Sunfeet International; Pakar Orthotic & Prosthetic.


Bercakap pasal terms perubatan ni Sally jujurnya bukanlah pakar..Sebelum tu, Sally nak bagitahu yang Sunfeet International Rehab Centre merupakan sebuah syarikat yang memberikan holistic care daripada mereka yang berpengalaman dan memang mempunyai kepakaran.

Orthotic & Prosthetic, Sally sendiri agak blur lagi..tapi Sally cuba la ceritakan supaya korang aware dengan kepentingan menjaga anggota badan kita terutamanya kaki yang selalu kita kurang ambil tahu.

An orthotist designs, fabricates, and fits custom-made orthopedic braces, or "orthoses," and fits pre-fabricated devices, and provides related patient care.
A prosthetist designs, fabricates, and fits custom-made artificial limbs, or "prostheses," and provides related patient care.


Dalam erti kata lain, seorang Pakar Orthotic mempunyai kepakaran dalam menyediakan pendakap ortopedik yang dibuat khas, serta menyediakan peranti pra-fabrik yang mengikut kesesuaian anggota badan kita, selalunya kaki la...Mesti korang pernah dengar pasal kasut yang dibuat khas mengikut keadaan, saiz, keperluan kaki kita..setiap orang mempunya kaki yang berbeza tau..

Pakar Prosthetic pula lebih kepada kepakaran menyediakan anggota badan palsu dan juga menyediakan keperluan yang berkenaan.



Selain daripada menyediakan khidmat nasihat berkait Orthotic dan Prosthetic, mereka juga menyediakan khidmat occupational therapy, pusat rehabilitasi sukan, podiatry, pedorthics dan fisioterapi.

Sabtu lepas, Sally buat pertama kali ke Sunfeet International Rehab Centre yang terletak di Petaling Jaya untuk mengenali dengan lebih rapat lagi tentang Orthotic & Prosthetic.


Kalau korang nak tau, kat atas ni merupakan analisa kaki Sally. Kaki kiri Sally 3cm lebih panjang daripada kaki kanan dan daripada situ Sally dapat tahu yang lengkungan kaki Sally tidak seimbang diantara kedua-duanya.

Low arch @ flat feet, menunjukkan yang ketidakseimbangan pada kaki Sally boleh membuatkan kaki lebih terdedah kepada masalah kaki seperti sakit tumit, sakit pada bahagian tulang punggung dan biasanya akan mengalami sakit pada lutut..



Berita baiknya untuk mereka yang ada masalah Low arch @ flat feet, kasut yang sesuai boleh membantu kita mendapat postur berjalan yang betul dan semestinya boleh mencegah kecederaan pada bahagian kaki dan tubuh badan dan kembali sihat! Jadi jangan abaikan kaki korang, ambil tahu ambil peduli dan dapatkan nasihat pakar!

SUNFEET OPEN DAY!


Ini ada berita baik untuk korang, kalau korang nak cuba juga analisa kaki (foot analysis) yang macam Sally buat...Ini Sunfeet ada anjurkan SUNFEET OPEN DAY yang akan dijalankan pada 27 Januari 2018 di outlet pertama mereka di Petaling Jaya. Waze sahaja SUNFEET INTERNATIONAL SDN BHD, akan sampai terus depan ni.

Antara aktiviti yang ada ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak , pelbagai promosi sehingga 15% untuk produk yang terpilih dan semstinya yang perlu kornag hadiri ialah public talk daripada Dato Dr Edmund Lee, Orthotic Specialist.

Untuk 50 orang pelanggan yang datang pada hari terseut, korang akan dapat voucher bernilai RM500. Sangat terhad, pastikan korang jadi antara 50 yang terawal!

CHINESE NEW YEAR


Sempena Tahun Baru Cina yang akan tiba, Sunfeet International juga menawarkan promosi yang sangat ekslusif dengan tema "Happy and Healthy Feet for Your Loved Ones" yang valid sampai 28 Februari 2018. Ianya didatangkan dalam gift box set dan sangat sesuai untuk dibawa sebagai hadiah kepada mereka yang tersayang!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh walk-in ke Sunfeet International sebab ianya dibuka setiap hari daripada pukul 10am - 7pm, atau boleh hubungi 013-528 3939

Post a Comment

12 Comments

  1. Baru tau ada kedai jual kaki palsu,yang Ada masalah pasal kaki boleh datang sini dngr nasihat dlu

    ReplyDelete
  2. Nak kena jadi yang terawal ni untuk dapat baucer.. Tp mcm tak semoat je nak pi.. Jauhhj uhukkkk

    ReplyDelete
  3. akak pun ada masalah sakit kaki ni..dah tua2 ni baru terasa sangat lagi2 kalau berdiri lama atau duduk terlalu lama..awal2 dia memang sakit tapak kaki tapi lama2 terasa sampai ke betis..

    ReplyDelete
  4. dua2 term ni sgt asing pada emi. haha. nampak sgt tak reti pun bila berkait dgn medical term ni.

    ReplyDelete
  5. Wawa jenis xleh pakai heels..nnti kaki bengkak.. Nmpknya kena amik tau pasal bende ni.. Penting juga kan..

    ReplyDelete
  6. Eh bagusnya boleh check keadaan kaki kita. Sebelum ni kak Ros tahu yang kaki kita memang tak sama saiznya antara kiri dan kanan. Dan keadaan kaki setiap orang juga berbeza. Sebab tu kadangkala susah nak cari kasut yang sesuai dan selesa..

    ReplyDelete
  7. Baru akak tahu kalau keadaan kaki kita tak stabil mcm mcm sakit akan jadi. Tak sangka pula kaki kita tak sama kanan dan kiri. Tgk dgn mata kasar sama mcm tak ada masalah saja kan. Kena chexk jugaklah kaki akak. Kot kot ada masalah kan

    ReplyDelete
  8. Bagusnya ada ni..ikut kaki kita..biar selesa dan tak sakit..

    ReplyDelete
  9. Bagusnya rehab ni. Boleh check masalah kaki dan boleh tahu kasut yang sesuai untuk kaki kita

    ReplyDelete
  10. Bab kaki tak sama ukuran tu biasa dgr.
    Klau kaki sakit, mmng kna cpat2 la check. Dah la dgn kaki kita kna bergerak sana sini.

    ReplyDelete
  11. I love their services as well. Will drop by very soon

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!