Potboy Groceries & Sekitar O2O (Online to Offline) Event


Potboy Groceries Review | Membeli belah secara atas talianbukannya perkara yang asing kepada rakyat Malaysia. Hampir semua benda boleh dibeli secara online, baik makanan, pakaian, sampai la ke telefon bimbit pun sama beli online...haaa...macam tu la hebatnya dunia digital.

Potboy Groceries adalah peruncit dalam talian yang berpangkalan di Lembah Klang dan menyediakan keperluan barangan runcit dengan penghantaran percuma kepada pelanggan-pelanggan tanpa had pembelian. Kalau kita beli satu barang pun Potboy akan hantarkan!

Apa pulak O2O (Online to Offline) Event?

Haaa...korang jangan tak tau, Potboy Groceries adalah satu-satunya peruncit yang buat konsep online to offline, maksudnya benda yang dah biasa kita beli secara online di Potboy Groceries, kita dapat beli secara offline semasa offline grocery sales, contohnya macam O2O event yang diadakan di Jaya One awal Julai yang lepas. Kita boleh rasa, beli secara terus dan yang penting sekali deal dia semua gila-gila. Beli 6 Percuma 6! Apakah!

(Wo)Men Vs Food Challenge-Hottest Rice in Town


Semasa O2O event tu juga, antara highlight yang menarik perhatian ialah 3 pertandingan yang berbeza yang diadakan selama 3 hari. Kebetulan masa Sally pergi tu kena (Wo)Men Vs Food Challenge-Hottest Rice in Town. Hadiah dia RM1,111 cash tau untuk setiap pertandingan! Cuba juga la nasib untuk masuk.

Selain (Wo)Men Vs Food Challenge-Hottest Rice in Town, pada hari sebelumnya telah berlangsung (Wo)Men Vs Food Challenge-Coolest Drink in Town dan hari berikutnya, (Wo)Men Vs Food Challenge-Hottest Noodle in Town. Kesemua pertandingan ini dianjurkan oleh merchant yang berbeza. Macam yang Sally masuk ni Bon Chilli & Beras Jasmine.



Sally jadi orang yang kelapan masa peringkat pertama. Bukan pedas yang menjadi masalah, sebab masin je..hahaha...overall masih menjadi pengalaman yang berharga. Tahniah Lux sebab menang RM1,111 cash!

FB Live Session (100 Plus Reduced Sugar and 100 Plus Active, Appletiser and Grapetiser, Sabah Tea, Pokka Kiyo and Pokka Honey Lemon)


Dah alang-alang kat sana, Sally sempat join FB Live Session oleh pihak Potboy. Masa ni la kita dapat rasa semua produk yang ada..Rasa tau bukannya nak makan sampai kenyang..hahaha...Sally tertarik betul dengan Appletiser dan Grapetiser daripada Coca Cola, Sparkling Juice dengan 100% jus buah epal dan anggur, tanpa pengawet atau gula tambahan..memang sedap. Nak acah-acah minum champagne pun boleh, yang ni memang HALAL!



Lepas ni, semua dah boleh beli di Potboy Groceries, tapi jangan la cari ikan ke ayam ke sayur ke tau...di Potboy Groceries korang boleh beli barang kering daripada pelbagai jenama, contohnya barangan Nestle, Pokka, Sabah Tea, Coca Cola dan banyak lagi la. Semua harga memang tak masuk akal. Ada ke jual mee Maggi, beli 6 percuma 6, itu belum masuk freegift la apa la..Huihhh...pendek kata memang berbaloi!

Sally pun baru je selesai beli barangan keperluan rumah, saja beli kat Potboy Groceries sebab ada banyak sales yang tak masuk akal lepas tu harga semua harga runtuh. Cuba la tengok, sure korang akan terjebak sama!

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang Potboy Groceries atau nak terus shopping barangan di Potboy Groceries, korang boleh layari potboy.com.my
Facebook : Potboy Groceries
Instagram : @potboy_groceries

Post a Comment

6 Comments

  1. Untung betul beli 6, percuma 6. Boleh buat stok untuk sebulan terus. Hahah!

    ReplyDelete
  2. Kiranya dia jual barang2 yang kering2 je la ye...Rasa tertarik pulak dengan produk Bornchili tu..rm8 lebih je harga dia.Paling best megi tu la..beli 6 free 6.

    ReplyDelete
  3. Wah, senangnya. Ini dekat lembah Klang je ke dekat tempat lain ada tak? Kalau nak suruh beli barang senanglah halo2 je

    ReplyDelete
  4. salam..
    hi cik sally..yaya singgh melawat sini =)
    bru tau pasal potboy ni

    ReplyDelete
  5. aku tengok gambo aje..malas baca..jahat tak hahahah

    ReplyDelete
  6. Menggila shopping ye...pengahantaran percuma plak tu..hmm bagus2

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!