Raikan Tahun Baru Cina dengan 'Reunion Buffet' di Sunway Putra Hotel.


Sunway Putra Hotel memang tak pernah menghampakan...Baru-baru ni Sally ke sana untuk jengah buffet makan malam sempena Tahun Baru Cina...Sunway Putra Hotel kembali dengan menu istimewa mereka sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba pada minggu depan...Pejam celik pejam celik, dah nak masuk Tahun Baru Cina dah kan!


Macam yang kita semua tahu, setiap kali datangnya Tahun Baru Cina, "Reunion Buffet" atau acara makan besar mmg akan ada...tu salah satu budaya la dan selalunya semua ahli keluarga yang terdekat akan makan sama-sama...So, Sunway Putra Hotel pun tak terkecuali la untuk berikan servis mereka utk sama-sama meraikan Tahun Baru Cina.


Prebiu malam tu dimulakan dengan menggaul Yee Sang gergasi yang telah disiapkan oleh semua chef daripada Sunway Putra Hotel. Mmg besar la Yee Sang ni...kata orang lagi tinggi kita "toss" lagi baik..hehehe...

So, sempena Tahun Baru Cina, Sunway Putra Hotel, 'Reunion Buffet' akan berlangsung pada 27 Februari 2017, buffet line akan bermula pada 6pm sehingga 10.30pm di Coffee House, tingkat 9…Untuk dewasa hanya RM118 nett, dan RM59 nett untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun...Bawah 6 tahun adalah PERCUMA!



Macam yang korang semua tahu laa...Sally mmg suka gila dengan dessert buffet kat Sunway Putra Hotel..I can survived with all those desserts okay! Hahahaha...Ya Allah, serius Sally suka gila makan segala pencuci mulut...ada kek, puding, aiskrim, kuih, buah-buahan...Jangan risau sebab ada jugak makanan berat, pelbagai lauk yang korang boleh makan dengan nasi...tapi Sally suka dengan menu pencuci mulut...favorite!




Disebabkan buffet line kali ni lebih kepada untuk mereka yang meraikan Tahun Baru Cina, jadinya makanan haruslah lebih berkonsepkan masakan cina...tapi jangan risau sebab buffet line tak terhad kepada chinese cuisines sahaja, ada jugak masakan lain.



Menu makanan Jepun is a must! Pastikan korang makan sebab sushi mereka ni mmg terbaik! Kalau korang nak tau, Sally terkenal di Sunway Putra Hotel sebagai blogger yang gila dengan makanan Jepun...kalau korang pun macam Sally, pastikan cuba sushi yang ada..okay?


Western foods!


Yee Sang pun ada kalau korang nak makan...semuanya fresh tauu...


So, kalau korang nak cuba buffet sempena Tahun Baru Cina, atau nak suggest kepada kawan-kawan yang berbangsa cina...boleh cadangkan mereka untuk tempah dengan Sunway Putra Hotel...Sally yakin yang korang takkan kecewa la dengan masakan chef-chef terbaik kat hotel ni!



Selain daripada tu, kalau ada yang berminat nak buat private CNY gathering, boleh jugak tempah “Prosperity Set”, a nine course dinner yang termasuk Yee Sang Set at RM1988 nett for a table of ten…tapi minimum tempahan adalah 20 orang tau..Korang boleh pilih tarikh daripada 15th January to 11th February…

Dan...kalau korang peminat makanan Jepun, boleh juga tempah “Japanese Chinese New Year Buffet” di Gen Japanese Restaurant…dengan harga RM98 per person adan RM49 nett per child between 6-12 years old…available on 27th and 28th January 2017..

Lastly, kalau nak beli Yee Sang sahaja, boleh jugak...dengan harga RM59/kotak, atau Salmon Yee Sang dengan harga RM78/kotak...Setiap kotak cukup untuk 4-5 orang makan..

Untuk sebarang tempahan,
Boleh terus hubungi 03-40409888 atau email ke dinesph@sunwayhotels.com

Coffee House Sunway Putra Hotel (Tingkat 9)
Website: www.putra.sunwayhotels.com
Facebook: www.facebook.com/sunwayputrahotelkl
Instagram: www.instagram.com/sunwayputrahotel

Post a Comment

3 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!