Burger Nasi Lemak Ayam, terbaru daripada McDonald's!



Burger Nasi Lemak - McDonald's | Maaf ye adik-adik, #KakakKimchi ni walaupun darah Korea meresap segenap penjuru badan dia, tapi dia sebenarnya masih lagi orang Melayu, orang Malaysia yang kalau tak dapat nasi boleh gila..hahahaha...

So, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, Sally kena kongsikan dengan korang tentang burger terbaru daripada McDonald's Malaysia; Burger Nasi Lemak Ayam!

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai & Staff McDonald's Kota Damansara

Walaupun banyak desas-desus kenapa Burger Nasi Lemak Ayam baru diperkenalkan di Malaysia (Singapura dah keluarkan tahun lepas), tapi sebenarnya ramai yang menantikan burger ni..Jangan tipu laa...Nasi Lemak dah sebati dengan rakyat Malaysia, dan jujurnya Sally bangga sebab McDonald's Malaysia dapat mengeluarkan menu kegemaran rakyat Malaysia.

Burger Nasi Lemak merupakan satu lagi menu hasil inspirasi dari hidangan tempatan yang digemari ramai. Antara menu kegemaran ramai lain termasuklah Bubur Ayam, Cakoi dan juga Ayam Goreng McD yang sangat popular. Selain itu, McDonald’s Malaysia turut menyediakan menu pencuci mulut citarasa tempatan seperti D24 Durian McFlurry, MILO McFlurry, Banana Pie, Pulut Hitam Pie, Red Bean Pie, Taro Pie dan aiskrim kon perisa Cendol.

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai bersama pengusaha Nasi Lemak

"Burger Nasi Lemak McDonald’s diinspirasikan daripada rasa enak nasi lemak tempatan yang dijual oleh para pengusaha tempatan. Kami berbangga kerana dapat memberi penghormatan atas sumbangan mereka yang menghidupkan legasi nasi lemak sehingga hari ini dan bagi memberi penghormatan kepada para penjual nasi lemak di seluruh negara dan meraikan kegemaran rakyat Malaysia terhadap hidangan popular ini, McDonald’s menjemput enam pengusaha nasi lemak untuk turut serta dalam majlis pelancaran hari ini," kata Puan Melati.



Istimewanya burger ni sebab setiap satu burger didatangkan dengan kepingan ayam enak yang dimasak menggunakan santan, disalut dengan emping jagung yang rangup, dan ditambah dengan sos sambal istimewa, telur goreng, bawang tumis serta kepingan timun segar yang dihidangkan bersama ban cili. Pada Sally, sambal dan juga bawang tumis tu memang memainkan peranan yang penting bagi menaikkan lagi rasa burger ini.

Persembahan daripada Kompang 5 Beradik


Sally jugak berpeluang untuk rasa sendiri resipi nasi lemak yang telah dijemput oleh McDonald's Malaysia. Ada rata-rata mereka ni dah meniaga hampir 20 tahun, hanya dengan menjual Nasi Lemak je..ternyata la nasi lemak memang sebati dengan jiwa rakyat Malaysia.

Sambal nasi lemak memang memainkan peranan yang penting dan semestinya setiap satu nasi lemak ni ada kekuatan pada nasi lemak mereka. Memang salute la dengan mereka ini!

1. Nasi Lemak BK 4, Bandar Kinrara, Kuala Lumpur
2. Nasi Lemak Angah, Sentul, Kuala Lumpur (Nasi Lemak Sambal Kerang)
3. Warung Sinarnor, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur
4. Warung Rindu Pak Ya, Pantai Dalam, Kuala Lumpur (Nasi Lemak Burung Puyuh Goreng)
5. Nasi Lemak Mok Teh, Wangsa Maju, Kuala Lumpur (Nasi Lemak Sambal Ikan Tongkol)
6. Barba Bros, Bandar Utama, Petaling Jaya (Nasi Lemak Kambing Panggang)

Burger Nasi Lemak McDonald’s boleh didapati dengan harga RM14.95 untuk ala carte dan RM16.95 untuk set regular, termasuk kentang goreng dan 100PLUS. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Burger Nasi Lemak Ayam yang terbaru daripada McDonald's, sila layari http://www.mcdonalds.com.my/.

Post a Comment

9 Comments

  1. Belum cuba lagi...hehehe...adik-adik sepupu yang dah cuba...ada yang syok makan...ada yang kata oklah....selera masing-masing.

    ReplyDelete
  2. Lepas nih agak agak ada tak burger rendang daging pulak Sally? Rendang ayam ke kan. Ari tuh gi McD nampak gak burger nasi lemak nih tapi akak tak ry sebab nak rasa smokey tuh dlu

    ReplyDelete
  3. Nanti nak cubalah..x sabar dah tgok rupa burger nasi lemak ni

    ReplyDelete
  4. Sedapnya tgk.. Tp sedap x sally? Sambal dia mcm sambal nasi lemak ke mcmne..

    ReplyDelete
  5. wah.. burger nasi lemak.. hemm.. macam mana rasa dia yea sally. pèdas tak? yang paling penting.. sorang cukup tak 1 burger? huhu

    ReplyDelete
  6. tengok iklan mcd ni la terus rasa nak masak nasi lemak breakfast esok pagi. hihi. tapi telur pulak takde.

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  8. Klik link terus muka kak Sally makan penuh nikmat , rasa sambal dia sedap tak kak? Rasa sama ke lain yg jual kat tepi jalan

    ReplyDelete
  9. baca review orang kata sedap gilaa. tapi entahla, saya tk pernah makan benda yg style2 macam nasi lemak sbb takut takleh terima. sambal nasi lemak pun saya kurang makan haha

    tapi bila tengok review kata sedap, maybe should give a try :D

    btw terkejut nampak kompang 5 beradik tu, kawan kitaa!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!