Aqeesh Aleeya dan single pertamanya, Aku Malu.


Aqeesh Aleeya, Single : Aku Malu | Mungkin ada yang pernah dengar dan ada jugak yang tak kenal dengan artis muda baru yang berusia 14 tahun; Aqeesh Aleeya.

Aqeesh Aleeya atau nama sebenarnya Nur Balqis Aleeya Shahrom merupakan Juara Bakat Ohsem Malaysia (BOM) 2017 anjuran hurr.tv yang telah berlangsung pada 23 Disember 2017, dan memenangi wang tunai RM100,000 serta sebuah Proton Saga 1.3 (A) tajaan MyMotor.


Aqeesh Aleeya telah tampil dengan single pertama beliau yang bertajuk "Aku Malu" yang dicipta sepenuhnya oleh komposer DJ Fuzz dan lirik oleh Hez Hazmi. Lagu ni berunsurkan pop dance dan sangat catchy.

Beliau kini bernaung dibawah naungan hurr.tv dan menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 2 selepas mengembangkan pengetahuan dalam bidang seni di Sekolah Seni Kuala Lumpur pada tahun 2017-2018.


Pada usia 9 tahun, Aqeesh Aleeya telah menjuarai pertandingan 'Bintang kecil RTM 2013' peringkat negeri Selangor yang sekaligus melayakkan beliau menyertai pertandingan akhir 'Bintang Kecil Kebangsaan RTM 2013' dan dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Semenanjung.

Beliau sekali lagi dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Semenanjung dan kali ini juga sebagai naib juara keseluruhan pada pertandingan akhir 'Bintang Kecil Kebangsaan RTM 2014'.


Kerjasama dengan DJ Fuzz dan Hez Hazmi telah bermula sejak Februari 2018. Pembikinan lagu "Aku Malu" dilakukan pada 29 Mac 2018 yang berkisarkan tentang perasaan malu untuk meluahkan perasaan kepada seseorang yang diminati.

Lagu ini menampilkan irama pop dance yang mana kurang diketengahkan di Malaysia dan Sally yakin lagu dan konsep Aqeesh Aleeya yang lincah dan bertenaga akan membawa lagu ni lebih jauh. Lagu "Aku Malu" boleh didapati di platform digital seperti iTunes, Spotify dan Joox. Video lirik lagu pula akan disiarkan dilaman web dan YouTube hurr.tv.

Post a Comment

6 Comments

  1. Hari tu ada nampak gambar dia dekat FB ke IG kak Sally. Tak sangka pula muda gila dia ni. 14 tahun baru :O

    ReplyDelete
  2. Zaza pun baru kenal penyanyi ni.. Tak sangka kan baru berusia 14 thun.. Berbakat.. Orang nya pun cantik.. Nanti zaza nak try dengar la lagu dia

    ReplyDelete
  3. Ok xpernah dgr nme dia dlm mne2 rancangan.. Nanti wawa try search lagu single dia kt youtube...wawa suka irama yg jnis pop dance sbb nmpk ala2 aktif gitu...bte, tahniah aqeesh aleeya..moga trus sukses..

    ReplyDelete
  4. TB baru tahu tentang Aqeesh Aleeya ni melalui entri sally ni.. sebelum ni tak pernah dengar nama dia lagi sebab TB jarang tengok TV.. wah.. mudanya baru 14 tahun yea.. comel orangnya

    ReplyDelete
  5. Oh Aqeesh Aleeya new in the industry, my first time get to know about her and her single too.

    ReplyDelete
  6. Seorang lagi anak muda yang mempertaruhkan bakat dan impian bergelar anak seni. Melihat dan mendengar tentang pencapaian gadis ini membuatkan saya terdetik adakah beliau bakal meneruskan legasi industri hiburan negara 10 tahun akan datang? Adakah gadis ini yang industri mahukan?

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!