Tonton "Teka Tekan" di unifi TV dan menangi RM20,000 setiap hari!


Tonton "Teka Tekan" di unifi TV dan menangi wang tunai RM20,000 setiap hari!


Ha! Gotcha!

Zaman sekarang ni memang kita akan tertarik untuk menyertai pertandingan, contest dan macam-macam lagi...Iye la kadang-kadang tu hadiahnya yang kita idam-idamkan..Jadinya jangan lepaskan peluang untuk join semua..mana tau ada rezeki nak menang kan?

UniFi ni apa?

UniFi merupakan sebuah servis dibawah kelolaan Telekom Malaysia yang menawarkan servis internet, VoIP dan IPTV.

Apa pula unifi TV? Apa tu "Teka Tekan"?

Haaa! unifi TV (atau lebih dikenali dulu sebagai HyppTV), telah menawarkan RM20,000 sehari untuk pelanggan setia mereka yang bertambah dari sehari ke sehari. "Teka Tekan" merupakan sebuah rancangan LIVE Interactive Gameshow yang sudah mula ditayangkan sejak 15 Januari yang lepas, setiap Isnin-Jumaat di channel HyppSensasi HD (unifi TV Channel 116) bermula jam 8.30pm.


Disebabkan rancangan "Teka Tekan" ni merupakan rancangan siaran langsung, rancangan ini akan dihoskan oleh 4 orang pengacara tetap; Acong Sweet Child, Farouk Hussein, Shuib Sepahtu dan Anas Ridzuan. Mereka juga bakal ditemani oleh beberapa orang artis jemputan, setiap hari rancangan akan dihoskan oleh 2 orang pengacara tetap secara bergilir.

Konsep permainan ini pun sangat mudah, kalau korang pernah menonton "Who Wants to Be a Millionaire?", korang mesti dapat agak macam mana cara permainannya..Yang membezakan ialah rancangan ini dibuat secara langsung dan semua peringkat umur boleh menyertainya selagi mana mereka mempunyai akaun unifi TV yang sah.

Peserta diminta untuk menjawab 5 solan yang disiarkan secara langsung dengan betul dalam masa 45 saat untuk setiap soalan. Tiada undang-undang yang spesifik, tak kisah berapa ramai yang nak duduk depan TV tu, berapa ramai yang nak tolong cari jawapan..tapi hanya jawapan yang betul sahaja akan diambil kira..Mereka yang dapat menjawab 5 soalan tu akan menjadi pemenang RM20,000 setiap hari.

Tapi jangan salah sangka tau, RM20,000 tu untuk sehari...jadinya kalau ada 10 orang ke 20 orang yang menang dalam satu-satu masa tu, RM20,000 akan diberikan secara rata untuk semua. Walaupun dah menang sekali, semua pemegang akaun tidak mempunyai halangan untuk join lagi...kalau menang setiap hari pun takde masalah, untung lagi ada!


Berita baik, sempena dengan tayangan "Teka Tekan", unifi TV akan memberikan akses percuma kepada channel HyppSensasi HD (unifi TV Channel 116) dan semua pemilik unifi TV boleh mencuba nasib untuk bermain dalam LIVE Interactive Gameshow ini.

Kini unifi TV menawarkan secara keseluruhan 108 pilihan siaran, dengan 55 channels in High Definition (HD) yang mengandungi 53 premium channels, 25 free channels, 2 Radio channels, 7 Video-On-Demand (VOD) channels dan 21 interactive channels. Sehingga kini, unifi TV mempunyai lebih daripada 1.6 juta pelanggan tetap..

Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat...korang boleh layari laman web tekatekan.unifi.com.my, dan untuk maklumat tentang unifi TV, boleh layari www.unifi.com.my/tv atau boleh follow mereka di laman sosial mereka www.facebook.com/unifiTV (Facebook), www.twitter.com/unifiTV (Twitter), www.instagram.com/unifiTV (Instagram) dan www.youtube.com/tmyoutube (Youtube).

Post a Comment

25 Comments

  1. baru teringat ada acc unifi ni. nanti nak tengok

    ReplyDelete
  2. Senang je nak menang hadiah zaman sekarang. Seronok byk contest. Nak try la

    ReplyDelete
  3. Wah menarik ni Sally. Balik nih kompom akak bukak channel 116.mana tahu rezeki menang duit kan

    ReplyDelete
  4. Bestnya kalau menang RM20,000 tu. Tapi biasanya rancangan kat UNIFI tu anak-anak je yang tengok. Maknya busy sokmo... Kena schedule betul-betul kalau nak join ni..

    ReplyDelete
  5. menarik ni.. kalau dah keluar TV TB nak tengoklah.. suka tengok program macam ni.. teka teka .. heheheh.. menguji kecerdikan gak kan..

    ReplyDelete
  6. Best2 hadiah yg dia tawar.. Insyaaallah ada peluang nanti zaza join

    ReplyDelete
  7. Alaaaa, dah terminate unifi. Dah tukar ke TIME. Tak apa lah tak ada rezeki. Sebelum ni pun masa still pakai UNifi, tak sempat jugak nak join sebab dapat tau lambat

    ReplyDelete
  8. Takde akaun unifi takleh join ke? Hehe mcm byk pulak la contest best2 kebelakangan ni. hadiah pun kemain best

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh la sayang..hahaha..sbb mmg khas utk pengguna unifi TV je :P

      Delete
  9. Wahhh menarik betul hadiah2 yg ditawarkan. Nak kena tengok nie. Tapi sy jarang tgok tv. Busy dengan kerja. Hahaha

    ReplyDelete
  10. Tak pernah ada unifi..thought to apply tp tu la..blom ada masa dan kemampuan lagi...

    ReplyDelete
  11. abe kie ada unifi tv tp cuma tgok bila astro down sbb hujan je. Lps ni nak try la game ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena aplikasikan secepatnya..bukak masa tayangan je pun dah ok..hehehe

      Delete
  12. Ala bestnya. Sayangnya kita tak guna unifi..

    ReplyDelete
  13. Sungguh menarik hadiah hadiah yang di tawarkan.. Miera tengah tak tengok TV.. nak cuba tengok lah kalau boleh sambung Unifi lepas ini

    ReplyDelete
  14. Tak de unifi tv dekat rumah... sini belum ada coverage lagi

    ReplyDelete
  15. Yes. Balik ni nak join la sebab Rawlins memang pakai Unifi kat rumah. Yeay! Doakan Rawlins menang ye #KakakKimchi

    ReplyDelete
  16. I've got unifi but after moving my modem I don't rmb how to reconnect again >.<

    ReplyDelete
  17. Pakai unifi tp xon hyptv..kena on la nmpknya

    ReplyDelete
  18. Wahhh bagu sinfo ni... jarang buka channel tu nanti nak bukak jugalah! tq Sally

    ReplyDelete
  19. Bestnya ada game macam ni kat rumah. Boleh join secara interaktif pulak tu. Nampak dah setiap hari 8.30 malam ada kt mana.

    ReplyDelete
  20. alaa tak guna unifi.. pengguna unifi jangan lepaskan peluang keemasan ni sebab hadiahnya sangat menarik

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  21. Suka program mcm ni..mana tau untung-untung dpt tuahnya.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!