Graduan dan Aspiro Sdn Bhd - Peluang membina kerjaya!


FIRST BUSINESS SERVICES CENTRE IN MALAYSIA
| Terkadang masa mencari kerja atau membina kerjaya, kita selalu terpaksa bertanding daripada segenap segi. Yang ada pengalaman terpaksa berlawan dengan mereka yang baru bergraduasi, yang baru bergelar graduan pula kena mencari peluang pekerjaan yang tidak memerlukan pengalaman sebagai dasar. Lain orang lain masalahnya.

Malaysia sekarang sedang menghadapi masalah untuk mencari peluang pekerjaan walaupun bergelar seorang graduan. Tetapi Sally ada satu peluang baru yang nak perkenalkan kepada graduan dan bakal graduan di luar sana. Sempena Hari Pekerja ni, Sally kongsikan.

Aspiro Sdn Bhd - Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global Yang Pertama Di Malaysia


Mr. Lee Teck Seng, CEO of Aspiro Sdn. Bhd

Terbaru ni Sally berkesempatan ke Majlis Pelancaran Aspiro Sdn Bhd; sebuah pusat perkhidmatan perniagaan peringkat global yang pertama dia Malaysia. Sally yakin mesti korang tak berapa faham tentang motif kewujudan Aspiro Sdn Bhd ni, tapi Sally akan cuba ceritakan secara lebih terperinci supaya korang lebih faham.

Sebelum lebih lanjut, Sally perkenalkan dulu siapa sebenarnya Aspiro Sdn Bhd.

Aspiro Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang berstatus MSC. Mereka menawarkan perkhidmatan sumber manusia, teknologi maklumat, kewangan dan perakaunan kepada lebih 80,000 pengguna diperingkat global meliputi Indonesia dan China.

Aspiro Sdn Bhd telah memulakan khidmat mereka bermula Disember 2017 dan kini organisasi ini sedang berkhidmat dengan Asia Pulp & Paper, salah satu syarikat pulpa dan kertas terbesar di dunia dan sedang mencari lebih banyak entiti untuk bekerjasama.

Mr. Goh Lin Piao, Managing Director of Asia Pulp & Paper

Aspiro telah memilih Malaysia sebagai ibu pejabat mereka kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan mampu menyediakan pilihan kerana setiap satu mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri.

Aspiro berjanji akan mengadakan peluang pekerjaan kepada generasi masa kini dalam pelbagai bidang di Malaysia, di mana 450 sehingga 500 pekerjaan pada akhir tahun 2018 dan kira-kira 1,500 pekerjaan pada akhir 2019.

En. Mohd Zahid Abdullah, Senior Director of Services Sector Development Division, Ministry of International Trade and Industry (MITI)

Yang istimewa dengan kehadiran Aspiro Sdn Bhd di Malaysia, sebelum para pekerja menempa kerjaya mereka, mereka akan diberikan latihan yang khusus sebelum mereka berkhidmat dalam dunia korporat kepada entiti (syarikat) yang terpilih. So, peluang diberikan kepada graduan yang baru habis belajar untuk bersedia bekerja secara terus. Mereka juga diajar supaya bekerja secara berkumpulan dan juga menjana keyakinan diri sebagai pemimpin


Turut hadir:
↪ Encik Mohd Zahid Abdullah, Senior Director of Services Sector Development Division of the Ministry of International Trade and Industry (MITI)
↪ Dato’ Ng Wan Peng, COO of Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
↪ Mr Goh Lin Piao, Managing Director of Asia Pulp & Paper (APP)
↪ Mr Gan Bock Herm, Country Manager of Jobstreet Malaysia
↪ Mr. Thomas Lim, Director of Corporate Services, Aspiro Sdn. Bhd



Secara mudahnya, kalau korang seorang graduan dan masih mencari kerja yang sesuai ataupun masih ingin mengetahui kelebihan yang ada dalam diri, korang boleh lah bersama dengan Aspiro Sdn Bhd. Korang akan bekerja sebagai satu pasukan, dan dapat mengembangkan potensi diri kita yang mungkin kita tak nampak.

Sally suka dengan suasana kerja kat sini sebab sangat santai dan lebih praktikal. Pendek kata selesa dan memang sesuai untuk kita mencari siapa diri kita yang sebenar dan apa potensi yang ada dalam diri. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari https://www.aspiro.co/

Post a Comment

2 Comments

  1. Kira Aspiro Sdn Bhd nih memberi latihan kepada para graduan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar lah kan. Bagus ada Aspiro Sdn Bhd sebagai platform untuk bina kerjaya

    ReplyDelete
  2. Sory komen tadi terpublish awal. . Bagus ni aspiro sdn bhd ni memberi peluang kepada garduan yang bakal memcari perkerjaan untuk memceburi bidang ni

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!