SISTA Malaysia - Aksesori smartphone yang semua perlu ada!


Bercakap pasal aksesori telefon pintar, contohnya macam power bank, data cable, charger, bluetooth earphone, smartphone cover, screen protector dan macam-macam lagi...kita mesti nak pilih yang terbaik kan...Yela..bukannya harga seringgit dua kita beli smartphone kita kan...ada yang sanggup ikat perut sebab nak dapatkan gadget yang terkini idaman hati...

Baru-baru ni Sally kenal dengan satu lagi brand aksesori telefon, SISTA..Sekali baca dah macam nama kumpulan KPOP kan..hahahaha...SISTA diwujudkan di Hong Kong dan sekarang ni beribupejabat di Shenzen, telah dicipta oleh sekumpulan warga muda yang sangat berminat dengan dunia teknologi. Mereka datang daripada Hong Kong, Shenzen dan juga Malaysia sendiri dan mereka ni sangat dedikasi dan mementingkan kualiti pada setiap produk yang dicipta.


Mereka telah mereka produk yang sangat diperlukan oleh pengguna gadget dan pada masa yang sama mereka menjanjikan produk yang berkualiti dan berkelas tinggi. Kalau korang nak tau, "SISTA" sebenarnya disebut juga sebagai "Sea-star", yang membawa makna tapak sulaiman. Ini kerana, pengasasnya berpendapat tapak sulaiman merupakan salah satu hidupan laut yang boleh hidup walaupun penuh dugaan.

Haritu Sally ada gunakan Apollo data & charging cable...Kebetulan Sally ni ada satu je kabel yang boleh transfer data, yang lain-lainnya hanya untuk cas sahaja..Jadinya kadang tu renyah nak bawak ke office lepas tu nak angkut pulak bawak balik rumah, jadinya Sally simpan SISTA Apollo data & charging cable ni kat rumah.



Apa yang Sally suka pasal Apollo data & charging cable keluaran SISTA ni:

1. Sangat pantas masa transfer data
2. Selamat semasa mengecas
3. Material dan silikon yang berkualiti
4. Direka dengan rekaan tanpa gumpalan sebab wayar dia nipis dan flat
5. Bau yang menyenangkan
6. Panjang wayar sehingga 1000mm

Pendek kata, apollo data & charging cable keluaran SISTA ni mmg sangat memuaskan dan sangat berguna kepada mereka yang kaki gadget...dan harga untuk setiap produk keluaran SISTA pun tidak terlalu mahal dan masih lagi worth your money...Macam yang Sally punya ni, hanya RM39 je..dan yang paling penting, original!

Kalau korang nak cuba atau mencari aksesori smartphone, korang boleh cuba produk keluaran SISTA ni...Just pergi kat Facebook mereka untuk tau lokasi kat mana nak dapatkan produk mereka atau boleh je klik kat link ni (https://www.facebook.com/notes/sistamalaysia/where-to-buy-sista-in-malaysia/615504301953037)

FACEBOOK : SistaMalaysia

WEBSITE : www.sista.hk

PHONE : 03-89417677

Post a Comment

3 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!