Rahsia Kecantikkan Wanita Korea kini didedahkan oleh SYAHIRAH KOREAN SECRETS!


REVIEW SYAHIRAH KOREAN SECRETS | Sebagai Duta Korea merangkap Kakak Kimchi kesayangan warga bumi...Sally kena kongsikan dengan korang produk terbaru daripada Syahirah, Set Korean Secrets! Kalau korang nak tau rahsia artis Korea cantik putih mulus, nak tau macam mana nak dapatkan kulit wajah macam artis / idol KPOP kesayangan korang? Baca ni sampai habis!

SYAHIRAH – rangkaian penjagaan kecantikan Halal sejak tahun 2007 kini tampil dengan formulasi yang terbaik untuk semua pencinta produk kecantikan Korea. Formulasi gabungan teknologi terkini dari Korea dengan ramuan bunga-bungaan terpilih dari Pulau Jeju, Korea iaitu Tri-Flower Essence yang dirumus khas dengan manfaat pencerahan serta penghidratan yang diperakui Halal oleh JAKIM, akan membantu kulit untuk tampil cantik mulus sekata sekali gus meningkatkan keyakinan diri untuk menyerlah!

SYAHIRAH membawakan kepada pengguna dua rangkaian penjagaan wajah di bawah SYAHIRAH KOREAN SECRETS; Hydra Soft ataupun White Glow, kedua-duanya pasti membuatkan kulit wajah macam artis Korea!



SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft rangkaian istimewa sesuai untuk gadis yang menginginkan kulit wajah cantik mulus sekata yang dirumus khas dengan agen penghidratan dari Tri-Flower Essence campuran bunga-bungaan putih iaitu Ginseng, Chamomile dan Teh Hijau yang membantu membekalkan kelembapan agar kulit sihat, dan mulus sekata. Bukan itu sahaja, ia juga memiliki manfaat pencerahan serta mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan cela dan rengsa pada kulit agar kulit kelihatan cantik mulus sekata secara semulajadi.

Rejim lengkap Syahirah Korean Secrets Hydra Soft:

1) Skrub Muka:Diformulasi dengan manik pengelupasan lembut yang membantu menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati untuk kulit lebih licin.

2) Gel Pembersih Muka: Membantu membersihkan kotoran di samping memelihara kelembapan kulit.

3) Penyegar Tanpa Alkohol:Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.

4) Krim Pelembap: Membantu membekalkan kelembapan untuk kulit wajah yang segar berseri.

5) Krim Kecantikan: Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.



SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow yang direka khas dengan agen pencerahan dari Tri-Flower Essence dengan campuran bunga-bungaan merah jambu iaitu bunga Sakura, Lotus dan Camelia yang membantu memberi pencerahan pada kulit wajah agar tampil cerah berseri!

Juga diperkaya dengan manfaat penghidratan serta dapat mengurangkan rengsa dan ketidak selesaan pada kulit. Rejim lengkap Syahirah Korean Secrets White Glow:

1) Gel Pembersih Muka Anti-jerawat: Membantu membersihkan kotoran dan lebihan minyak pada kulit wajah yang menjadi punca munculnya jerawat dan bintik hitam.

2) Gel Pembersih Muka:Membantu membersihkan sisa kotoran pada kulit wajah di samping meningkatkan kecerahan kulit.

3) Penyegar Tanpa Alkohol:Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.

4) Krim Siang SPF 20:Membantu mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah. Dengan SPF 20 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA & UVB.

5) Krim Malam: Membantu untuk mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah. Teksturnya yang lembut dan kurang berminyak memberi keselesaan dan kesegaran pada kulit semasa tidur.

6) Krim Kecantikan SPF 15: Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.Dengan SPF 15 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA & UVB

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia, termasuk pasaraya besar dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman Facebook SYAHIRAH.

Post a Comment

4 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!