Museum of Illusions, tarikan terbaru Kuala Lumpur!


Museum of Illusions, Bukit Bintang | Kadang-kadang, tinggal kat Kuala Lumpur ni kalau nak keluar mesti akan terfikir nak ke shopping mall, takde la tempat lain nak pergi..tapi jangan tak tau, kat tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ni dah ada satu tarikan yang baru yang sesuai untuk sesisi keluarga!!

Ames Room

Untuk korang yang sukakan permainan ilusi dan yang mencabar otak, boleh la ke Museum of Illusions yang terletak di Hotel Ansa, Bukit Bintang...Kalau daripada Pavilion tu baru dalam 200m je jalan...memang betul-betul ada di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Optical Illusions


Untuk Asia, Museum of Illusions (Kuala Lumpur) merupakan lokasi yang pertama. 7 lagi muzium akan dibuka sebelum penghujung tahun 2018. Selain daripada Malaysia, antara lokasi lain antaranya New York, Berlin, Dubai, Toronto yang dijangka akan dibuka pada bulan hadapan.


Konsep asal Museum of Illusions diambil daripada Zagreb, Croatia. Muzium ni menawarkan visual ilusi dan pembelajaran yang mencabar minda untuk semua peringkat umur. Terdapat lebih 70 pameran yang penuh menguji minda dan pemikiran antaranya Vortex Tunnel, Infinity Room dan pelbagai lagi. Ruangan ni semua akan mengubah persepsi kita, cara kita berfikir, sains dan juga mengajar otak kita untuk berfikir luar daripada kebiasaan.

Rotated Room

Head on the Platter

Kalau korang jenis sukakan aktiviti yang ringan tapi mencabar minda untuk berfikir, sini la tempat dia weh...serius tak rugi masuk untuk teroka sendiri setiap satu tarikan yang ada dalam muzium ni. Permainan ilusi ni memang buat kita berfikir dan pameran-pameran yang lain sekitarnya pun menarik untuk kita lihat dan hadam.

So, jangan lupa ke ‘Museum of Illusions’ yang terletak di 1st & 2nd floor, Ansa Hotel, 101 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Muzium ni dibuka setiap hari daripada jam 9.00am sehingga 11.00 malam. Tiket pula berharga RM35 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak dibawah umur 15 tahun. Kalau korang datang dengan keluarga, atau kumpulan yang besar ataupun sekolah nak buat lawatan kesini, harga boleh dirunding.

Lebih maklumat, korang boleh ke http://www.museumofillusions.my atau hubungi 03-21102654.

Post a Comment

14 Comments

  1. macam museum yang kita pegi kat Penang tu kan Sally. menarik gak ni jioom kita pi sama =D

    ReplyDelete
  2. tempat macam ni kena kretip. kalo tak memang gambar krik krik hehe..

    ReplyDelete
  3. haa, menarik ni.. ble pose banyak2

    ReplyDelete
  4. Bestnya.. Pernah sekali pi tapi kat n9.. Optical ilusi tu bgerak2 mata tengok 😄

    ReplyDelete
  5. mula2 tengok gambar 1st tu igt kat penang..penang pun ada mcm tu..museum 3d trick kut nama ya..wahh skrg kl pun ada ye

    ReplyDelete
  6. Menarik museum ni.. Sbb lain dr yg lain.. Mesti seronok pegi dgn fmly/kawan/anak2 ke.. Paling xleh blah sakit mata woo tgk yg optical tu.. Hahaha.. Boleh juling mata .. Hihi

    ReplyDelete
  7. alamakkk.. mesti best dapat pi sini.. nak ajak hubby lahh.. head on platter tu kelakar la sally.. hahaha

    ReplyDelete
  8. Oh yes!!! memang best la tempat ini. I nak pergi sekali lagi with my family.

    ReplyDelete
  9. ooo..macammuzium yang ket penang ni kan???seronok muzium macam ni sebab kita bukan setakat tengok2 je.. ambik2 gambar pun best..

    ReplyDelete
  10. Memang baru buka ke..best juga ni..haritu pergi pd punya..ni macam lagi menarik..dekat hotel erk..boleh la ajak suami nnati bawak anak-anak

    ReplyDelete
  11. Ada tgk orang post pasal ni, mmg best apatah lagi kanak2 pasti sangat teruja. Thanks for sharing 😃

    ReplyDelete
  12. Mcm best je.. ilusi yg buat pening pala.mcm cik en x pandi sagt buat gaya.. fe gmbr contoh x

    ReplyDelete
  13. Bila entah nak berpeluang ke tempat macam ni.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!