Tema Kampong Boy sempena Ramadhan di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur



Buffet Ramadhan 2018 - AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur | Kalau korang mencari tempat berbuka puasa di sekitar Kuala Lumpur dan mencari bufet di hotel yang agak berpatutan harga dia, korang boleh lah mempertimbangkan untuk berbuka puasa di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur.

Untuk tahun 2018, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur telah memilih tema "Kampong Boy", bertepatan dengan Kempen 'Stay, Dine & Win' yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018, yang merupakan tarikh akhir bagi perlawanan World Cup 2018.


Buffet Ramadhan di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur akan mengekalkan tema makanan bercitarasa kampung tahun ini. Lebih daripada 120 jenis menu sajian yang akan disajikan kepda pengunjung, yang paling Sally nak tekankan untuk korang cuba ialah Rendang Ayam Pucuk Maman, Udang Rangup Iman Madina, Sotong Sumbat Sos Pedas, Ikan Bakar dan Rebung Masak Lemak Cili Padi.

Ayu Apam Balik

Rebung Masak Lemak Cili Padi

Yang ini memang favorite Sally, Sally rasa banyak sangat Sally masak...Sally memang penggemar Masak Lemak Cili Padi, dapat pulak yang jenis pedas berapi memang sedap la..Makan sambil menangis pun tak peduli dah janji dapat makan Rebung Masak Lemak Cili Padi!

Kambing Golek




Pencuci mulut merupakan antara menu highlight selepas Kambing Golek, di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur mereka menyediakan kuih muih tradisional seperti apam balik, ketayap, wajik, kuih talam, seri muka dan pelbagai jenis manisan yang selalu terdapat dikampung-kampung kita.

Live Band Performance

Harga buffet:
(Early bird sebelum 15 Mei : RM58)
Dewasa : RM68
Kanak - Kanak : RM40

Untuk maklumat lanjut untuk membuat tempahan, boleh layari laman sesawang mereka di www.ancasahotels.com atau hubungi 03-2026 6060.

Post a Comment

7 Comments

  1. Best dan meriah.. Zaza pun baru balik.. Nanti zaza share..

    Mknn sedap2 😘

    ReplyDelete
  2. Tengok memu semua menyelerakan...nama menu kemain lagi..udang rangup iman madina gitu

    ReplyDelete
  3. Menariknya menu yang ada tu Sally.. harga pun berpatutan...

    ReplyDelete
  4. piala dunia tahun ni sama macam edisi lepas la..jatuh masa bulan puasa.. kena sangat tema yang diaorang buat ni..

    ReplyDelete
  5. Macam-macam pilihan makanan ada..tak pernah lagi datang sini.

    ReplyDelete
  6. Banyak makanan tak tau nak makan mana satu. Macam2 ada

    ReplyDelete
  7. Uikkk.. bestnya menu. Kita nampak rebungggg.. sedapnyaaa..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!