreng ni, walaupun rasa dia agak biasa je tapi ketagih bila makan panas-panas. Diam-diam boleh habis makan sepinggan sorang-sorang. Yang ni memang surely Sally akan repeat dalam masa terdekat ni. Selain daripada Volcano Sauce, korang juga boleh cuba Soy-Garlic Sauce.


Jjamppong

Selain daripada Jjamppong, kalau korang nak cari menu yang bersup, boleh juga cuba Samgyetang (Ginseng).


Cheese Fondue Chicken

Sally rasa rata-rata orang kat Malaysia ni memang suka kalau ada menu yang berkait dengan keju, termasuk la Sally..hahaha..Bayangkan keju yang dipanaskan, bila dah cair kita balut pulak dengan ayam yang telahpun dipanggang dengan sos istimewa, makan pula masa masih panas memang terangkat la cerita dia kan!

Macam biasa la korang boleh pilih sama ada nak Volcano ataupun Soy-Garlic Sauce untuk ayam tu. Kalau Sally? Cuba teka!



Pilihan minuman kat sini masih lagi terhad, jadinya kalau korang nak cari kelainan, boleh cuba RITA (Goobne Special Non-alcohol Mocktail), atau kalau nak yang biasa-biasa je boleh la order jus, Green Tea atau air minuman berkarbonat. Boleh juga cuba aiskrim Green Tea atau Coklat sebagai pencuci mulut.

Goobne Malaysia - Korea’s No. 1 Oven Roasted Chicken
Alamat: Lot L3-043A, Level 3, MyTOWN Shopping Centre, Cheras (Bersebelahan dengan GSC)
Masa operasi: Setiap hari daripada pukul 10am- 10pm
Facebook: www.facebook.com/goobnemalaysia

Post a Comment

13 Comments

  1. Sedapnya nampk.. nnti nk try.. suka bab bab makan ni

    ReplyDelete
  2. Ya allah. Smua nampak sedapp. Cheese fondue chicken tuu mmg menggoda.

    ReplyDelete
  3. Ada makanan untuk buka selera juga ye, tobboki tu mkanan Korea ye ingatkn jepun .

    ReplyDelete
  4. Dari hari tu lagi zaza teringin mkn ayam panggang..huwaaaaah 😩😩😩😩

    ReplyDelete
  5. Bolehlah next year kita lepak sini pula eh, kak Sally? :D

    ReplyDelete
  6. Ya Allah sally. Pliss okay. Jgn nk goda2. Bila nak belanja ni. 😅😅

    ReplyDelete
  7. Mak aii.. Sally sengaja kan buat entri ni.. Ketuk kang.. Hahahaha.. Ayam panggang goobne ni kt cheras je ke ada.. Tlg la buat kt johor juga... Adoii sdp gila tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni baru first branch dorang...soon ade la kot kat semua negeri nanti..hahaha...come on la KL jeeee!

      Delete
  8. alamak.. kita dah la pantang ayam.. sekali dia pi tayang ayam panggang plak kat sini. aduhhh.. nyum2

    ReplyDelete
  9. Volcano cheese tuh buat ailio meleleh ooii

    ReplyDelete
  10. Menarik betul makanan kat sini. Nak pegi jauh sangat.. Harap bukaklah kt jb nanti

    ReplyDelete
  11. ayam panggang dengan cheese tu nampak sedap pulak..dekat dah mytown dengan rumah..boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  12. Memang sedap semua makanan kat situ, i like the deep cheese. Oven roasted chicken with cheese powder yummmsss

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!