Masak - Masak Raya Manis dengan California Raisins!




California Raisins..?

"Raya Manis"..?

Apa benda la semua ni kan..hehe...korang yang kalau friends dengan Sally kat Facebook atau yang follow Sally kat Instagram, mesti dah tau pasal events ni kan...Haaa...kalau yang tak tau, ni Sally nak kongsikan dengan korang...Sempenan musim perayaan yang bakal tiba ni, Jawatankuasa Pentadbiran Kismis (RAC) telah memperkenalkan pelbagai resepi yang menggunakan kismis California yang semestinya sedap dan berkhasiat.



Haaa...yang berbaju hitam ni, Chef Rohani Jelani...beliau ni bukannya specialty dalam masakan tapi lebih dikenali sebagai food artist..Kebanyakkan resepi yang dihasilkan mmg unik dan lain daripada yang lain...Masa events haritu...Sally dapat rasa pelbagai jenis masakan yang berasaskan kismis California, antaranya Kuih Makmur dengan inti Kismis, kuih lopes dengan kismis dan macam-macam lagi...

Belum masuk part yang lagi best..hehehe...yang paling best mestilah.........



Yes!

Yang paling best mestilah Sally yang masak..hehehe...thanks dekat kak Ayue yang invite Sally untuk sama-sama join masak ni...masa diberi sejam je...mmg pening kepala nak fikir nak masak apa...nak bakar kek ke, nak buat cookies je...macam-macam la benda yang menerjah masa nak pilih resepi...tapi end up Sally suggest buat churros je...hehehe...Sally kan #DutaChurros..LOL

Memang saje pakai tudung yang sama kaler...konon nak tunjuk semangat setia kawan..hahahaha....



Abaikan muka excited Sally nak memasak tuuu...kalau korang nak tau...semua resepi kena berasaskan kismis California...sebabnya RAC nak mengetengahkan kebaikkan kismis...selain daripada membuka selera, kismis juga merupakan sumber pemakanan berkhasiat dan sesuai untuk dimasukkan kedalam menu masakan.



Menu kat atas ni merupakan antara menu yang telah dibuat oleh Chef Rohani...ada macam-macam resepi...antaranya, "Kek" Nasi Kunyit berperisa dengan Kismis California, Sambal dengan Kismis California dan bunga kantan, Creme Caramel dengan Kismis California, Kuih Makmur (dengan inti kismis), Bubur Cha Cha dan kuih lopes.



Judging time!



Ni la rupa churros kumpulan "Funtasty Four"...Churros dengan campuran kismis dan, dipping sos kismis jugak...Susun atur ni semuanya idea kak Ayue...dia yang terfikir nak susun macam merak ni...kalau Sally, mmg humban aje atas pinggan..hahahaha..biasa laaa awak tak kreatif...tapi that churros Sally yang buat tau..hihihi



and tadaaaaa...Alhamdulillah...Walaupun tak menang hadiah utama...kami dapat jadi 1st Runner Up...dalam erti kata lain tempat kedua laa...alhamdulillah sangat sebab dapat menang...teruja gila...padahal masa awal-awal masak tu rasa down sangat...mana tak down, orang lain ada yang masak 2-3 jenis menu...itu belum lagi dorang buat banyak benda...resepi pun semua mantop...kita pulak berbekalkan churros je haaa...tapi kalau dah rezeki...Alhamdulillah dapat tempat kedua..



Antara blogger yang join aktiviti pada hari tersebut...dan sekalung tahniah kepada yang jadi Champion dan 2nd Runner Up...Memang masing-masing berbakat dalam bidang masakan...menu semua pun tak kurang hebatnya...



Akhir kata, walaupun kismis ni kecil je...tapi ada banyak manfaat tau...ianya juga antara snek yang paling sihat sebab mengandungi gula semulajadi dan merupakan salah satu cara untuk kurangkan pengambilan gula dalam masakan dan kuih muih..

Terima kasih juga buat Jawatankuasa Pentadbiran Kismis (RAC) sebab menganjurkan Blogger Cooking Challenge ni...lain daripada yang lain dan ternyata mmg banyak resepi dan kegunaan kismis yang kita boleh pelbagaikan...bukannya terhad hanya untuk makan sebagai snek...dan semestinya terima kasih untuk teammates Sally; Kak Ayue Idris, kak Eyza Miel dan Naomie...

Post a Comment

5 Comments

  1. kretif sangat buat bentuk merak tu! nampak sedap lak tuuu
    tahniah utk kumpulan kak sally!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...all credits goes to kak ayue laa...dia masterplan nak design macam mana..thanks Mazni!

      Delete
  2. hebat awak ni..pandai buat churros

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada laa awak..kita cuba-cuba je..awak lg masak sedap.. :(

      Delete
  3. CT suka raisins.. kalo chocs pun suka yang ada raisins jugak..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!