Pak John Steamboat & BBQ Buffet IOI City Mall, Putrajaya | Korang nak tau..kali pertama Sally berkunjung ke Pak John Steamboat & BBQ Buffet pada tahun 2014 dan lepas tu takde dah pergi...salah satu sebabnya jauh laa...Sally yang duduk kat Ampang ni mmg takde hati betul nak berjalan sampai ke eCurve tu semata sebab nak makan...hahaha..
Baca : Pak John Steamboat & BBQ eCurve : Christmas Buffet Menu Special (2014)
Hujung Disember 2017 yang lepas, Pak John menyambut ulangtahun mereka yang ke-6 dan yang paling menggembirakan sebab branch ketiga Pak John Steamboat & BBQ Buffet telah pun dibuka di IOI City Mall, Putrajaya. Buat korang yang tak tahu, branch pertama dan kedua ada di eCurve dan Wangsa Walk.
Baca : Pak John Steamboat & BBQ eCurve berhantu....
Pak John bermula dengan sebuah kios yang kecil dan sampai sekarang, Pak John Steamboat & BBQ dah berkembang menjadi rangkaian restoran yang boleh memuatkan lebih ramai pelanggan dalam satu-satu masa..Ternyata kelebihan dan kepelbagaian yang dihidangkan Pak John Steamboat & BBQ telah menjadi antara sebab kenapa restoran ini sentiasa menjadi antara yang terbaik.
Pengacara Majlis; Maria Tunku Sabri
Majlis pelancaran Pak John Steamboat & BBQ Buffet IOI City Mall, Putrajaya telah pun disempurnakan oleh hero nombor satu Malaysia, Datuk Rosyam Nor yang turut sama hadir pada hari pembukaan Pak John Steamboat & BBQ Buffet IOI City Mall, Putrajaya.
Outlet terbaru ni mampu memuatkan seramai 150-200 orang dalam satu-satu masa..Besar kan? Yang penting sekali selesa! Korang boleh pilih nak makan dalam kawasan yang berhawa dingin ataupun dekat luar, sambil hidup udara segar! Hahaha!
Ramai orang tanya Sally, apa yang special nya Pak John berbanding restoran steamboat yang lain?
Pada Sally, kelainan dan keistimewaan Pak John, adalah menu dia..Itu sudah semestinya la kan? Sup untuk steamboat pun ada 5 jenis pilihan, dan ada hampir 160 menu bahan-bahan makanan yang boleh direbus ataupun dipanggang. Tak cukup dengan tu...ada lagi masakan panas yang disediakan..
Jangan terkejut...kat sini bukan setakat sos cili sos tomato je yang ada..tapi ada hampir 20 jenis pilihan sambal dan sos yang korang boleh pilih...Nak makan style cina, melayu, india semua boleh! Haha
Semua pilihan makanan kat sini memang dijamin segar, selari dengan tagline mereka "We Only Serve Quality & Fresh"..ada pelbagai jenis makanan laut, daging dan ayam dan yang best sekali premium item dia yang sentiasa menjadi kegemaran Sally; kepingan daging lembu, kambing, abalone dan Smoked Duck (Itik)!
Selain daripada ini, ada juga pelbagai jenis pilihan dimsum, buah-buahan, cendol, ais kacang, waffle, ais krim...Minuman pulak ada pilihan minuman sejuk dan minuman panas..semuanya lain daripada yang lain!

Dan yang paling penting sekali, Pak John Steamboat & BBQ Buffet telah memiliki sijil Halal JAKIM..Jadi jangan risau la nak datang makan kat sini dengan keluarga ataupun dengan kawan-kawan..nak santai ke nak lepak je memang sesuai!
14 Comments
Bestnya...rugi x hntar nama ari tu..fikir jauh je sbb masa tu mmg kat Seremban cuti seminggu..well Pak John Steamboat memang best..semua pilihan makanan mmg fresh..akak suka smoked Duck dia..sedap
ReplyDeleteDapnye tgk steamboat tu.. Xpernh mkn lg kt pak John ni
ReplyDeleteAduh duh duhh..pg2 dh dh tunjuk makanan..stimbot plak tu aduhaiii dangdunt dah perut kami
ReplyDeleteBestnya dekat ioi dah ada pak John steamboat . Sedapnya
ReplyDeleteBanyaknya sambal dan sos sampai 20 jenis...rambang mata nak pilih makan mcm style melayu ke cina ke india...
ReplyDeleteBestnya..dh lama xmakan steamboat...
ReplyDeleteNanti nk terjah la area sini..
Bestnya kalau dapat makan kat sini. Sally lain kali nak pergi ajak akak sama tau. Hihi
ReplyDeleteWahhh ada 20 jenis sambal/sos. Bestnya boleh pilih mana yang kena dengan selera. Pilihan makanan pun segar-segar... kalau dekat, boleh pergi ni...
ReplyDeleteBalik Malaysia nanti boleh pergi sebba IOI City Mall macam lagi accessible dari rumah saya :D
ReplyDeleteSteamboat style paling saya suka...tak puas makan kalau setakat 1 jam ^^ haha. Nice sharing :)
ReplyDeletewahh dah bukak dekat ioi city, lagi dekat dengan rumah hehehe. nanti nak ajak islam pergi sini. hehe
ReplyDeleteCik en suka bawak family makan stimboat.. sbb mengeyangkan
ReplyDeleteNad pun dahvlama tak makan pak john..dulu pergi masa mula2 kawin..
ReplyDeleteBolehlah try datang makan kat sini... nampak macam sedap giler tu... byk pulak pilihan :)
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!