Sally sebagai tetamu jemputan untuk program MyHalal JAKIM x RTM


2017.

Pada awalnya banyak dugaan yang datang...Sally sendiri pun rasa sedih dan marah dengan diri sendiri...tapi benarlah apa yang selalu org cakap, Allah tu tidak sekalipun pernah kejam pada hambaNYA...cuma kadang apa yang kita nak bukannya benda yang kita perlukan, dan DIA akan tentukan bila benda yang sepatutnya kita dapat tu kita terima.


Pada Sally, ini salah satu pencapaian yang terbaik dalam tahun 2017..buat masa ni laa...sebabnya sekali lagi blog Sally diiktiraf..Mungkin Sally bukannya seorang blogger yang penuh ilmu didada, tapi Sally cuba untuk perbaiki diri dari semasa ke semasa...

Berbalik kepada tajuk, 24hb Januari merupakan tarikh yang sangat mendebarkan Sally...buat kali pertama Sally dijemput sebagai tetamu jemputan untuk sebuah program bual bicara, MyHalal, dengan kerjasama JAKIM dan RTM.


Walaupun Sally takde la nampak macam gementar, tapi jujurnya Sally mmg takut dan risau dengan apa yang akan berlaku...Yela...kita kan selalu ada dibelakang tabir, menulis untuk berkongsi...tapi ni nak kena bersoal jawab pulak...Walaupun bukan secara langsung, tapi tetap takut ni haa!

Tapi...berkat kata-kata semangat daripada kawan-kawan, keluarga Sally dan kak Ian; orang yang bertanggungjawab untuk bawa Sally ke set ni...Sally buat dengan keadaan tenang...Banyak nasihat supaya Sally jadi seperti kebiasaannya diri Sally...so, being the immature yet silly Sally is what I do..hihi..



Overall, ni merupakan pengalaman yang baik untuk Sally...Sally sedar, Sally bukannya orang alim ataupun orang yang penuh ilmu didada, bercakap tentang HALAL juga merupakan satu tanggungjawab yang besar...at-least itu apa yang Sally rasa...tapi Sally cuba buat yang terbaik dan berikan/kongsikan sedikit sebanyak pengalaman Sally untuk rujukan orang kat luar sana...


Info Program MyHalal JAKIM x RTM


MyHalal merupakan program terbaru kerjasama RTM dan JAKIM untuk memberikan info tepat lagi benar berkaitan dengan segala perkara yang membabitkan status HALAL dan peranan JAKIM. Episod yang ada Sally sebagai tetamu jemputan ni membawa tajuk "Menu Antarabangsa"

Rancangan MyHalal JAKIM x RTM ini bersiaran setiap hari Rabu di saluran TV1 jam 6:30 petang.

p/s : Episod Sally akan ditayangkan pada 15 Februari 2017

Post a Comment

9 Comments

  1. yeayy! tggu 15 February nanti.. hihihi.. tahniah kak Sally! 😘

    ReplyDelete
  2. wow tahniah masuk dalam program tv (^_^).

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah....tahniah sally....
    semoga tahun 2017 ini membawa seribu kenangan manis...

    ReplyDelete
  4. Wahhh Sally 😍 Takzabaaar nak tengok. Hehe

    ReplyDelete
  5. wahhlawehh., retiss nih., syabas cik Sally tuuuh., gudjob kipidap ;p

    ReplyDelete
  6. Tahniah Sally! Insha Allah nanti akak tengok. Semoga terus sukses dalam apa jua bidang

    ReplyDelete
  7. Tahniah kak sally! Alaaa tapi 15 hb tu xde kat rumahhhh, nak tengok kak sally kt tv huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mazni..kalau tak sempat tgk live, tgk la ulangan kat http://myklik.rtm.gov.my/

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!